Hari ini abi ke airport seawal jam 5.30 pagi ketika anak-anak masih lena. Seperti biasa, abi memberikan ciuman kasih pada anak-anak yang sedang tidur sebelum bertolak pergi.
Miqdad bangun jam 6.30. Menonton video a ba ta dan turun ke bawah bersama ummi. Mussaab juga bangun kemudiannya. Ummi suapkan Miqdad nasi goreng dan masakkan burger untuk Mussaab. Lepas makan Mussaab dan Miqdad bermain. Ummi tangkap gambar dan hantarkan pada abi yang sudah berada di airport. Jam 8.30, penerbangan abi ke Bintulu.
Ummi buka video untuk Mussaab. Miqdad dah mula menangis dan tak mahu lepaskan ummi. Ummi susukan Miqdad. Cuba untuk tidurkan Miqdad tapi kemudiannya cergas kembali bermain. Anas masih belum bangun dari tidur. Hampir jam 9 pagi barulah Anas turun menyertai adik-adik.
Ummi masakkan roti tortilla cheese untuk Anas dan Mussaab. Miqdad merangkak dan berjalan (berpaut) merata. Ummi cuba buat kerja setakat yang sempat sementara Miqdad asyik bermain. Sudah makan, Anas dan Mussaab mandi. Lepas mandi, naik ke atas dan menonton video. Video 'tech insider' sering menjadi pilihan Anas.
Ummi susukan Miqdad lagi dan pukul 10, Miqdad lena kembali. Ummi biarkan Anas dan Mussaab di atas menonton video bersama. Kemudian Miqdad turun ke bawah. Boring tak tahu nak buat apa, Mussaab menghampiri Miqdad yang tengah lena. Beberapa kali ummi angkat Mussaab keluar, tapi masuk juga. Merajuk bila ummi marah. Anas turun ke bawah dan ambil hp ummi. Miqdad bangun bila dengar bising di luar.
Dah siap masak, ummi suapkan Anas dan Miqdad makan jam 11.30. Mussaab hanya makan ayam. Sambil tu buka video little baby bum untuk Miqdad. Selesai makan dan kemas, ummi gosok baju sekolah Anas. Lepas tu mandikan Miqdad. Anas dan Mussaab masih menonton. Abi call dari hotel Bintulu. Cakap sekejap dengan abi. Ummi naik mandi dan bersiap untuk hantar Anas ke sekolah. Siapkan Miqdad dan Mussaab juga. Akhir sekali, siapkan Anas.
Jam 1, bertolak ke sekolah. Sempat buatkan roti butter gula Mussaab. Lepas hantar Anas terus balik ke rumah. Ummi solat dan tidurkan Miqdad. Mussaab juga terlena di sisi Miqdad.
Ummi bangun jam 4 petang. Mussaab juga bangun dan turun ke bawah bersama ummi. Mussaab baring di sofa sementara ummi makan biskut dan minum kopi. Azan asar kedengaran, Miqdad menangis dan memanggil-manggil. Segera ummi bawa Miqdad turun dan solat asar. Lepas solat ambil Anas di sekolah, dan terus balik ke rumah.
Jam 5, makan nasi dan tortilla cheese lagi. Mussaab masih tak mahu makan nasi. Lepas makan, Anas layan video lagi bersama Mussaab. Miqdad teman ummi menonton tv di bawah. Sesekali menangis minta perhatian.
Jam 6, Anas, Mussaab dan Miqdad mandi. Lepas mandi sambung menonton tv lagi. Mussaab minta roti butter gula. Ummi buatkan 3 keping untuk Mussaab. Itulah makanan kesukaan Mussaab setiap hari. Hari ni langsung tak menjamah nasi.
Jam 7, naik ke atas dan bersiap untuk solat maghrib. Anas dan Mussaab menonton video di pc pula. Miqdad bermain sendiri. Lepas maghrib ummi ajar Anas baca al-Quran. Anas mengadu sakit gigi. Miqdad pula dah merengek mengantuk nak tidur. Lepas ummi baca al quran, ummi tidurkan Miqdad. Anas dan Mussaab masih di depan komputer. Banyak video yang sudah diulang tengok. Video Thomas, tech insider, dan dr Binocs.
Lepas Miqdad tidur, ummi turun makan. Lapar sangat rasanya. Anas dan Mussaab masih layan video, tak pedulikan ummi di bawah. Ummi solat isyak, dan ajak Anas dan Mussaab tidur di bilik. Ummi temankan Anas dan Mussaab tidur seperti biasa. Berbicara dan melayan pertanyaan, dan akhirnya tidur juga semuanya. Jam 9.30, suasana dah sunyi sepi. Moga semua akan bangun awal esok :)
Alhamdulillah atas kehidupan hari ini. Semoga esok menjanjikan yang lebih baik untuk Anas, Mussaab, Miqdad dan kita semua. Insya Allah.
0 comments:
Post a Comment