Anas, Mussaab dan Miqdad.
3 hero ummi yang sangat ummi sayang. Alhamdulillah anak-anak ummi membesar dengan baik. Cuma ummi tak sempat nak catat satu persatu, perkembangan demi perkembangan. Ikutkan hati ummi, setiap detik mahu rakam, untuk kenangan sepanjang membesarkan anak-anak ummi.
Anas dah 5 tahun 3 bulan. Sudah hampir 4 bulan belajar di Genius Aulad. Alhamdulillah, ok saja walaupun agak kurang excited nak ke sekolah. Mungkin sebab apa yang diajar di sekolah, hampir semuanya Anas dah tahu. Mungkin juga Anas lebih happy di rumah, bersama ummi, abi dan adik-adik. Take your time. Di sekolah ada teacher dan kawan-kawan. Ummi selalu doakan agar Anas sukakan sekolah. Semoga diberi ilmu yang bermanfaat buat Anas.
Mussaab pula sudah berusia 3 tahun 3 bulan. Makin petah bercakap, dan pandai berjenaka. Selalu buat lawak yang menceriakan keluarga. Mussaab teringin nak ke sekolah macam Anas. Tapi apa boleh buat, belum masanya. Mussaab sentiasa excited nak hantar dan ambil Anas dari sekolah. Dia juga menggalas begnya sendiri, gaya dia juga bersekolah :) bila Anas balik, sering pula diselongkar beg sekolah Anas untuk 'membaca' buku Anas. Hai. Kesian. Insya Allah, ada rezeki Mussaab juga akan ke sekolah next year :)
Miqdad pula kini dah berusia 6 bulan setengah. Dah makan solid food. Ummi suapkan bubur dan puri buah dan sayur untuk Miqdad. Miqdad juga dah ada 4 batang gigi. Masih dalam posisi meniarap, dan cuba-cuba nak angkat punggung. Perlu usaha lebih lagi, insya Allah nanti boleh merangkak dan duduk sendiri. Miqdad suka sangat bila diletakkan pada posisi berdiri. Gagah kakinya, tapi masih perlu disokong. Miqdad is always comel dengan senyuman yang sering terukir. Alhamdulillah, Miqdad juga membesar dengan sihat.
Itu saja, serba ringkas yang sempat ummi catat tentang hero-hero ummi. Ummi doakan Anas, Mussaab dan Miqdad sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan membesar menjadi hamba Allah yang berilmu dan taat.
Ummi sayangkan Anas, Mussaab dan Miqdad. Sayang semuanya, tiada berbeza. Semoga Allah sentiasa merahmati anak-anak ummi. Aameen.
0 comments:
Post a Comment