Hari ini suamiku kembali menyambung kerja setelah 2 minggu bercuti. Satu percutian yang sangat lama :)
Mussaab bangun seawal jam 6 pagi, sempat bersalam dengan abi. Kucupan kasih sayang abi seperti biasa buat Mussaab dan Anas yang masih lena. Abi menaiki teksi jam 6.40 pagi ke airport. Mussaab leka bermain sendiri. Ummi pula gigih mendownload video baru untuk anak anak ummi. Lagi video tentang 'weather' yang menjadi topik kegemaran Anas. Juga video video lain buat Mussaab juga.
Anas bangun pukul 7.30 pagi. Abi dah tiada. Boleh pulak dia suruh abi balik sebab nak salam :) kelakar dan kesian.. Abi dah sampai airport sayang :)
Anas meminta untuk menonton video sebaik keluar dari bilik tidur. Ummi syaratkan untuk habiskan dulu video juzuk amma, makan dan mandi terlebih dahulu. Alhamdulillah Anas ikut syarat tersebut. Mussaab juga :)
Anas dan Mussaab breakfast dengan roti cheese dan nugget. Selepas mandi ummi buka video seperti yang dijanjikan. Masing masing excited menonton video baru. Mussaab sedikit bosan kerana ada video yang mungkin tak sesuai dengan umurnya :)
Tiba turn video yang ajar drawing, Anas mencari kertas dan pen dan minta ummi lukis seperti di dalam video. Ummi lukis, kemudian Anas tambah. Lepas tu asyik dok minta kertas nak lukis lagi. Lukisan Anas masih berkaitan dengan minatnya. Ada awan, pokok, matahari, angin, hujan, jalan, dll. Alhamdulillah ada improvement dalam lukisan Anas :) ummi biarkan Anas leka melukis. Mussaab pula pantang tengok ummi duduk, terus cakap nak tido (nak susu sebenarnya:))
Mussaab tidur sekejap sekitar jam 10-10.30 pagi. Kemudian bangun dan aktif bermain semula. Sempat bacakan buku untuk Anas dan Mussaab.
Makan tengahari ummi suapkan nasi dengan sup daging dan ikan bawal goreng. Keduanya masih makan bersuap :) dan keduanya berselera makan. Teringat pada abi yang tak makan pagi tadi gara gara nak kena timbang berat badan hari ni :D
Selepas waktu zohor ummi seperti biasa nak rehat dan lelapkan mata. Tapi sukar dek kerana Mussaab yang tengah aktif dan tak mahu tidur, tapi asyik minta susu saja. Macamana ummi nak tidur... Anas pula asyik dengan video dan masih belum puas melukis. Kerap pula minta kertas. Hai... Macamana ummi nak tidur.. Tapi sempat juga la lelap dalam 15 minit :)
Pukul 3.30 ummi keluar layan Anas dan Mussaab semula. Anas dan Mussaab makan aiskrim, ummi sempat update blog sementara tunggu nak solat asar. Selepas itu masing masing asyik dengan mainan. Sesekali riuh berebut mainan. Sabar jelah...
Selepas solat asar, layan Anas dan Mussaab dengan buku lagi. Mussaab asyik dengan soalannya, 'what is this' dan ummi perlu menjawab setiap soalannya. Alhamdulillah Mussaab mengenal hampir semua colors, dan shapes. Juga sedang tekun belajar parts of body. Good job Mussaab!!
Ummi kemudian masuk ke dapur memasak untuk makan malam pula. Anas dan Mussaab membuat aktiviti masing masing. Kedengaran suara riang ketawa, diselangi jeritan dan tangisan juga. Hai anak...
Kemudian menikmati makan malam jam 6 petang. Anas berselera makan, Mussaab pula banyak main. Tak banyak makan macam siang tadi. Dah siap semuanya, ummi kemaskan meja dan pinggan mangkuk dicuci. Segala makanan tumpah disapu. Anas juga menurut arahan untuk mengemas segala buku dan permainanya yang bersepah. Alhamdulillah kemas dah :)
Selepas itu Anas dan Mussaab mandi. Sekali lagi ummi dengarkan juzuk amma Mussaab terlena dalam pukul 7 malam. Selepas solat maghrib ajar Anas al Quran dan kali ni sempat cerita sedikit tentang surah an Nas. Permulaan untuk tadabbur al Quran bersama anak soleh ummi. Semoga dapat diteruskan dan semoga al Quran menjadi penerang dan penyuluh jalan anak anak ummi.
Anas kemudian tidur juga jam 8 malam. Ummi kemudian sendiri. Ada tugas lagi yang belum selesai. Semoga segalanya dipermudahkan dan semoga lena tidur anak anak ummi.
Ummi love Anas and Mussaab
Ummi love abi too...
0 comments:
Post a Comment