Saturday 13 May 2017 By: Naemah

FAMILY TRIP TO PENANG

28-30 April 2017

Sempat meluangkan masa bersama keluarga (mertua) ke Pulau Pinang. Hasrat awalnya untuk menziarahi sahabat arwah bapa mertua di Kampung Kongsi Lima, tapi alang-alang ke Pulau Pinang, apa salahnya kami menjejak tempat-tempat menarik di sana :)

28/04/17- bertolak dari rumah ibuku di jeli jam 10 pagi. Ahli keluarga yang lain bertolak dari kb lebih awal. Kami berkumpul di jeli dan konvoi bersama (3 buah kereta). Kami tiba di bandar Georgetown jam 2 petang. Destinasi pertama ialah Masjid Kapitan Keling, untuk solat jamak zohor dan asar, dan makan tengahari di restoren nasi kandar yang terdekat.






Selepas itu, kami singgah untuk membeli jeruk madu pak ali yang terkenal di Pulau Pinang. Selesai membeli, terus ke Padang Kota dan menikmati makanan yang dijual di situ seperti pasembur, kerang dan sotong bakar, nasi goreng, mi rebus, dll. Banyak makanan yang dipesan, kami makan hingga benar-benar kekenyangan :)







Kemudian menaiki kereta, menyusur bandar georgetown yang tersenarai sebagai kota warisan UNESCO. Melihat keunikan senibina lama yang punya sejarah tersendiri. Disebabkan jem, kami tidak singgah ke mana-mana lagi. Terus ke apartment yang telah dibooking adik iparku ( lupa nama apartment).

Malam hari, hanya berehat di bilik. Makan char kue teow dan nasi goreng yang dibeli adik ipar.

Alhamdulillah. Tamat cerita hari ini :)


29/04/17- hari kedua kami di Pulau Pinang. Destinasi hari ini ialah Bukit Bendera. Agak lama kami di sini. Bergambar dan menikmati kecantikan pemandangan di puncak Bukit Bendera.



Hampir jam 12, kami bergerak meninggalkan tempat itu. Terus ke Pengkalan Raja Tun Uda, untuk menaiki feri ke Seberang Prai. Sebaik sampai, kami terus mencari kedai makan untuk mengisi perut yang lapar. Restoren Nasi Kandar Subaidah menjadi pilihan kali ini. Kami sekeluarga mengisi perut hingga kenyang.





Destinasi seterusnya ialah ke rumah sahabat arwah ayah di Bukit Mertajam. Kami tiba di rumahnya dalam pukul 3 petang. Berehat dan menjamu selera lagi di sini. 

Pada waktu petang, sebahagian daripada kami balik ke Kelantan kerana masing-masing perlu bekerja/sekolah pada esok harinya. Mereka pulang dengan sebuah kereta. Tinggal lagi 2 buah kereta. Mak, familyku dan family azim. Kami mengambil keputusan bermalam di sini malam ini. Suasana rumah kampung dengan halaman yang sangat luas, memberi kebebasan pada anak-anak kami bermain sepuasnya :)



30/04/17- hari ketiga, masih di Pulau Pinang. Selepas menikmati sarapan, kami bersiap untuk pulang. Banyak hasil kelapa dan tebu diberikan oleh tuan rumah. Kami bersalaman dan bertolak pulang. Entah bila lagi akan datang ke Pulau Pinang lagi. 

Jam 12, singgah di rumah kakak iparku di Gerik. Makan tengahari dan solat di sini. Kemudian bertolak balik ke Kelantan. 

Alhamdulillah, di atas percutian singkat di Pulau Pinang. Walau agak kepenatan, tapi seronok dapat bercuti bersama keluarga besar kami. Walaupun tak cukup semua ahli keluarga, masih terasa meriahnya :) bukan selalu dapat jalan-jalan makan angin bersama :)

Insya Allah ada rezeki kita jalan-jalan lagi :)


0 comments:

Post a Comment