Monday 1 January 2024 By: Naemah

ANAK-ANAK NAK EXAM


2 Januari 2024


Sedar tak sedar anak-anak semua dah membesar dan bersekolah. 3 orang bersekolah rendah, dan seorang di tadika. Bila dah masuk sekolah rendah, akan berdepan dengan exam masing-masing. Dari darjah 1 sampai ke darjah 6. Sekarang di hujung sessi persekolahan, anak-anak sibuk dengan exam. Dari Anas sampai ke Miqdad. Exam akademik dan juga agama. Semua akan dinilai.


Apa peranan ummi bila anak-anak nak exam? Ingatkan, memang sentiasa ingatkan. Suruh ulangkaji, suruh cukupkan alat tulis semua. Cuma bab nak duduk sekali bantu mengulangkaji tu, tak mampu nak fokus sepenuhnya, kepada setiap anak. Sekadar sempat saja. Kebanyakan waktunya, terserah mereka sendiri. Bila katanya dah ulangkaji dan dah bersedia, ummi iyekan sajalah. Nampaklah juga dok belek-belek buku. Tapi kebanyakan masanya, main saja.


Bukan lepas tangan terus. Ada juga ummi cuba bantu di kesempatan yang ada. Terangkan balik apa yang mereka belajar, uji kefahaman mereka, tolong buat nota, dll. Tapi tak selalu lah. Tak sempat! Betul-betul harapkan mereka faham apa yang mereka belajar dalam kelas, sebab nak harapkan ulangkaji sendiri di rumah, tak nampak sangatlah kesungguhannya. Entahlah, nak terlalu dipaksa pun tak boleh juga. Memang begitulah kot cara anak-anak lelaki. Namun syukurnya, exam yang lepas-lepas, boleh dikira cemerlang dan dapat good result juga. Alhamdulillah.


Berbezanya dengan ummi dulu yang ketika sekolah memang suka belajar, suka menulis dan membaca, dan sangat sukanya bila dibelikan buku latihan. Tapi bila tengok anak-anak yang selalu perlu dipaksa-paksa, buat kerja separuh jalan dah bosan, banyak main, ummi jadi risaulah juga. Macamana nak cemerlang kalau bersikap begini. 


Kini anak-anak pun kian membesar dan melangkah ke level yang lebih tinggi. Anas, ummi percaya pada kekuatan dia. Dari kecil memang cepat belajar. Setiap tahun dapat anugerah juga walaupun bukan cemerlang keseluruhan subjek. Tak lama lagi nak berdepan dengan UPKK, ummi hanya mampu mendoakan yang terbaik. Ummi juga percaya Anas sudah membuat persediaan yang sepatutnya di samping tunjuk ajar guru-guru di sekolah.


Mussaab pula, ummi nampak ada potensi juga walau yang paling banyak ‘main-main’nya. Mana ada nak study sangat kalau tak disuruh. Homework pun last minute baru nak siapkan. Tapi dah makin besar ni makin adalah kesedaran tu sikit, lebih-lebih lagi kalau dapat cikgu garang :D belum dapat anugerah akademik mahupun agama, tapi result exam tak mengecewakan. Berada di top 10 atau top 5 pun sudah cukup membanggakan. Ummi percaya Mussaab boleh pergi jauh lagi. Insya Allah. 


Miqdad pula, baru darjah 1 tak boleh nak nilai lebih-lebih sangat. Yang pasti Miqdad pun jenis yang cepat belajar, banyak bertanya dan suka membaca. Result exam yang lepas sangat cemerlang. Yang akan dihadapi ini belum tahu lagi. Miqdad selalu je confident senang dan boleh jawab. Maklumlah, soalan darjah 1. Mungkin semuanya senang dan mudah lagi. Apapun ummi tetap mendoakan Miqdad juga. Ummi yakin Miqdad mampu terus cemerlang. Tapi kena tetap usaha juga, bukan terus selesa begitu. Insya Allah, Miqdad boleh!


Dan Suri, tak perlu kepada penilaian akademik lagi. Belajar yang sewajar usia di tadika. Walaupun ummi  nak juga Suri cepat membaca, tapi biarlah waktu yang menentukan. Tak seperti abang-abang yang di atas, ummi bagai tak sempat langsung nak fokus mengajar Suri. Tapi Alhamdulillah setakat ni dah mengenal nombor dan huruf, dan masuk iqra’ 2 (baru permulaan), walaupun tak konsisten baca iqra’ setiap hari. Ikut kerajinan Suri dan kesempatan ummi je. Yelah, 4 orang ummi nak kena ajar Quran setiap malam. Santai-santai sajalah mengajar Suri. Tahun ni ummi cuba fokus latih Suri membaca, ye! Tapi tulah.. tak lama lagi akan ada baby pula. Sempat ke ummi? Ummi harap,tahun ni juga Suri akan dapat ‘lebih’ lagi dari tadika, sesuai menginjaknya usia Suri (5 tahun). 


Balik ke topik; anak-anak nak exam. Minggu ni dah pun bermula. Doa ummi sentiasa; semoga Allah terangkan hati Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri dalam menuntut ilmu dan mudah menjawab soalan exam. Pesan ummi sentiasa; untuk mulakan dengan doa dan baca soalan yang dikehendaki. Mudah-mudahan Allah berikan kecemerlangan buat semua; Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri. Aameen. 







0 comments:

Post a Comment