Wednesday 27 September 2017 By: Naemah

DIARI ANAKKU: 280917



Hari ini dah kembali ke rumah selepas beberapa hari berada di kampung. Asalnya nak balik sekejap, tapi disebabkan nenek masuk hospital, kepulangan kita menjadi lebih lama. Alhamdulillah nenek pun dah keluar wad, dan kita juga dah selamat sampai rumah untuk meneruskan rutin biasa. 

Hari ini juga abi berangkat ke Bintulu untuk bekerja. Jam 5.30 pagi abi dah memandu ke train station dan terus ke airport. Seperti biasa, Anas, Mussaab dan Miqdad masih diulit lena. Abi memberi kucupan sayang buat anak-anaknya yang akan ditinggalkan. Mungkin berat hati abi untuk pergi memandangkan anak-anak dalam keadaan tidak sihat. Sejak semalam, badan Anas, Mussaab dan Miqdad panas. Demam serentak anak-anak ummi. 

Mussaab bangun ketika ummi sedang menunaikan solat subuh. Miqdad juga bangun selepas Mussaab. Masing-masing diam melayan perasaan. Masih kurang cergas, dan masih panas badan. Oleh kerana Miqdad masih menyusu dengan baik dan tak terlalu merengek, dan Mussaab juga masih nak bermain dengan permainannya, ummi jadi kurang risau. Insya Allah, demam tak terlalu kuat. Tinggal Anas yang masih menyambung lena. 

Ummi masakkan nasi goreng. Mussaab dan Miqdad cuma makan sedikit. Tapi oklah, makan juga. Mussaab habiskan lauk ikan siakap yang abi beli semalam. Miqdad menyusu dan bermain. Kemudian mandi. Panas badan dah berkurang. Alhamdulillah. Abi juga whatsapp bertanyakan khabar anak-anak.

Jam 8.30, penerbangan abi ke Bintulu. Anas juga dah bangun. Mandi dan turun menyertai adik-adik. Tv siap terpasang. Mussaab menonton sambil menyusun kereta permainannya. Anas baru nak breakfast. Miqdad pula dah mula merengek tak boleh ditinggalkan. Ummi susukan Miqdad lagi dan cuba tidurkan Miqdad. Tapi tak berjaya. Kembali cergas dan mulut tak berhenti ‘membebel’ :) ummi bawa Miqdad keluar. 

Jam 9, Miqdad merengek lagi. Ummi cuba tidurkan Miqdad lagi. Lena juga akhirnya. Anas dan Mussaab buat hal sendiri di luar sambil menonton tv. Lepas Miqdad tidur, ummi jemur kain dan siram pokok. Mussaab dan Anas masih leka buat hal masing-masing. 

Jam 10, Miqdad bangun dan menangis. Anas dan Mussaab temankan Miqdad di bilik. Miqdad terus menangis hingga ummi datang. Semua keluar dan menonton tv lagi. Ummi buka movie ‘upin ipin jeng jeng jeng’ untuk ditonton bersama. Sambil menonton sambil bermain dan buat hal sendiri. Mussaab asyik dengan train mainannya, Anas turun naik tengok tv dan layan video di pc. Miqdad kejap main, kejap menangis.

Sambil menonton ummi suapkan Anas, Mussaab dan Miqdad makan nasi goreng yang masih berbaki. Anas makan agak banyak kerana lapar belum menjamah makanan. Tadi hanya minum air yogurt. Mussaab juga makan beberapa mulut. Miqdad pula makan sedikit nuget. 

Jam 11.30, ummi siapkan Mussaab dan Miqdad untuk hantar Anas ke sekolah. Niat nak pergi awal sebab nak singgah di kedai. Jam 12.15, semua dah siap. Terus keluar menuju ke kedai speedmart. Belikan susu coklat  dan minuman yogurt untuk Anas dan Mussaab. Beli juga sardin dan roti. Kemudian beli keropok di gerai yang berdekatan kedai tadi. Kemudian terus ke sekolah Anas. Anas dan Mussaab makan keropok dan minum air yogurt. Miqdad juga makan yogurt plain yang ummi beli. Lepas makan naik ke kelas Anas. Ummi, Mussaab dan Miqdad balik ke rumah. 

Di rumah, ummi tidurkan Miqdad yang dari tadi dah merengek. Mussaab pula bermain dengan trainnya di luar hingga tertidur. Jam 3.30, ummi dan Miqdad bangun dari tidur. Mussaab juga bangun selepas ummi turun ke bawah. Ummi masak dan makan nasi. Miqdad menolak bila ummi suap. Mussaab pula minta nak makan roti butter gula. Ummi buatkan untuk Mussaab. Miqdad menangis mahu berdukung saja. 

4.15, ummi solat asar dan bergegas untuk ke sekolah Anas. Agak kelam kabut memandangkan Miqdad juga tak berhenti menangis. Jam 4.30, Anas balik dari sekolah. Singgah beli nasi kandar di restoren taj mahal  untuk Anas. Sampai rumah, ummi suap makan di halaman rumah. Anas dan Miqdad makan nasi. Mussaab pula hanya bermain sendiri, tak nak makan juga. 

5.30, masuk ke dalam rumah dan menonton tv. Ummi mandikan dan susukan Miqdad. Hujan mula turun dengan lebat.  Kemudian naik ke atas. Anas dan Mussaab mandi. Ummi lipat kain sambil melayan Miqdad yang dah merengek kerana mengantuk. Badan Miqdad kembali panas. Namun masih aktif bermain. 

6.30, ummi ajar Anas al-quran dan ajar Mussaab iqra’. Kemudian solat maghrib dan tidurkan Miqdad. Jm 7.30 Miqdad sudah lena. Ummi turun ke bawah untuk kemas apa yang patut. Anas dan Mussaab juga turun. Mussaab minta nak makan nasi goreng yellow. Ummi masakkan untuk Mussaab. Anas dan Mussaab makan bersama. 

Ummi kemaskan meja makan, dapur dan ruang tamu. Anas dan Mussaab buat hal sendiri. Lepas solat isyak, bersiap untuk tidur. Dapat call dari abi di Bintulu. Lama juga berbual dengan abi. Miqdad terjaga dari tidur dan menangis. Ummi susukan Miqdad. Susah untuk Miqdad lena kembali. Mungkin kurang selesa kerana badan masih panas. Kesian Miqdad. Anas dan Mussaab masih di luar tak mahu tidur. Melayan video kegemaran mereka. 

Bila Miqdad dah lena kembali, ummi ajak Anas dan Mussaab tidur. Mussaab sudah baring dahulu di tempat tidur. Sudah sangat mengantuk :) ummi temankan Anas dan Mussaab tidur seperti biasa. Mussaab lena dulu, kemudian Anas. Jam 10.30, sudah sunyi sepi. Anak-anak ummi sudah hanyut dibuai mimpi. Mimpi yang indah-indah ya sayang.

Semog esok menjanjikan yang lebih baik untuk Anas, Mussaab dan Miqdad. Juga untuk ummi dan abi dan semuanya. Semoga kembali sihat dan ceria anak-anak ummi. Insya Allah. Ummi sayang semuanya kerana Allah.


0 comments:

Post a Comment