Hari ke-6 berpantang selepas melahirkan anak ketiga kami :)
Alhamdulillah keadaanku dan anak baik. Susu juga mencukupi buat anak kecilku ini.
Seperti biasa, menyimpan azam untuk menyusukan anakku ini sekurang-kurangnya sehingga umurnya 2 tahun. Insya Allah.
Sebelum ini berpengalaman menyusukan anak sulungku selama 3 tahun setengah, dan anak kedua selama 2 tahun 2 bulan. Alhamdulillah. Aku mengharapkan, untuk anak yang baru lahir ini juga diberikan kesempatan yang sama, dan semoga dipermudahkan olehNya.
Seperti yang kita sedia maklum, susu ibu adalah yang terbaik buat anak, maka tiada alasan untuk tidak memberikan susu ibu buat anak kita. Allah hadirkan anak kecil ini bersama rezeki (susu ibu) yang mencukupi, insya Allah.
Bersama azam untuk menyusukan anak, kita juga perlu sentiasa positif dan percaya atas kemampuan kita untuk menyusukan anak. Positif bahawa susu akan sentiasa mencukupi, dan positif bahawa kita akan sentiasa bersedia menyusukan anak bila-bila masa sahaja tika anak berkehendakkannya.
Ya, kita tahu tak semua orang mampu. Kita tahu menyusukan anak bukan mudah, apalagi tanpa sokongan dari insan terdekat. Menyusukan anak, nampak remeh, tapi tetap memerlukan kekuatan dan sokongan agar ia benar-benar mudah untuk dilalui, dan menjadikan ia satu momen yang indah dan membahagiakan.
InsyaAllah.
Semoga tiada halangan untuk anak kecil ini untuk menikmati susu ibu, hadiah dari Allah ini :)
0 comments:
Post a Comment