Saturday 16 November 2019 By: Naemah

DIARI ANAKKU: 161119




Hari ni abi berpagian meninggalkan rumah. Sebaik azan subuh berkumandang, selepas peluk sayang anak-anak (yang masih tidur), abi keluar menuju ke masjid untuk solat subuh dan seterusnya menuju ke KLIA.


Anak-anak bangun pagi seperti biasa. Mandi, solat subuh, dan turun ke bawah. Suri juga mandi lebih awal hari ni. Turun ke bawah, masing-masing dah duduk depan tv. Ummi keluar dengan Miqdad dan Suri untuk beli nasi lemak. Anas dan Mussaab tinggal di rumah.


Jam 8 pagi breakfast sama-sama. Suri baik-baik saja, biarkan ummi makan bersama abang-abang. Sebaik ummi siap makan, Suri dah tertidur sendiri. Alahai kesian dia.. dapatlah ummi kemaskan meja makan dan cuci pinggan sementara Suri tidur. Anas, Mussaab dan Miqdad sambung menonton video. Sempat video call dengan abi yang menunggu masa nak naik flight.


Bila Suri bangun, Ummi bawa Suri naik ke atas, ambil angin di beranda. Sebelum tu pesan dulu pada Anas untuk tutup tv jam 10. Kalau biarkan aje, memang ke petang lah jawabnya. Alhamdulillah Anas patuh, jam 10 semua naik ke atas. Minta nak mandi kolam (dah banyak hari tak mandi kolam). Mula-mula operasi bersihkan kolam, lepas tu Anas tampal bahagian yang bocor. Lepas tu, meriah la suasana dengan suara mereka bertiga. Maaf jiran! 


Suri tidur sekejap dalam pangkuan ummi. Bila ummi letak. Suri bangun semula. Sempat whatsapp dengan abi yang dah sampai di Bintulu, update tentang anak-anak.


Sejam kemudian, turun semula ke bawah. Ummi tinggalkan Suri dalam perhatian Anas. Sambil menonton video, sambil mengasuh adik. Alhamdulillah bagus-bagus saja Suri. Selesai ummi memasak, ambil Suri dan layan berbual dengan anak-anak sekejap. Lepas tu makan sama-sama. Ummi makan sambil memangku Suri yang dah mula tak nak duduk, dah mengantuk. 


Selesai di meja makan, Anas jagakan Suri seketika, ummi kemas apa yang patut. Suri dan makin tak senang duduk, menangis saja. Ummi bawa Suri naik ke atas. Abang-abang Suri, lepak di sofa, menonton video lagi. Ummi bagi masa satu jam lagi untuk menonton. Anas solat zohor dan ambil ipad (ipad hanya dibenarkan pada hari weekend sahaja). Anas focus buat Minecraft dalam ipad. ‘Bersembunyi’ dari Mussaab dan Miqdad sebab tak nak ipad sampai ke tangan Miqdad. Suri lena selepas disusukan. Dapatlah ummi solat dan siap untuk baring dan rehat juga. Anas, Mussaab dan Miqdad ummi biarkan dengan hal sendiri, selepas pesan demi pesan.


Lelap sekejap, terbangun bila semua nak mandi kolam lagi. Lagi sekali ‘meriah’ kat luar tu. Ummi bawa Suri tidur di bilik lain. Lepas mandi, semua turun semula kat bawah. Ummi tidur bersama Suri. Ummi turun ke bawah lepas solat asar. Miqdad sedang tidur di sofa. Anas dan Mussaab menonton tv. Keduanya juga dah mengantuk, tapi tetap bertahan tak mahu tidur. 


Jam 5, ummi masak nasi goreng dan makan bersama-sama. Makan sambil memangku Suri lagi, sebab Suri dah menangis tak mahu duduk. Alhamdulillah laku juga nasi goreng petang ni. Lepas makan ummi susukan Suri hingga Suri tertidur. Bila ummi letak kat bawah, Suri bangun semula. Nasib baik Suri tak menangis. Dapat ummi mengemas dapur sekejap. Seperti biasa, Anas tolong jagakan Suri. 


Sementara tunggu nak naik ke atas, pakat menonton video boboiboy. Ummi naik atas mandikan Suri, kemudian Anas, Mussaab dan Miqdad juga naik ke atas. Mandi dan ready untuk solat dan baca al-Quran. Dah lepas semua, ummi tidurkan Suri. Semua pun dah mengantuk kecuali Miqdad yang tadinya dah tidur siang. Belum masuk waktu isyak, Anas dan Mussaab juga dah lena sekali dengan Suri. Tinggal Miqdad, yang masih pejam celik di dalam gelap. 


Lepas solat isyak ummi temankan Miqdad tidur. Hampir jam 9 malam, Miqdad lena juga bersama Anas dan Mussaab. Alhamdulillah, masa untuk ummi buat kerja. Nak gosok pakaian sekolah, nak sapu lantai di bawah, dan mengemas sikit. 


Alhamdulillah untuk hari ini yang dilalui bersama. Maafkan ummi, tak dapat beri yang lebih baik. Hari ni just tv dan kolam saja jadi hiburan anak-anak ummi. Namun tetap bersyukur kalian boleh bermain dan bergurau bersama, melalui hari tanpa sunyi. 


Maaf atas segala kekurangan ummi dalam memberi. Ummi banyak marah, banyak mengarah, dan macam-macam lagi. Maafkan ummi yang tak sempurna. Insya Allah ummi akan usahakan untuk jadi yang lebih baik untuk kalian. 


Semoga bermimpi indah semua. Ummi sayangkan Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri. Sayang selamanya :’)




Momen hari ini;











0 comments:

Post a Comment