Saturday 22 April 2017 By: Naemah

JATUH CINTA PADAMU



Jatuh cinta. 
Jatuh cinta padamu. 
 
Jatuh cinta sejak bergelar isterimu. 
Entah. Tiada sebab khusus untuk aku nyatakan mengapa aku jatuh cinta.

Pertama, mungkin kerana dirimu adalah suamiku. 

Bukan kerana hari yang kita lalui bersama, indah semuanya. Tidak juga. Kerana ada masa kita bertelingkah dan tak sehaluan juga.

Aku dengan egoku. Kamu dengan sikapmu yang tersendiri :)

Kedua, mungkin kerana besarnya nilai sabarmu melayan karenahku yang kadang-kadang kurang matang.

Ketiga, mungkin kerana aku sedar bahawa kau berupaya dan berusaha untuk menjadi suami dan bapa yang terbaik. Ya, tak lepas dari kekurangan, sama sepertiku. Namun dirimu sudah menjadi yang terbaik untuk kami.

Dirimu yang sering berlawak jenaka menghiburkan, banyak menolong kerja-kerja rumah, melayan anak-anak dengan sabar, cakna pada keperluan isi rumah, faham kepenatan isteri, dan bermacam lagi yang tak kucatat satu persatu. Aku mengerti, itu bukti kamu benar-benar mencintai, dan cuba memikul amanah sebaiknya.

Aku juga mahu menjadi yang terbaik buatmu. Aku tahu aku sering gagal. Dan aku sedar dirimu sentiasa memaafkan, mendoakan dan memberi ruang untukku berubah menjadi yang lebih baik. 

Terima kasih sayangku. Aku sukakan dirimu yang sangat berlemah lembut dengan isteri dan anak-anak, dan sangat penyayang.

 Aku jatuh cinta lagi padamu. Semoga akan jatuh cinta lagi dan kekal cinta. Hanya padamu.

Suamiku. Aku mahu bahagia bersamamu di dunia dan di akhirat. Pimpinlah langkahku, bersama anak-anak, meski kadangkala amat sukar buatmu. Semoga kita dapat beriringan berjalan bersama, selamanya. Insya Allah.



0 comments:

Post a Comment