Sunday, 12 April 2020 By: Naemah

COVID 19: RUTIN DI SEPANJANG PKP




Perintah Kawalan Pergerakan sudah masuk hari ke-26. Covid-19 masih lagi menjadi masalah utama seluruh dunia, dengan catatan kes yang semakin meningkat dan membimbangkan saban hari. Malaysia tak terkecuali, namun Alhamdulillah situasi di Malaysia jauh lebih baik dan lebih terkawal berbanding negara lain terutama negara-negara besar Eropah seperti Itali dan Amerika Syarikat.
(catatan untuk kita semua ingat dan memang kita takkan lupa kan?)

Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri juga sudah 26 hari 'berkampung' di rumah. dalam tempoh ini memang langsung tak ke mana-mana, patuh pada saranan kerajaan untuk "stay at home' sehingga tamat tempoh PKP ini. Maknanya sehingga Covid-19 tidak lagi menghantui kita semua. Bila? Allah sahaja yang tahu.


Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri jalani hidup bersama-sama sepanjang tempoh PKP ini. Tak pernah berpisah, tak pernah jauh. Teman saban hari, tiap masa, tiap ketika. Tiada yang lain.


Pun begitu, abi tak dapat memenuhi tuntutan PKP untuk ‘stay at home’ kerana perlu bertugas seperti biasa. Bahkan tempoh di tempat kerja lebih lama berbanding yang sebelum ini. Bayangkan, sepanjang 25 hari ini, tak sampai seminggu pun abi ada di rumah. Kerja, balik sekejap, kerja lagi dan seterusnya.

Apa aktiviti Anas dan adik-adik sepanjang PKP ini?
Banyak sangat aktivitinya.

Rutin bangun pagi, mandi, solat subuh dan turun breakfast. Semua bangun hampir serentak, Alhamdulillah. Kira sekali harung la settlekan semua.

Lepas breakfast ‘masuk kelas’ sekejap. Anas masuk ‘Selangor Tutor’ dan Mussaab masuk ‘Google classroom’. Anas dah seminggu belajar online, Mussaab pula dah 3 minggu, tanpa sedar. Dan Anas sekarang pun dah ada group whatsaap sekolah yang baru 2 hari di'create' oleh guru kelas. Tugasan diberikan untuk pelajar buat di rumah bersama ibubapa. Ya, secara tak langsung dalam tempoh PKP ini ummi bukan sahaja suri rumah, tapi juga 'cikgu' yang perlu memantau setiap tugasan yang guru sekolah berikan. 

Selesai yang wajib, aktiviti bebas pula. Macam-macam game dah main. Macam-macam aktiviti dah buat. Berpakat 3 beradik main sama-sama. Menonton video dan main game dalam ipad juga antara aktiviti bersama. Menulis dan melukis, craft, lego dan games ciptaan sendiri, dan berbagai lagi.



Antara tugasan rutin pula ialah melipat pakaian (2 kali seminggu), sesekali masuk dapur 'membantu' apa yang patut sambil membiasakan diri dengan kerja dapur. Mengemas ruang tamu-wajib sebelum naik mandi dan solat maghrib. Malam pula seperti biasa membaca al-Quran selepas solat maghrib. Sementara tunggu isyak, buat aktiviti sendiri masing-masing. Baca buku, melukis, lego, dan lain-lain. ikut suka. Lepas isyak semua dah ready untuk tidur. Jam 9.30 biasanya dah sunyi sepi rumah. Alhamdulillah :)

Begitulah lebih kurang serba ringkasnya aktiviti Anas, Mussaab dan Miqdad di sepanjang tempoh PKP ini. Boleh dikatakan rumah ni 'meriah' setiap masa. Meskipun abi tak ada, meskipun abi tak dapat stay at home lama-lama, kita redha saja. Insya Allah ada hikmahnya. Doa kita sentiasa, moga semua ini akan berakhir. Semoga virus covid-19 akan lenyap dari bumi ini, dan semua orang akan kembali 'bebas' melakukan aktiviti yang sebelum ini banyak tergendala. 

Di sebalik ujian dan musibah, moga kita akan terus sentiasa bersangka baik kepada Allah. Senyumlah walau pahit. insya Allah, akan hadir penawar pada setiap kesakitan. Akan dinikmati kemanisan selepas kepahitan. insya Allah :)




kita baik-baik saja
Alhamdulillah





0 comments:

Post a Comment