Bila jadi ibu, tak kira anak sorang atau ramai, kehidupan kita akan jadi lebih sibuk. Tambahan pula kalau anak tu masih kecil, dan berderet pula :)
Seorang tarik kanan, seorang lagi tarik kiri. Yang sana menjerit nak air, yang kat sini mengadu sakit. Yang ini mahu bercerita, yang tu pun nak cerita jugak. Ada yang tak kena, menangis meraung. Nak kena pujuk pulak. Kalau bergaduh, nak kena leraikan pulak.
Yang pasti, hidup bersama anak kecil tak pernah sunyi. Tak ada istilah 'duduk rehat sebentar' bagi seorang kanak-kanak. Kecuali di waktu tidur mereka. Atau di saat sedang fokus berimaginasi dengan barang atau permainan mereka. Selain dari itu, riuh dan rendah. Dan segala barang di dalam rumah pasti diselongkar untuk pelbagai jenis eksperimen. Bersepah itu biasa :)
Kadang sakit kepala, dan sakit hati juga. Rumah bersepah nak kena kemas. Makan minum tertumpah nak kena bersihkan. Cawan mangkuk di merata tempat nak kena kutip. Dan segala macam situasi yang serupa. Bukan tak pernah pesan, tapi yelah.. mereka dalam proses belajarlah tu :) Setiap hari, kita mengulang rutin yang sama.
Lumrah, andai sesekali hadir rasa stress dan hilang sabar. Kita pun manusia, bukan robot. Ada masa penat tak terkata. Tak mampu nak berfikir lebih panjang. Sudahnya bertukar menjadi 'singa' kelaparan. Ya, tidak sepatutnya begitu. Rawatlah hati dengan istighfar. Hakikatnya anak-anak tak pernah berdosa.
Walau sesukar mana, kita tetap merasakan anak-anak adalah penyeri hidup. Tanpa mereka, terasa kosong. Berpisah seketika pun, terasa rindu yang amat. Apalagi kalau mereka sakit demam. Hati kita yang terlebih merana.
Tak kisahlah setiap hari hidup bersama keringat, demi menjaga dan membesarkan mereka. Redha atas kepayahan yang sebentar. Percaya Allah memberi ganjaran. Sampai satu saat mereka membesar dewasa, mereka tak lagi berkepit dengan kita.
0 comments:
Post a Comment