Alhamdulillah setahun berlalu. 2023 semakin hampir menutup tirainya.
Bermakna juga setahun pertama Suri di kindergarten hampir tamat. Walaupun Suri masuk sekolah lambat sikit (bulan April) berbanding kawan-kawan Suri, tapi tak ada apa yang tertinggal, insya-Allah. Suri dapat seperti apa yang kawan-kawan Suri juga dapat. Setahun pertama di kindergarten, memberi kenangan tersendiri buat Suri. Tiada perbandingan dengan sesiapa.
Lebih kurang 9 bulan Suri di Little Diamond Kindergarten, Suri juga dah semakin serasi dengan dunia baru. Jika sebelum ini dunia Suri hanya ummi, abi dan abang-abang, lepas dah masuk sekolah, teachers and friends menjadi teman harian Suri, selain ahli keluarga.
Kini dah berada di penghujung tahun. Suri baru saja meraikan hari graduasi Little Diamond Kindergarten dan membuat persembahan bersama kawan-kawan. Teruja ummi nak menonton persembahan pertama Suri di pentas. Tapi sayangnya, pada hari tersebut (9/12/2023), hanya ummi dan Miqdad saja yang dapat hadir menonton persembahan Suri. Abi bawa Mussaab lawan bola di Bangi, Anas pula ada kelas tambahan. Takpelah, kalau ada rezeki next year abi boleh hadir support Suri pula.
Tiba harinya, dapatlah ummi menonton persembahan Suri. Masya Allah, seronok tengok Suri dan kawan-kawan beraksi di pentas. Suri kelihatan sangat yakin membuat pergerakan. Menari mengikut rentak muzik yang dimainkan. Suri dan kawan-kawan dah buat yang terbaik. Ibubapa yang hadir terhibur melihat persembahan anak masing-masing.
Majlis bermula jam 8.45 dan berakhir sekitar jam 11 pagi. Semua murid dari kelas 4 tahun hingga 6 tahun terlibat membuat persembahan. Secara ringkasnya, ia bermula dengan perasmian majlis oleh murid 6 tahun yang akan tamat pembelajaran mereka tahun ini, diikuti persembahan demi persembahan, dan berakhir dengan penyampaian hadiah dan sijil. Selepas itu majlis bersurai. Oh ya, tema majlis tahun ni ialah ‘LD Museum Comes Alive’. Sedar tak sedar, saban tahun ummi menghadiri majlis graduasi LD sejak zaman Anas lagi (2018). Dan akan hadir lagi untuk 2 tahun mendatang, sehingga tamat pembelajaran Suri nanti.
Alhamdulillah, sudah sampai ke penghujungnya. Mungkin seminggu saja lagi Suri akan hadir ke sekolah, lepas tu akan bercuti bersama abang-abang. Selepas bercuti panjang, Suri akan masuk untuk sessi baru (2024). Suri akan melangkah ke kelas 5 tahun pula. Masuk chapter baru, cipta pengalaman baru, dan terus belajar perkara yang baru, insya Allah.
Tahniah untuk setahun pertama yang telah Suri berjaya lepasi dengan baik. Good girl!
LD ANNUAL CONCERT & GRADUATION
0 comments:
Post a Comment