22/6/19: menghadiri majlis jamuan raya Little Diamond Kindergarten, dan pada hari ini juga ibubapa berpeluang bertemu dengan guru kelas anak-anak untuk menerima report card mereka. Suamiku tak dapat hadir bersama kali ini, hanya aku dan anak-anak yang hadir pada hari tersebut. Dan kami antara yang terawal hadir untuk tujuan ini.
Tahun ini bertemu dengan guru kelas Mussaab (Teacher Sya) untuk menerima report card di samping mendengar komen yang berkaitan dengan Mussaab sepanjang hampir 6 bulan belajar di Little Diamond Kindergarten (sessi 2019).
Seperti kebanyakan ibubapa juga, ini antara momen yang paling ditunggu, iaitu untuk mengetahui tentang perkembangan dan tahap pencapaian anak-anak di sekolah :)
Apa yang dapat dirumuskan daripada pertemuan ini ialah;
’Pencapaian keseluruhan untuk Mussaab adalah di tahap SEDERHANA.. Berpandukan apa yang disenaraikan: ada yang di tahap Outstanding, banyak pada tahap Good, dan ada juga di tahap Weak, antaranya bab confidence. Kata teacher, Mussaab sukar nak bercakap di depan kelas, suara pun perlahan.. tapi berbeza bila bersama kawan2, banyak pula cakap, main dan ceritanya... Anas yang turut mengikuti sessi pertemuan ini beriya mengiyakan ‘kekurangan’ adiknya. Amboi.. (Anas kena support dan bantu adik ya!)
Dari segi akademik, Mussaab dapat ikut dengan baik, tak lebih tak kurang. Masih lemah bab tambah dan tolak (matematik), tapi teacher kata sebab baru masuk bab ni, so takdelah teruk sangat pun..
Bab hafazan, doa, bacaan dan praktikal solat, pun seberhana, tapi boleh ikut, adalah terlebih kurang. Ummi perlu fokus lebih la lepas ni bab yang ni.’
Lepas jumpa guru, sikit sebanyak nampaklah apa yg dia belajar kat sekolah, dan macam mana dia di sekolah selepas ‘ketiadaan’ abangnya. Kalau ditanya pada dia, dijawab pun tak memuaskan hati. .
Tak akan dibanding -bandingkan dengan Anas (takkan serupa), cepat atau lambat, Mussaab akan dapat juga apa yang Mussaab perlu dapat. Insya Allah. Yang penting, mana yang nampak lemah akan cuba diperbaiki.
Dan Teacher Sya juga ada cakap, tak boleh nak bandingkan Mussaab dengan abangnya, kerana setiap anak takkan sama. Ya, Terima kasih teacher kerana tak membandingkan mereka. Sebagai ibu, aku yakin setiap mereka ada potensi dan kelebihan yang tersendiri. Ada sisi tersendiri yang pasti menyerlah pada setiapnya.
Tahun depan mungkin masih di sekolah yang sama. Insya Allah akan lebih baik, dalam semua aspek dan makin bersedia untuk melangkah ke tahun 1 (2021). Yang paling ummi harapkan, Mussaab akan lebih yakin pada diri dan berani bersuara. Cuba ya Mussaab!
Semoga yang terbaik sentiasa untuk Mussaab. Doa ummi akan sentiasa mengiringi. Ummi akan cuba sebaik mungkin, agar tak serahkan hanya pada sekolah untuk jadikan Mussaab ‘pandai’. Ummi sedar peranan ummi lebih besar. Maaf pada yang terkurang selama ini, kerana ummi akui tak berupaya untuk sepenuhnya memberi tumpuan dan perhatian.
Moga akan lebih baik Mussaab. Ummi tetap percaya dan berdoa, Mussaab akan pergi lebih jauh. Menjadi insan cemerlang dan berjasa di masa akan datang. Insya Allah.
0 comments:
Post a Comment