Anas dan Mussaab dengan rasminya berdaftar di tadika Little Diamond untuk sessi persekolahan tahun 2018. Pendaftaran dibuat pada 27/12/17, dengan pembayaran sepenuhnya yuran pendaftaran dan yuran untuk bulan Januari 2018. Anas dan Mussaab bersekolah half day (8-12pm)
Tahun depan Anas tidak bersekolah di Genius Aulad lagi. Bukan kerana sekolah itu tidak bagus, tapi selepas membuat pertimbangan sebaiknya (insya Allah) Anas didaftarkan di sekolah ini. Dari segi ‘nama’ sudah tentu tak dapat mengalahkan Genius Aulad yang sudah dikenali ramai dan terdapat banyak pula cawangannya di seluruh Malaysia. Sedangkan sekolah yang ini, masih baru nak bertapak dan anak-anak kami adalah batch pertamanya :) Namun insya Allah, anak-anak tetap akan menerima pendidikan terbaik sebagaimana di sekolah-sekolah lain.
Mussaab tahun depan berusia 4 tahun. Kalau ikutkan tak nak hantar sekolah lagi, tapi memandangkan dia yang beria nak sekolah, kami daftarkan juga dia sekolah. Mudah-mudahan Mussaab akan happy di sekolah. Anas pula, dia sebenarnya kurang excited nak sekolah. Entahlah, mungkin dia rasa sekolah tu ‘boring’. Bila dijanjikan dengan aktiviti-aktiviti menarik di sekolah baru, dia nampaknya lebih berminat. Namun, tak seperti Mussaab yang nampaknya lebih excited nak bersekolah. Harapannya, Anas juga akan sukakan sekolah barunya nanti.
Tahun 2018, akan ada kelainannya. Bab sekolah, nampaknya Anas dan Mussaab keduanya dah bersekolah. Tak sedar masa berlalu pantas. Anak-anak ummi dah besar :) Anas akan merasai pengalaman baru di sekolah baru, dan Mussaab yang sebelum ini teringin sangat nak bersekolah, akan dapat rasa juga bagaimana ‘bersekolah’. Tahun depan juga masing-masing perlu bangun pagi, kerana sekolah akan bermula jam 8 pagi. Tak seperti sessi persekolahan lepas di mana Anas bersekolah waktu petang. Dan sekolah baru ini juga jaraknya lebih dekat, ummi tak perlu drive untuk menghantar Anas dan Mussaab ke sekolah :)
Semoga Allah permudahkan segalanya. Semoga pilihan ini adalah yang terbaik untuk Anas dan Mussaab, untuk masa ini dan kali ini. Semoga dapat menimba sebanyaknya ilmu dan sentiasa seronok mencari ilmu. Insya Allah.
Bye Genius Aulad. Anas tak pernah lupa. Genius Aulad juga telah memberikan yang terbaik untuk Anas. Bukan Anas tak suka, cuma Anas ingin mencari kelainan pula :)
Hari pendaftaran Anas dan Mussaab
0 comments:
Post a Comment