Sunday 28 January 2018 By: Naemah

IPOH-KUALA KANGSAR: ROAD TO KAMPUNG


26/01/18 (Jumaat)

Hari ini plan untuk ke Ipoh, sudah booking hotel di sana untuk bermalam kerana pada esok harinya akan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja suamiku yang diadakan di Kuala Kangsar.

Hari ini juga merupakan hari terakhir persekolahan Anas dan Mussaab untuk minggu ini. Cadangnya nak segera bertolak sebaik tamat persekolahan jam 12, tapi Allah merancang sebaliknya. 

Miqdad sudah masuk hari ke-5 demam. Dan sudah 2 hari batuk dan selesema. Makan juga dah tak berselera. Langsung tak nak makan, kecuali menyusu saja. Pagi ini, selepas hantar Anas dan Mussaab ke sekolah, aku dan suami membawa Miqdad ke Klinik Kesihatan Beranang untuk berjumpa doktor.

Dari jam 8.30 pagi, sehinggalah lebih kurang jam 11.30, akhirnya urusan Miqdad di klinik selesai.

Oleh kerana belum bersiap, maka kami makan tengahari dulu di rumah dan bertolak dalam pukul 3 petang. 

Kami sampai di Ipoh jam 7 malam. Makan malam di restoren My Nasi Kandar, Mydin Ipoh, dan check in hotel Valya yang berdekatan dengan Mydin. Suamiku memilih room type: family twin dengan harganya rm185 (weekend) untuk semalaman. Anak-anak yang sudah lama tidak bercuti, amat seronok bila dapat bermalam di hotel pada malam ini. Masing-masing tidur awal dek kepenatan berjalan jauh. 








27/01/18 (Sabtu)

Hari ini menikmati breakfast di restoren yang sama, My Nasi Kandar. Kemudian bershopping di dalam Mydin yang sangat besar, luas dan selesa. Kami membeli periuk nasi untuk dihadiahkan kepada pengantin. Di sini juga aku membeli blaus, kerongsang dan tudung. Anak-anak pula happy dapat bermain di sudut permainan yang disediakan di situ. 

Selepas itu balik semula ke hotel, bersiap dan check out hotel jam 12 tengahari. Terus menuju ke Sayong Resort Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis perkahwinan di situ. Sampai di sana jam 1.30, berjumpa pengantin dan menikmati hidangan yang disediakan. Kemudian terus bertolak balik ke kampung sebagaimana yang dirancang.

Berhenti solat di masjid Gerik, dan teruskan perjalanan. Sampai di rumah ibuku lebih kurang jam 6.30 petang. Alhamdulillah. Sebuah perjalanan yang dipermudahkan. 

Part mencabarnya ialah dalam keadaan Miqdad yang begitu, dia jadi kurang aktif dan tak seriang biasa. Hampir setiap masa perlu didukung dan dipangku. Makan tak nak, main pun sekejap-sekejap saja.

Lagi satu situasi (agak) cemas, ialah bila suamiku terlupa untuk isi minyak di Gerik bagi meneruskan perjalanan ke Jeli. Minyak memang dah tinggal paras low, tapi itupun dah melepasi Gerik baru perasan. Dan antara Gerik ke Jeli memang tiada stesen minyak. Perjalanan lebih kurang 2 jam, dalam keadaan pasrah dan tawakkal sepenuhnya ,:D aircond off, anak-anak mula kepanasan. 

Alhamdulillah sampai juga di Jeli akhirnya. Suamiku mengisi minyak di stesen Caltex. Alhamdulillah dan lega rasanya. Bila dapat on balik aircond, terasa nikmat yang amat :b

Itu sajalah antara dugaan perjalanan kali ini. Segalanya dalam kemampuan hamba. Masih ia sebuah musafir yang memberi keseronokan pada kami sekeluarga. Alhamdulillah, kini dah berada di kampung, bertemu orang tua kami yang setia menanti kepulangan kami.

Syukur pada Allah yang sentiasa mempermudahkan segala urusan. 

Alhamdulillah :)













0 comments:

Post a Comment