Catatan aktiviti anak anakku di kampung. Masih di kampung, menanti kepulangan suami tercinta. Hari ke 6 suamiku di Labuan. Insya Allah Akan terbang pulang esok.
Hari ini Anas dan Mussaab bangun tidur dalam pukul 8 pagi. Agak lewat, kerana malam tadi juga tidur lewat. Di awal pagi lagi abang faris dan kak zana dah muncul di depan pintu untuk bermain dengan Anas dan Mussaab.
Maka pagi ini abg faris dan kak zana menjadi teman Anas dan Mussaab bermain. Baca buku bersama, melukis, melompat, memanjat, main basikal dan macam macam lagi. Sampai masuk waktu zohor, masa dihabiskan dengan kawan. Lepas main makan nasi ayam yang ummi masak. Lepas tu abang faris dan kak zana balik. Tinggal Anas dan Mussaab di rumah mek.
Anas dan Mussaab tetap leka main bersama. Masing masing tak nak tidur. Ummi masuk tidur sekejap jam 2 petang. Pintu semua ummi kunci risau Anas dan Mussaab keluar entah ke mana. Ummi biarkan Anas dan Mussaab bermain dan buat aktiviti sendiri.
Ummi bangun dan masuk ke dapur. Goreng karipap dan cakoi, makan bersama. Mussaab banyak main di kedai mek. Rajin sangat 'kemas' barang barang dalam kedai :)
Kemudian lepak di ruang tamu. Agak bosan kerana tak tahu nak buat apa. Si rumah mek, tv pun tiada. Tapi Alhamdulillah anak anak ummi tak jemu untuk membelek buku yang ada. Conteng conteng buku dan dinding, main basikal dan juga ipad. Ummi biarkan saja, asal tak menangis dan minta yang bukan bukan. Ummi banyak tangkap gambar Anas dan Mussaab untuk dihantar kepada abi yang jauh. Ummi tahu abi rindu sangat anak anak dia.
Pukul 5 petang, cik datang. Cik bawa Anas dan Mussaab main kat luar rumah. Ummi ambik peluang sambung buat busy book Anas yang asyik tertangguh. Alhamdulillah dah ada progress. Insya Allah ummi cuba juga untuk siapkan.
Pukul 6 petang, mandi dan makan malam. Lepas tu sambung belek buku dan main ipad. Mussaab yang dah mengantuk sangat menangis nak tidur akhirnya. Masing masing tidur awal malam ni. Pukul 8 malam keduanya sudah terlena. Alhamdulillah..
Now ummi boleh sambung untuk siapkan busy book Anas. InsyaAllah.. Cuba buat sampai siap :)
Semoga anak anak ummi tidur lena malam ini. Mimpi yang baik dan indah. Insya Allah nanti jumpa abi ya. Ummi juga rindu :')
Love u 3
0 comments:
Post a Comment