Balik kampung juga akhirnya.
Plan asal nak balik sebelum cuti sekolah bermula (dalam 7-8hb macam tu), sebab suami kena balik kerja. Tapi mak mertua tiba-tiba bagitau nak datang rumah sebab nak pergi kenduri kat KL. Mereka datang dengan flight. So cancel lah plan balik kampung dulu, raikan mak dan adik-adik juga anak saudara yang datang dari jauh. Suamiku berkuarantin di rumah (untuk tujuan kerja) dan ke Terengganu pada 12/12/2021.
Lepas discuss semua, aku bersetuju untuk balik dengan mak dan ahli keluarga yang lain pada 13/12/2021. Adik iparku (Nor) bawa kereta kami, dan abang ipar (yang tinggal tak jauh dari rumah kami) bawa sebuah kereta lagi. Kami bertolak balik kampung dengan 2 buah kereta.
Perjalanan kali ini agak mencabar, namun masih dipermudahkan olehNya. Traffic sangat perlahan. Banyak kereta dan lori di jalan. Ditambah dengan ragam anak-anak yang pelbagai, rasa penat sangat. Dari Semenyih ke Kota Bharu, perjalanan mengambil masa selama 10 jam (9 pagi-7 malam). Penat…
Penat bukan sebab apa, tapi sebab tanpa suami bersama agaknya. Tak rela dah nak berjalan jauh tanpa dia. Nak control anak-anak seorang diri memang memenatkan. Adik ipar pun banyak membantu sebenarnya, tapi itulah.. kalau dengan abinya sendiri lebih mendengar kata dan lebih terkawal.
Alhamdulillah selamat sampai akhirnya. Penat dan mengantuk sangat. Dalam kereta langsung tak dapat pejamkan mata. Sampai rumah, mandi, solat, makan dan tidur awal semuanya.
Alhamdulillah atas urusan musafir yang dipermudahkan Allah, meskipun di balik cabaran yang ditempuh. Kini sudah berada di rumah ibu mertua. Menunggu kepulangan suamiku, katanya tak lama tapi bergantung pada cuaca di sana juga. Moga Allah permudahkan urusan suamiku di laut sana. Insya Allah akan balik ke rumah ibuku pula. Dah lama tak jumpa, sejak Oktober lalu.
Anak-anak kini riang bermain di rumah nenek pula. Tapi tak ramai sepupu yang ada. Eiman saja, dan Abang Faiz. Masih kurang meriah, tapi ada juga lah teman bermain di sini.
Sekali lagi syukur, dah selamat sampai kampung. Rindukan suamiku yang jauh, kerana akan lebih bermakna bila dia ada bersama. Semoga Allah permudahkan urusannya di sana, dan selamat kembali ke pangkuan kami yang merindu. Semoga dapat memanfaatkan waktu di kampung bersama keluarga yang tercinta. Insya Allah.
Suri ready nak balik kampung
Peace!!
Anas, Mussaab, Miqdad dan Eiman
With Makde- yang tolong drive dari Semenyih ke Kota Bharu
0 comments:
Post a Comment