Pejam-celik pejam celik, 6 bulan sudah masa berlalu, dari hari pertama Suri masuk ke Little Diamond Kindergarten (8 April 2023). Alhamdulillah, Suri juga nampaknya makin serasi dengan sekolah pertamanya di usia 4 tahun.
6 bulan menempuh alam tadika, banyak perkara yang sudah Suri belajar. Yang penting Suri seronok ke sekolah sebab ada ramai kawan dan teacher pun baik-baik semua.
Di tadika, Suri mengenal huruf dan nombor, belajar menulis dan mewarna, belajar berkreativiti dan bersukan, dan sebagainya.
Selain itu, Suri sertai banyak aktiviti di tadika seperti sambutan hari lahir, sambutan raya dan hari guru, simulasi haji, aktiviti merdeka dan sukan, dan banyak lagi (tak lama lagi nak join lawatan sekolah pula).
6 bulan ini, syukur segalanya Allah permudahkan. Jarang Suri tak dapat hadir ke sekolah, kecuali jika tak sihat dan ada urusan yang lain. Walaupun waktu pagi agak lambat juga nak bangun dan bersiap, tapi bukan masalah besar sangatlah. Masih tetap siap dan sampai ke sekolah sebelum teacher tutup pagar :)
Berbaki beberapa bulan lagi untuk menutup tahun 2023, dan seterusnya Suri akan melangkah ke tahun pembelajaran yang berikutnya (5 tahun). Harapan ummi, Suri akan makin seronok dan suka untuk ke sekolah. Harapnya tak jemu dan bosan. Masih ada 2 tahun untuk Suri meneruskan pembelajaran Suri di alam tadika yang ummi percaya sangat menyeronokkan dan jauh dari tekanan. Insya Allah Suri baik-baik saja. Bermula di sini dengan seronok, dan meneruskan langkah ke depan dengan cemerlang ya!
Suri & friends;
Hari sukan LD. Suri rumah kuning. Ummi dan abang-abang datang support Suri. Abi tak dapat datang sebab balik kampung (nenek masuk hospital dan perlu operate). Alhamdulillah Suri main dengan baik! Dapat medal, dapat hadiah. Suri seronok!!
0 comments:
Post a Comment