Tuesday 23 May 2017 By: Naemah

GENIUS AULAD: HAPPY TEACHER'S DAY

16 MEI: Hari guru seluruh Malaysia

Alkisah, sambutan hari guru sekolah Anas diadakan pada hari ini, 24/05/17. 

Seminggu yang lepas ibubapa sudah dimaklumkan melalui whatsapp. Dek sibuk urusan itu dan ini, ummi jadi tak terbaca masej yang disampaikan. Baru 2 hari lepas cek balik masej, dan baru sedar akan makluman tersebut. Pulak tu, kena bawa makanan dari rumah (pot luck). Fikir panjang ummi, apa nak masak..

Ditakdirkan abi juga ke Bintulu hari ini. Miqdad yang baru sihat dari demam juga masih sering meragam tak mahu diletakkan. Lagilah ummi membayangkan kekalutan ummi..

Pagi-pagi lagi selepas abi bertolak ummi dah siapkan makan tengahari, kemudian cuba siapkan pula sandwich untuk Anas bawa ke sekolah petang nanti. Yang tu je rasa paling simple dan cepat untuk disediakan :) 

Bila Miqdad dah bangun dari tidur, memang agak kekalutan sedikit. Bergilir masak di dapur, dan mendukung dia yang tak mahu duduk lama. Ummi buat sekadar yang termampu. Maklumlah, ummi bukan pandai sangat memasak. 

Alhamdulillah, jam 9 pagi dah siap nasi ayam untuk makan tengahari dan sandwich dan keropok goreng juga siap untuk dibawa ke sekolah. Ya. Simple sangat. Sandwich tu siap bungkus dengan plastic wrap, tapi kekemasan tu agak tak berapa :D sebab tak pernah buat. Hehe. Tak apalah. (Tambah lagi sosej rebus nak banyakkan makanan :D)

Oh ya, malamnya ummi dah siapkan hadiah untuk diberikan pada guru kelas Anas. Anas nak bagi pokok kaktus yang dibeli di Cameron Highland. Ummi tambah lagi perfume yang abi beli di Bintulu. Nak beli dah tak sempat, beri apa yang ada je. Kad juga dah siap. Anas sendiri yang tulis di kad tersebut malam tadi :)

Jika difikir balik memang tak bersedia langsung. Last minute punya preparation. Sepatutnya boleh beri yang lebih baik untuk teacher. Memang rasa macam biasa-biasa je lah, hari guru je pun. Tapi nak ajar anak rasa betapa specialnya seorang guru. Nak anak hormat, sayang dan ingat gurunya. Biarlah 'bersusah' sikit untuk guru yang mendidik. 

Anas masih kecil, masih kurang faham. Insya Allah makin dewasa makin mengerti, bahawa guru itu sangat istimewa dalam hidup insan. Tak kira apa yang dia ajar, dan berapa lama belajar dengan dia, guru tetap perlu dihormati dan disayangi.

Maafkan ummi, untuk hari ini dan tahun ini, sekadar ini yang ummi termampu untuk Anas raikan hari guru. Di masa yang akan datang, insya Allah akan lebih baik.

Selamat hari guru pada semua guru di seluruh Malaysia, terutama pada guru-guru di Genius Aulad Bandar Rinching, yang menjadi guru pertama anakku selepas ummi dan abinya. Semoga Allah merahmati semua. Dan semoga ilmu yang tercurah dapat dimanfaatkan. Insya Allah :)

Kad untuk teacher Ika




0 comments:

Post a Comment