Wednesday 31 January 2024 By: Naemah

SRAI PEKAN BERANANG: HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID.

1-2-2024


Tamat sessi pengajian 2023/2024, macam biasa di penghujungnya sekolah akan meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang dengan memberi anugerah dan penghargaan buat mereka.


Tahun ini rezeki buat Miqdad (tahun 1) menerima anugerah (terbaik pentaksiran akhir tahun 1 dan terbaik matapelajaran sains), tetapi rezeki tak menyebelahi Anas (tahun 5), buat pertama kalinya sebab sebelum ni setiap tahun terima anugerah. Why Anas? Why? Tiada jawapan lain; tiada rezeki, dan perlu usaha lebih lagi untuk bersaing dengan kawan-kawan yang sudah tentu hebat dan pandai semua. It’s ok, ummi percaya Anas pun dah buat yang terbaik. Result pun ok, tak ada yang teruk kan? Kita tunggu result UPKK pula. Insya Allah yang terbaik buat Anas.


Berbalik pada majlis anugerah, Alhamdulillah tahun ni dapat tengok Miqdad pula naik pentas terima anugerah. Tahun pertama Miqdad di SRAIPB, dan Miqdad sudah usahakan yang terbaik, syabas dan tahniah ummi ucapkan. Proud of you!


Hari ni abi tak ada di rumah sebab masih di laut. Ummi sajalah yang datang tengok Miqdad. Majlis bermula sekitar jam 8.30 pagi. Tak dapat nak menunggu sehingga majlis selesai, sebab ummi perlu ke klinik untuk urusan ummi pula. Yang penting dapat tengok Miqdad naik pentas terima anugerah, rehat dan makan sekejap lepas tu terus meninggalkan sekolah. Anas dan Mussaab berdua saja di rumah. 


Alhamdulillah selesai juga. Syukur pada Allah yang memberi rezeki. Ya, hari ini rezeki berpihak kepada Miqdad. Dan ummi pun tahu, Miqdad layak. Tahun depan atau nanti, belum tahu lagi bagaimana. Yang pasti, Miqdad perlu sentiasa semangat untuk belajar dan bersaing di dalam pelajaran. Kawan-kawan Miqdad yang lain pun, tak kurang hebatnya juga. 


Apapun ummi nak ucapkan tahniah pada Miqdad kerana berjaya dapat anugerah kecemerlangan tahun ini. Sessi depan (darjah 2) mesti usaha dan dapat yang lebih baik lagi ye. Ummi akan sentiasa doakan kejayaan Miqdad.


Begitu juga Anas dan Mussaab. Bukan tak bagus, cuma ada yang lebih bagus. Result hari tu pun memuaskan, tak ada yang teruk. Ummi puas hati je semua. Tak mahu menekan, namun tetap mahu menasihati, agar anak-anak ummi semuanya ada kesedaran sendiri untuk berusaha kepada yang lebih baik. Bukan sekadar berpuas hati dengan apa yang diperoleh hari ini. Ya, yang sudah itu sudah. Kita lihat ke depan pula. Mana yang perlu diperbaiki, kita usaha untuk memperbaiki. Takkan rugi orang yang berusaha. 


Insya Allah, di masa-masa yang akan datang ummi akan saksikan kejayaan anak-anak ummi, Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri semuanya. Kejayaan yang cemerlang, insya Allah! Diiringi doa dan usaha yang gigih semestinya.


Doa dan restu ummi akan sentiasa buatmu, anak-anakku!








0 comments:

Post a Comment