Monday 27 May 2019 By: Naemah

CHECK UP 23 RAMADAN

Hari ke 23 Ramadhan. Juga sudah 27 minggu tempoh kehamilanku (hampir 7 bulan). Alhamdulillah. Puasa dapat disempurnakan dengan baik, meskipun ada hari-hari aku terasa lemah dan lesu, tapi pada kebanyakan harinya aku cergas dan baik saja. Alhamdulillah setakat ini tiada situasi yang memaksa aku untuk berbuka puasa. Ya, pada seorang wanita hamil itu ada kelonggaran buatnya untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan andai keadaan dirinya tak mengizinkan. Namun Alhamdulillah, aku kira keadaanku baik, dan anakku juga baik saja, insya Allah.

Hari ini menghadiri temujanji di klinik seperti biasa. Cuma kali ini sudah berada di kampung, dan perlu menumpang klinik di sini. Hari ini perlu buat rutin check up dan juga perlu jumpa doktor untuk review bsp (bsp kali ke-8). maknanya perlu ke klinik desa, dan kemudiannya ke klinik kesihatan. Kebetulan pula suami bekerja, aku perlu bergerak sendiri untuk kedua-dua klinik. Alhamdulillah ada kakak yang boleh tolong jagakan anak-anak, kalau tak haru juga nak kena bawa semua ,:) 

‘Berkampung’ di klinik desa legeh dan klinik kesihatan Ayer Lanas dari jam 8 pagi, dan sampai ke rumah jam 11 pagi. Tak lama sangatlah kan :D tak rushing sangat nak balik, sebab anak-anak ok je kat rumah. Alhamdulillah dipermudahkan urusan hari ini :) tapi yang tak bestnya, next week kena buat bsp lagi, dan kena datang klinik lagi. Hmm... bertabahlah.

Balik ke rumah, balik ke pangkuan anak-anak. Teruskan hari macam biasa. Tak ada aktiviti sangat, anak-anak pun buat hal dan aktiviti sendiri. Mujur juga ada zana sepupu mereka, datang ke rumah, boleh teman bermain. 

Menunggu kepulangan suami tercinta. Tapi lagi 3 hari, lambat lagi. Habiskan masa bersama anak-anak dan family kat kampung ni jelah dulu. Semoga sihat walafiat dan dapat sempurnakan puasa, semoga menjalani hari-hari yang baik, buat kami dan buat suamiku yang jauh. Semoga akan bersua dan menyambut aidilfiri bersama. Insya Allah :)

Ramadan menghampiri ke penghujungnya. Semoga beroleh keberkatan dan rahmat yang berlipat ganda dari Allah di bulan yang penuh kemuliaan ini. 

آمين


0 comments:

Post a Comment