Thursday, 1 February 2018 0 comments By: Naemah

LITTLE DIAMOND KINDERGARTEN: SEBULAN BERLALU

Alhamdulillah sempurna sudah sebulan-Januari 2018. Bermakna sudah sebulan Anas dan Mussaab menjadi pelajar tadika Little Diamond :)

Sedikit catatan perjalanan Anas dan Mussaab di Little Diamond Kindergarten sepanjang sebulan ini;

Untuk 4 minggu pertama, sempurna kehadiran Anas dan Mussaab ke sekolah. Minggu ke-5, juga penutup bulan Januari, Anas dan Mussaab tak dapat hadir ke sekolah seperti biasa kerana balik ke kampung menziarahi Mek dan nenek yang sudah uzur. Sebolehnya, mahu cuba untuk kerap balik menziarahi keduanya. Peluang yang ada ialah ketika abi balik dari laut. Maka, sesekali Anas dan Mussaab pasti akan terpaksa ‘bercuti’ dari sekolah. Januari - dah 2 hari tak hadir ke sekolah :)

Minggu pertama persekolahan merupakan minggu orientasi. Anas dan Mussaab bersemangat setiap hari untuk ke sekolah. Katanya best! Apa taknya, setiap hari penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik. Ibubapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak di sekolah melalui group whatsapp dan laman Facebook sekolah. Alhamdulillah :)

Minggu berikutnya anak-anak sudah mula belajar (sambil bermain). Anas dan Mussaab masih kelihatan seronok dan bersemangat untuk ke sekolah. Terutamanya Anas, ummi suka melihat dia sangat seronok untuk ke sekolah setiap hari. Mussaab pula, adakalanya mengatakan tak nak ke sekolah, tapi bila dipujuk senang saja dia bersiap :)

Alhamdulillah untuk sebulan yang sudah berlalu. Segalanya dipermudahkan. Part mencabar, ialah ketika nak mengejutkan anak-anak di pagi hari. Tidaklah terlalu sukar, especially Mussaab sekali dua kejutkan dah bangun :) Anas pula kena ‘usaha lebih’ sikit untuk kejutkan dia :D

Lepas tu bila di bilik air, susah pula nak keluar. Berkali panggil, barulah keluar. Berpakaian, bersarapan, bersiap ke sekolah, adalah sedikit part mencabar. Tapi Alhamdulillah masih dalam kemampuan untuk menguruskan anak-anak :)

Oh ya. Anas dan Mussaab juga berdaftar untuk kelas piano yang diadakan seminggu sekali (setiap isnin) di sekolah. Sudah 3 minggu mengikuti kelas piano :) ada juga kelas taekwando setiap jumaat, tapi kerana jumaat itu sering menjadi hari untuk balik ke kampung, maka ‘tangguhkan’ dulu untuk Anas dan Mussaab. Insya Allah tahun yang akan datang masih ada peluang untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri pula.

Itu sahaja sedikit update tentang persekolahan Anas dan Mussaab untuk bulan yang pertama ini. Harapan ummi, semoga Anas dan Mussaab akan sentiasa bersemangat ke sekolah dan sukakan sekolah. Semoga setiap hari seronok menimba ilmu yang pelbagai di sekolah. Insya Allah. 



Hari pertama persekolahan- 02/01/18


Hari pertama/bulan ke-2- 01/02/18

BERCAKAPLAH




Sibuk, sesibuk mana pun, 

Bercakaplah!


Tahap mana pendiam laki bini pun,

Bercakaplah!


Sebesar mana kemelut yg sdg dihadapi pun,

Bercakaplah!


Kecuali sudah tidak ada rasa cinta lg :\


‘Komunikasi’ menjadi tunjang penting dalam ikatan suami dn isteri. Apa jua situasi, lihat bagaimana komunikasi mampu merapatkan, menjernihkan,mengukuhkan sebuah ikatan. 


Barangkali perlukan masa.

Cubalah mencari masa itu.


Barangkali mahu tenang dulu.

Silakan. Bertenang dulu. Biar nanti komunikasi lebih jelas dan tulus.


Bercakaplah. Berbicaralah.

Apa-apa saja. Biar isunya remeh sekalipun.

Jangan dikunci rapat bibir dn mulut itu.

Jangan gantikan Hp d tangan dgn bicara suami/isteri.

Parah bila ada satu pihak yg merasakan suaranya tidak sudi didengar lagi.


-ada ketikanya kita menemui hari di mana lidah kelu untuk berkata-kata. Maka hari berlalu seakan tiada suara yang kedengaran. Sunyi dan sepi-

Sunday, 28 January 2018 0 comments By: Naemah

IPOH-KUALA KANGSAR: ROAD TO KAMPUNG


26/01/18 (Jumaat)

Hari ini plan untuk ke Ipoh, sudah booking hotel di sana untuk bermalam kerana pada esok harinya akan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja suamiku yang diadakan di Kuala Kangsar.

Hari ini juga merupakan hari terakhir persekolahan Anas dan Mussaab untuk minggu ini. Cadangnya nak segera bertolak sebaik tamat persekolahan jam 12, tapi Allah merancang sebaliknya. 

Miqdad sudah masuk hari ke-5 demam. Dan sudah 2 hari batuk dan selesema. Makan juga dah tak berselera. Langsung tak nak makan, kecuali menyusu saja. Pagi ini, selepas hantar Anas dan Mussaab ke sekolah, aku dan suami membawa Miqdad ke Klinik Kesihatan Beranang untuk berjumpa doktor.

Dari jam 8.30 pagi, sehinggalah lebih kurang jam 11.30, akhirnya urusan Miqdad di klinik selesai.

Oleh kerana belum bersiap, maka kami makan tengahari dulu di rumah dan bertolak dalam pukul 3 petang. 

Kami sampai di Ipoh jam 7 malam. Makan malam di restoren My Nasi Kandar, Mydin Ipoh, dan check in hotel Valya yang berdekatan dengan Mydin. Suamiku memilih room type: family twin dengan harganya rm185 (weekend) untuk semalaman. Anak-anak yang sudah lama tidak bercuti, amat seronok bila dapat bermalam di hotel pada malam ini. Masing-masing tidur awal dek kepenatan berjalan jauh. 








27/01/18 (Sabtu)

Hari ini menikmati breakfast di restoren yang sama, My Nasi Kandar. Kemudian bershopping di dalam Mydin yang sangat besar, luas dan selesa. Kami membeli periuk nasi untuk dihadiahkan kepada pengantin. Di sini juga aku membeli blaus, kerongsang dan tudung. Anak-anak pula happy dapat bermain di sudut permainan yang disediakan di situ. 

Selepas itu balik semula ke hotel, bersiap dan check out hotel jam 12 tengahari. Terus menuju ke Sayong Resort Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis perkahwinan di situ. Sampai di sana jam 1.30, berjumpa pengantin dan menikmati hidangan yang disediakan. Kemudian terus bertolak balik ke kampung sebagaimana yang dirancang.

Berhenti solat di masjid Gerik, dan teruskan perjalanan. Sampai di rumah ibuku lebih kurang jam 6.30 petang. Alhamdulillah. Sebuah perjalanan yang dipermudahkan. 

Part mencabarnya ialah dalam keadaan Miqdad yang begitu, dia jadi kurang aktif dan tak seriang biasa. Hampir setiap masa perlu didukung dan dipangku. Makan tak nak, main pun sekejap-sekejap saja.

Lagi satu situasi (agak) cemas, ialah bila suamiku terlupa untuk isi minyak di Gerik bagi meneruskan perjalanan ke Jeli. Minyak memang dah tinggal paras low, tapi itupun dah melepasi Gerik baru perasan. Dan antara Gerik ke Jeli memang tiada stesen minyak. Perjalanan lebih kurang 2 jam, dalam keadaan pasrah dan tawakkal sepenuhnya ,:D aircond off, anak-anak mula kepanasan. 

Alhamdulillah sampai juga di Jeli akhirnya. Suamiku mengisi minyak di stesen Caltex. Alhamdulillah dan lega rasanya. Bila dapat on balik aircond, terasa nikmat yang amat :b

Itu sajalah antara dugaan perjalanan kali ini. Segalanya dalam kemampuan hamba. Masih ia sebuah musafir yang memberi keseronokan pada kami sekeluarga. Alhamdulillah, kini dah berada di kampung, bertemu orang tua kami yang setia menanti kepulangan kami.

Syukur pada Allah yang sentiasa mempermudahkan segala urusan. 

Alhamdulillah :)













Saturday, 20 January 2018 0 comments By: Naemah

DIARI ANAKKU: 210118





Hari ini hari ke-2 abi di Bintulu. Anas dan Mussaab pula bercuti hari ini. Miqdad bangun lebih awal seperti kebiasaan. Temankan ummi kemas kain di atas, dan mandi. Kemudian turun ke bawah. Ummi tinggalkan Miqdad depan tv, dan ummi masak mi goreng. Mussaab bangun dari tidur dan sertai Miqdad. Anas juga turun selepas ummi selesai memasak. Makan breakfast sama-sama. Abi sudah berada di laut dan bersiap untuk ke kapal. Semoga Allah permudahkan urusan abi.

Lepas breakfast, Anas buka video kegemarannya. Mussaab dan Miqdad hanya membuat hal sendiri, tak tertarik dengan video. Sempat ummi basuh pinggan mangkuk dan clearkan sinki yang tadinya penuh. Kemudian temankan Anas dan Mussaab bermain piano, hadiah birthday dari abi. Anas mainan lagu Little Lamb dan Shark do do. Miqdad tak lepaskan peluang main sama. Bising dan gamat. Dengan suara, dengan piano lagi. 

Jam 9.30, ummi cuba tidurkan Miqdad. Tak berjaya. Abang-abang masuk ke bilik dan ajak bermain. Ummi biarkan Anas, Mussaab dan Miqdad bermain. Ummi ke dapur untuk memasak. Anas dan Mussaab sambung main piano lagi. Mussaab buka pintu dan keluar dengan Miqdad. Anas belajar mandarin di hp ummi. 

Jam 10, cuba tidurkan Miqdad lagi. Tak berjaya lagi. Kenyang menyusu, Miqdad keluar mendapatkan abang-abang di luar. Ummi sambung kerja memasak lagi dan sapu sampah di lantai. Anas dan Mussaab buat air kopi dan minum bersama. Miqdad tumpahkan air di meja. Mussaab cari kain dan lap meja. Miqdad panjat meja makan dan kacau mi goreng, tumpah sebahagiannya. Ummi angkat Miqdad dan lepaskan di lantai. 

Mussaab naik ke atas mandi, Anas dan Miqdad menonton tv. Hampir jam 11, ummi susukan Miqdad lagi. Miqdad lena juga akhirnya. Ummi selesaikan kerja memasak dan buat roti bakar untuk Mussaab. Anas menonton YouTube. Hampir selesai memasak Miqdad bangun dan menangis. Ummi salin pampers Miqdad dan hidangkan makan tengahari. Ummi suap Miqdad yang makan berselera. Anas tak nak makan, kenyang lagi. Mussaab makan nasi sendiri, tapi tak banyak juga makannya. Selesai makan sambung menonton tv. Anas buat quiz mandarin di hp ummi. Miqdad dan Mussaab memilih buku di rak hingga lantai bersepah dengan buku. 

Selesai mengemas ummi kemaskan buku bersama Mussaab. Anas menonton video, Miqdad juga ‘membantu’ ummi. 

Jam 1.30, naik ke atas semuanya. Anas dan Mussaab bawa sekali beg sekolah dan masukkan barang masing-masing. Lepas solat, uji Mussaab dengan huruf-huruf yang dia masih tertukar. Anas refresh hafazan surah anNaba’ ayat 1-13. Miqdad juga tumpang membaca buku iqra’. Lepas tu menangis. Ummi susukan Miqdad. Cuba nak tidurkan Miqdad lagi. Tapi bila abang-abang masuk ke bilik, dia kembali aktif bermain. Bilik bising dan gamat lagi dengan suara hero bertiga. Melompat dan bergurau. Tak terdaya nak melarang.

Ummi terlelap sekejap. Terjaga dari tidur Miqdad tiada di bilik. Rupanya Miqdad sedang bermain dengan Mussaab di bilik depan. Anas pula makan mi goreng di bawah. Anas naik ke atas dan ke bilik bersama Mussaab dan Miqdad. Lepas tu semuanya masuk bilik ummi. Ummi susukan Miqdad sekali lagi. Jam 3.30, barulah lena. Anas dan Mussaab turun ke bawah menonton upin ipin. Jam 4.30 ummi turun ke bawah. Buatkan kopi, makan dengan biskut. Anas juga makan bersama. Mussaab asyik menonton. 

Jam 5, ummi naik dan solat asar. Anas dan Mussaab turut naik. Lepas solat Miqdad bangun dan menangis. Anas dan Mussaab masuk mandi di bilik air. Miqdad tak tertarik untuk mandi bersama. Terus menangis hingga ummi dukung Miqdad. Bawa Miqdad ke bilik air dan mandikan Miqdad. Miqdad menangis dan tak mahu lama di bilik air. Ummi bawa Miqdad keluar dan pakaikan baju Miqdad. Anas dan Mussaab juga selesai  mandi dan berpakaian. 

Jam 6, turun ke bawah dan keluar bermain di halaman. Anas bacakan hafazan surah anNaba’. Alhamdulillah Anas mudah diajak untuk membaca al Quran, menghafaz, membuat homework, worksheet dan yang berkaitan pelajaran. Mussaab berlari bersama Miqdad, kemudian berbasikal. Anas tolong buangkan najis Olly, beri makan dan isi air minuman Olly. Thank you Anas. Mussaab bermain kereta mainan dengan Miqdad. Lepas tu berpakat panjat pagar, termasuk Miqdad sekali ‘:) ummi ajak masuk, masih nak main kat luar.

Jam 6.30, ummi suapkan Miqdad makan. Anas dan Mussaab tak nak makan nasi. Anas minta roti cheese, Mussaab juga makan roti. Hampir masuk waktu maghrib, naik ke atas. Ummi solat, Anas buat quiz mandarin lagi, Mussaab belek buku dan kemas beg sekolahnya, Miqdad berjalan sana sini. Lepas solat seperti biasa ajarkan Anas baca Quran, dan sambung hafazan, ajar Mussaab iqra, dan terpaksa bagi Miqdad tonton video a ba ta sebab Miqdad asyik nak merebut al Quran dan buku iqra yang dibaca Anas dan Mussaab. 

Dapat whatsapp abi yang berada di kapal. Alhamdulillah dapat internet kat sana. Sekadar bertanya khabar dan pastikan keadaan baik-baik saja.

Selepas solat isyak ummi tidurkan Miqdad. Kemudian temankan Anas dan Mussaab tidur. Jam 9.30 dah lena semuanya. Alhamdulillah. Ummi turun ke bawah, siapkan kerja yang masih banyak di bawah. 

Semoga lena anak-anak ummi semuanya. Mimpi yang indah ya. Semoga esok akan lebih baik untuk Anas, Mussaab dan Miqdad. Tak lupa doakan abi yang jauh di lautan. Moga abi dalam lindungan dan kasih sayang Allah sentiasa. 

Semoga bahagia family kita selamanya. Bahagia hingga syurga. Insya Allah.

SELAMAT HARI LAHIR MUSSAAB




19/01/18

Genap usia Mussaab 4 tahun. Alhamdulillah, pejam celik pejam celik anak-anak ummi kian membesar. insya Allah, sihat dan cerdas.

Hari lahir Anas dan Mussaab hanya berbeza seminggu, iaitu Anas pada 12/01/12 dan Mussaab 19/01/14 (berbeza usia 2 tahun seminggu).

Pada tahun ini Mussaab sudah memulakan persekolahan di Tadika Little Diamond bersama Anas. Walaupun ummi rasa terlalu awal, tapi atas permintaan Mussaab juga, ummi dan abi daftarkan Mussaab sekolah. Semoga ok dan baik-baik saja. Insya Allah.

Di hari kelahiran Mussaab, abi ada bersama. Hari ini juga Mussaab bangun pagi dan ke sekolah seperti biasa. Ummi dan abi ucapkan 'happy birthday', namun Mussaab masih belum benar-benar mengerti maksudnya. Yang pasti, Mussaab tahu ianya special dan birthday itu berkaitan dengan kek, atau makanan sedap. Tak mengapalah, esok-esok Mussaab akan faham, bahawa hari ini hari ummi melahirkan Mussaab.

Hari ini Mussaab dan Anas dapat hadiah special dari abi iaitu piano (electronic keyboard exactly), seorang satu. Dah seminggu abi order secara online, kebetulan pula ia sampai tepat pada hari lahir Mussaab, lewat seminggu dari hari lahir Anas. It's ok. Thanks to abi for the very special gift. Kenapa special? Sebab dah lama Anas dan Mussaab teringin nak ada piano di rumah, sejak masuk kelas piano di sekolah :) harap Anas dan Mussaab akan rajin praktis dan makin mahir bermain piano. Insya Allah.

Hari ini juga kita sekeluarga ke Hospital Seremban untuk melawat atuk saudara Anas, Mussaab dan Miqdad yang sakit. Balik dari hospital, singgah makan di pizza hut berdekatan dengan rumah. Lagi birthday treat untuk Anas dan Mussaab. Alhamdulillah. Tq abi yang sangat baik hati setiap masa :)

Tamat cerita birthday Mussaab. Semoga Mussaab akan membesar menjadi anak yang soleh, dan hamba Allah yang taat. Semoga dikurniakan ilmu setingginya, diterangkan hati, dilapangkan rezeki, diberikan kesihatan, kecerdasan dan kekuatan. Semoga terus gagah melangkah di bumi Allah bersama dengan petunjukNya. 

Ummi sayang Mussaab selamanya. Redha ummi sentiasa mengiringi hidup Mussaab. Insya Allah.



Mussaab on his birthday. My handsome boy as always :)
Sunday, 14 January 2018 0 comments By: Naemah

4 HARI YANG LESU



11/1/18 - 14/1/18
4 hari yang tanpa suami 
4 hari yang mencabar dan teruji.

Hari pertama suamiku meninggalkan rumah, aku dalam keadaan batuk dan selesema. Kepala terasa berat untuk bangkit di pagi hari. Keadaan yang batuk dan selesema amat memberi rasa kurang selesa. Anak-anak perlu dikejutkan ke sekolah, dalam susah payah kejutkan mereka. Mandikan dan sediakan breakfast. Kemudian hantar ke sekolah berjalan kaki. Dengan badan kurang sihat, dengan badan tak bermaya, terasa amat mencabar sekali. Hari ini jalani hidup dengan kelesuan. 

Hari kedua suami di Bintulu. Masih dalam keadaan yang sama, dan masih perlu kejutkan dan siapkan anak-anak ke sekolah. Yang kecil ni pun perlu di jaga dan diperhatikan setiap masa. Walau badan lemah, lesu dan mata pun mengantuk, masih perlu lakukan apa yang perlu, sebagaimana rutin harian. Cuma bab kekemasan rumah saja tak berapa nak peduli. Anak nak buat apa pun, silakanlah anak. Nak melarang pun ummi tak ada daya. Hari ini melalui hari dengan penuh kelesuan lagi. Hari ini juga birthday Anas. Sekadar beli  keropok lekor atas permintaan dia, dan masak lasagna yang sangat-sangat simple :)

Hari ketiga suamiku di Bintulu. Keadaan batuk dan selesema semakin baik. Rasa lebih selesa. Cuma kepala adakalanya masih terasa berat, terutama ketika baring dan ketika menyusukan anakku. Hari ini juga anak-anak bercuti. Keadaan rumah dari pagi hari lagi sudah kacau bilau dek hero-hero yang pantang duduk diam, nak explore saja kerjanya. Cuba lakukan aktiviti dengan anak-anak, walau masih dalam keadaan berat dan lesu badan. Kemas juga rumah walau sikit, agar tak nampak ‘teruk’ sangat :D Masak ala kadar, paginya beli breakfast di luar.

Hari terakhir suamiku di sana. Hari ini juga penerbangan baliknya. Batuk selesema dah recover sepenuhnya. Tapi diuji pula dengan sakit perut dan sakit badan. Adui, lesu tak bermaya lagi hari ni. Masak nasi ayam untuk anak-anak dan suami yang balik hari ni. Malamnya suami tolong urutkan badan, terasa lega sangat-sangat. Urat tersimpul dah kendur balik :) badan lebih ringan. Alhamdulillah. Terima kasih suami tercinta.

Hari seterusnya keadaan kesihatan lebih baik. Suami pun dah ada di rumah, banyak kerja yang dia bantu walaupun dia dalam keadaan sakit kaki. Temujanji Miqdad di klinik desa dapat dipenuhi. Segala urusan berjalan lancar. Alhamdulillah.

Sesekali Allah menguji dengan kesakitan dan tidak sihat badan. Banyak perkara yang boleh direnung dan dijadikan iktibar buat diri. 

Terasa diri dah semakin berusia. Lemah badan dan sakit sana sini. Terlupa nikmat sihat yang jarang-jarang sekali disyukuri. Inilah masanya untuk Tuhan ingatkan, betapa ia sebuah nikmat yang sangat besar. Tengoklah sakit sikit saja Allah bagi, terus lemah satu badan. Terus tak mampu nak berbuat apa. 

Ya. Ini hanya sakit yang sedikit. Bukan sakit teruk seperti hamba lain sedang harungi. Sikit saja. Malunya, jika itupun tak mampu nak tanggung dan tak terasa ia juga sebuah nikmat untuk ubat hati yang leka. 

Aku redha atas apa yang telah aku lalui. Aku mohon agar kesihatanku dikembalikan, kekuatanku dikembalikan. Moga aku akan menjadi hamba yang lebih bersyukur. 

Sihatkan juga suami, anak-anak, ibu kami, dan keluarga tercinta kami ya Allah. 

Aameen


Anak-anak yang aktif dan pantang duduk saja




Cuaca sejuk, mendung dan bergerimis juga membuatkan diri rasa ‘malas’ nak bergerak, rasa nak baring dan tidur saja :b
Friday, 12 January 2018 0 comments By: Naemah

SELAMAT HARI LAHIR ANAS

Imbas kembali;

12/01/12
Aku ditolak masuk ke dalam labour room HRPZ sekitar jam 3 petang, setelah paginya dimasukkan ubat induce, dan setelah kontraksi sudah dapat dirasakan dalam sela masa 5-10 minit.

Di dalam labour room, bukaan serviks sudah terbuka 2cm. Ketuban dipecahkan, ubat induce (drips) dimasukkan. Kontraksi semakin kuat dan semakin lama tak tertahan. Tiba masanya, tak terkira berapa kali cubaan ‘push’, hingga akhirnya selamat melahirkan si kecil yang suci dan comel pada jam 11.58 pm. Tangisan bahagia mengiringi, kesakitan yang tadi ditanggung langsung pergi. Azan dan iqamah  diperdengarkan di telinga. Aku mendakap tubuh kecil itu dengan air mata seorang ibu buat pertama kali, yang terlalu bahagia.

Hari ini. 
6 tahun berlalu.

12/01/18
Anas bangun pagi seperti kebiasaan bila dikejutkan untuk ke sekolah. Ya, Anas sudah berusia 6 tahun dan sudah bersekolah sejak tahun lepas. Tahun ini bersekolah di Little Diamond Kindergarten bersama adiknya Mussaab. 

Anas menjalani kehidupan seperti biasa, tiada apa yang terlalu istimewa. Ummi ingatkan Anas bahawa hari ini ‘birthday’nya. Ummi jelaskan pada Anas bahawa hari ini Anas dilahirkan, dengan penjelasan yang paling mudah difahami. Anas tersenyum faham. Semalam Anas minta kek untuk birthdaynya. Tapi hari ni Anas dah tak nak kek lagi bila ummi bertanya. Ummi juga tahu, Anas bukan suka makan kek. Maka kek dilupakan. Balik sekolah, makan seperti biasa, menonton tv, bermain dengan adik-adik, dan membuat aktiviti seperti biasa. Namun berkali ummi ulang, bahawa hari ini hari lahir Anas. Anas rasa seronok dan terasa bahawa hari ini ‘hari istimewa’ untuk dia.

Di hari kelahiran Anas ini juga, abi tiada bersama kerana bertugas. Tapi ummi percaya, abi juga tak lupa. Dari jauh, abi pasti mendoakan Anas. Sebagaimana setiap hari abi ingat dan berdoa pada Anas meskipun jauh. 

Anas, doa dan redha ummi akan sentiasa mengiringi hidup Anas. Semoga Anas membesar menjadi hamba Allah yang taat, ikhlas berjuang dan berjasa pada agama, tanpa mengharap yang lain kecuali redha Allah semata.

Semoga Anas sentiasa dikurniakan kesihatan, kecerdasan, kesembuhan, kekuatan, kelancaran lisan, dilapangkan rezeki, dan usia yang dimanfaatkan.

Semoga Anas dewasa sebagai insan yang berilmu dan beramal soleh, beradab dan berakhlaq mulia. 

Aameen.





Lasagna roti untuk birthday Anas. Sekadarnya mengingati hari kelahiran Anas :) Alhamdulillah di atas usia dan rezeki yang Allah kurniakan.