Alhamdulillah genap sudah usia Suri 3 bulan. Pejam celik pejam celik saja kan. Anak ummi makin membesar di depan mata. Alhamdulillah, Allah kurniakan Kesihatan yang baik buat Suri sepanjang 3 bulan ini. Alhamdulillah belum pernah demam, tapi dah dua kali selesema. Tak teruk sangat lah, tapi kesian ummi tengok Suri yang tak selesa kesan dari selesema tu.
Pada usia Suri sebulan, banyak ruam naik ke muka Suri. Agak teruk juga, kelihatan seperti wajah yang berjerawat. Miqdad dulu pun ada juga, tapi Suri lebih teruk. Risau ummi dibuatnya. Tapi kata doktor hanya ruam peluh dan susu sahaja. Akan hilang sendiri, tak perlukan rawatan. Lebih kurang 2 minggu, barulah ia beransur hilang. Tapi beberapa hari sebelum tu ummi ada sapukan petroleum jelly (Vaseline), dan ummi rasa ia sangat membantu. Untuk ibu-ibu lain yang berdepan dengan masalah sama, boleh la try Vaseline ni.
Sepanjang 3 bulan ini juga, masa berlalu tanpa sedar. Di awal kelahiran Suri sampai sekarang, tumpuan ummi memang banyak pada Suri. Suri yang adakalanya baik saja, dan adakalanya buat ummi tak boleh nak tumpu pada yang lain, kecuali Suri. Kadang kerja banyak tergendala. Kadang urusan abang-abang Suri banyak terabai, terutamanya bila abi tiada di rumah.
Tapi makin berlalu hari, Suri lebih baik dan lebih tenang, Alhamdulillah. Ummi pun dah tahu jadual tidur bangun Suri. Bila masa Siri ok, bila masa Suri nak ummi dengan Suri saja. Ummi kena pandai-pandai susun jadual masak, dan mengemas semua. Semua ‘bergantung’ pada Suri.
Yang paling melegakan ummi, Suri sangat lena tidur pada waktu malam. Sesekali bangun menyusu, kemudian lena kembali. Tak adalah sampai nak berjaga sampai ummi tak boleh tidur. Ummi nyenyak tidur bersama Suri. Hanya bangun bila Suri nak menyusu saja :)
Pada usia 3 bulan ini, Suri dan mencuba-cuba nak meniarap. Sentiasa mencuba, tapi belum berjaya. Adalah sekali, mungkin sebab ummi letak Suri kat bantal yang tinggi, sekali Suri pusing terus ter’meniarap :D
Suri juga sentiasa tersenyum manis bila ditegur. Banyak ‘bercakap’, dan sering tertawa. Bahagia ummi melihatnya.
Untuk tempoh yang ini, syukur ummi panjatkan pada Allah kerana kurniakan ummi seorang puteri yang comel, sihat dan mudah dijaga.
Insya Allah minggu depan akan ke Klinik untuk check up 3 bulan Suri. Semoga perkembangan Suri baik saja, dan urusan di klinik nanti dipermudahkan oleh Allah.
Semoga membesar sihat, cerdas dan bahagia wahai puteri ummi dan abi, Suri Lilyana. Moga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Ummi, abi, dan abang-abang menyanyangi Suri sepenuh hati. Sayang sampai Syurga. Insya Allah.
Bersama abang-abang yang menyayangi Suri
0 comments:
Post a Comment