Lawatan sekolah Little Diamond Kindergarten diadakan pada 30/4/19. Lawatan sekolah kali ke-2 yang disertai Mussaab. Berbanding tahun lepas, kali ni Mussaab pergi lebih ‘jauh’ tanpa ummi dan abi.
Destinasi lawatan sekolah Mussaab pada kali ini ialah Pusat Sains Negara dan Taman Burung Kuala Lumpur. Pelajar Little Diamond bersama guru mereka menaiki bas ke destinasi lawatan mereka.
Mussaab sangat excited untuk menyertai lawatan sekolahnya. Beberapa minggu sebelum itu sudah selalu menyebut tentang lawatan sekolahnya. Malam sebelum tiba harinya, semakin tak sabar nak sertai lawatan. Pada hari yang dinantikan, Mussaab bangun paling awal, lebih awal dari ummi dan abi. Takut lambat katanya, nanti kena tinggal. Agak gelihati dengan semangat Mussaab yang tak sabar-sabar nak pergi lawatan sekolah :D
Ummi hantar Mussaab jam 7.15 pagi ke sekolah. Kawan-kawan Mussaab dah ramai yang datang. Masing-masing excited seperti Mussaab juga agaknya :) anak-anak diberi makan sebelum mereka bertolak ke destinasi. Mengikut schedule lawatan, mereka meninggalkan sekolah pada jam 8 pagi, dan akan kembali pada jam 3.30 petang.
Destinasi pertama mereka ialah Pusat Sains Negara. Kali kedua Mussaab ke sini. Dulu pernah datang sekali (Disember 2017), entah Mussaab ingat atau tidak. Masa ni datang pun tak berapa seronok sebab terlalu sesak dengan orang ramai, tak dapat nak explore tempat tu dengan baik. Kali ni pastinya Mussaab seronok kat sini dengan kawan-kawan dan dapat explore dan belajar banyak perkara. Insya Allah. Yang pasti, tempat ni antara tempat yang menarik untuk membawa anak-anak, untuk bermain, belajar, dan explore tentang ilmu dan pengetahuan sains yang sangat luas. Selepas kunjungan yang pertama dulu, memang menyimpan hasrat nak bawa lagi anak-anak ke sana, tapi belum ada rezeki. Insya Allah lain kali boleh bawa Anas dan Miqdad sekali :)
Destinasi kedua mereka ialah Taman Burung Kuala Lumpur. Ini pula kali pertama Mussaab ke sini, sebelum ni tak pernah datang. Tempat ini juga pasti menjanjikan keseronokan buat Mussaab dan kawan-kawan, menyaksikan aneka spesis burung di samping dihiburkan dengan ‘show’ yang menarik di sini.
Mereka tiba kembali ke sekolah jam 6 petang, lewat dari yang dijadualkan. Sebaik naik kereta, Mussaab tak berhenti bercerita tentang pengalamannya mengikuti rombongan sekolah. Excited bercerita, seronok sangat agaknya :) Semua orang di rumah pun dah rindu sangat dekat Mussaab. Tak pernah Mussaab pergi ‘jauh’ seorang tanpa ummi, abi dan adik beradiknya :)
Alhamdulillah untuk perjalanan dan pengalaman Mussaab untuk kali ini. Sesekali ummi perlu belajar ‘lepaskan’ anak-anak, bersama dengan mereka yang ummi percayai boleh menjaga dan mengambil tempat ummi dan abi. Terus terang, melepaskan pergi itu sangat berat, apalagi selama ini tak pernah berpisah kecuali dekat dan sekejap saja.
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Semuanya selamat pergi dan selamat kembali. Paling mahal adalah pengalaman dan keseronokan yang mereka dapat dari menyertai lawatan sekolah ini :)
Terima kasih Little Diamond Kindergarten
Pagi sebelum ke sekolah
0 comments:
Post a Comment