Tuesday 17 September 2024 By: Naemah

FAMILY DAY 2024 @SUDARA BEACH RESORT


Alhamdulillah berlangsung sudah program hari keluarga kali ke-3 yang dinanti-nanti. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar bersama lebih dan kurangnya.


Hari keluarga diadakan pada 16-17 September 2024 bertempat di Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan. Buat kat pantai lagi sekali. Discussion tentang family day dah bermula dari awal tahun lagi, sebaik dikeluarkan takwim akademik. Bermula dengan pemilihan tarikh, kemudian tempat, dan lain-lain, sehingga terlaksananya program hari keluarga kali ke-3 ini.


Dari segi penyertaan, pada mulanya menjangkakan kehadiran penuh (tahun lepas 3 orang tak join), sebab tahun ni yang kat Mesir dah balik, yang kat Sarawak pun balik, yang lain-lain macam takde masalah nak join. Tapi takdir adalah sebaliknya, yang tak dapat join tahun lepas Alhamdulillah dapat join tahun ni. Tapi yang lain pula ada kekangan dan urusan yang tak dapat dielakkan. Ada yang kerja dan tak dapat cuti (anak saudara yang kerja nurse), dan ada yang kena hantar anak ke kolej (abang no.3, isteri dan 2 anak tak join). Jadi 5 orang yang tak dapat menyertai family day tahun ni. Yang hadir tu pun ada yang kena balik awal sebab ada urusan. Tapi sempatlah makan, beraktiviti dan bergambar. 


Pengisian program hari keluarga tahun ni tak banyak beza sangat dengan tahun-tahun lepas. Tapi dari segi masa agak ‘lari’ sikit dari tentatif atas sebab-sebab tertentu. Bermula dengan makan-makan, check-in, sukaneka, bergambar, sambung sukaneka lagi, makan-makan lagi, berselang seli mengikut keadaan cuaca (panas dan hujan tak menentu). Kerana cuaca yang tak mengizinkan juga, tak dapat habiskan slot sukaneka (2 game tak dapat main). 


Bbq bermula seawal 4 petang (kalau tak silaplah), sampai ke petang harinya. Banyak juga menu yang dibawa (nasi arab, kari kambing, buah-buahan, dan makanan sampingan lain) dan ada juga menu yang disediakan hotel (bihun goreng dan nasi goreng). Alhamdulillah, mewah makanan hari ni.


Yang paling seronok, sudah tentulah anak-anak kecil (16 orang semuanya tak termasuk 3 baby). Mereka adalah watak yang paling riang gembira bermain bersama-sama. Hari ini adalah hari buat mereka. Yang dewasa sibuk dengan juadah, arrange aktiviti, dan mengawal anak-anak riang ni. Petang hari, dah tamat aktiviti sukaneka sempat ke pantai dan mandi kolam. Berganda seronoknya.


Malam hari berkumpul untuk mendengar ucapan ketua keluarga (abang sulung), persembahan cilik, dan penyampaian hadiah (yang paling ditunggu-tunggu). Meriah hadiah tahun ni berbanding tahun-tahun lepas. Ada hadiah dan medal untuk semua anak-anak, ada hadiah pemenang sukaneka, hadiah cabutan bertuah, dan akhir sekali sessi bertukar hadiah. Best!  Boleh dikatakan semua (atau setiap family) dapat bawa balik hadiah. Ya, mek pun dapat. Oh ada lagi, malam ni juga ada sessi potong kek yang ditempah khas buat hari keluarga. 


Selesai majlis, kembali ke bilik masing-masing, dan berehat. 


Esok harinya memulakan pagi dengan solat subuh, dan mengambil angin pagi di pantai. Pagi ni hanya beraktiviti bebas sebelum check-out dari hotel. Bersarapan di hotel, mandi kolam puas-puas, dan bersiap untuk kembali ke rumah. 


Kami meninggalkan Sudara Beach Resort (hampir serentak semuanya) sekitar jam 11.30 pagi. Meninggalkan tempat ini dengan kenangan yang telah tercipta bersama. Mudah-mudahan semuanya pulang dalam keadaan berpuas hati, seronok dan ingin mengulanginya bersama-sama lagi. 


Buat mek, aku mendoakan semoga mek juga mendapat kepuasan dari momen berkumpulnya anak cucu dan cicitnya tahun ini. Dalam keadaan mek yang uzur (malahan dalam keadaan kurang sihat sejak beberapa hari sebelum hari keluarga), semoga ianya tetap menjadi saat yang membahagiakan hati mek dalam meniti usia senjanya ini. 


Insya Allah tahun hadapan akan meneruskan hari keluarga ini lagi. Doaku, semoga tiada yang ‘hilang’ dari kami semua ini. Semoga cukup semuanya. Malahan, semoga makin bertambah-tambah lagi dari asbab kelahiran dan perkahwinan. Ameen.


Semoga mek tetap sihat dan gagah.

Semoga seluruh ahli keluarga sihat-sihat untuk kembali bersua lagi.


Semoga hari keluarga yang akan datang dapat kita raikan dengan lebih baik. Ameen. 





We are a family

Mek dan anak-anak
Seorang tak dapat datang-anak lelakinya mengambil tempat.

Mek dan family anak sulung
(Seorang tak dapat datang)

Mek dan family anak kedua
Cukup semua!

Mek dan family anak ketiga
Hanya 3 daripada 7 yang dapat datang


Our family and mek
Alhamdulillah still complete









Random pictures of sukaneka


Makan-makan

Program malam
(Tak sewa dewan sebab mahal sangat)

0 comments:

Post a Comment