Hari ini Anas dan Mussaab berada di rumah nenek. Dah seminggu lebih di rumah nenek, menanti kelahiran adik tak lama lagi, insya Allah.
Ummi ke klinik dihantar abi untuk temujanji doktor hari ini. Anas dan Mussaab masih tidur ketika ummi keluar jam 7.30 pagi. Anas dan Mussaab ditinggalkan bersama nenek. Lepas hantar ummi, abi balik. Kata abi, Anas dan Mussaab dah bangun ketika abi balik tadi.
Jam 9.30, Anas dan Mussaab ikut abi ambil ummi di klinik. Lepas tu ke pantai cahaya bulan. Ummi yang minta abi bawa ke pantai untuk ambil angin dan jalan-jalan. Kandungan ummi dah masuk 39 minggu 4 hari. Tapi, belum ada tanda untuk bersalin. Berjalan, antara usaha ummi untuk cepat bersalin :) Anas dan Mussaab teman ummi berjalan menyusur pantai, hampir 30 minit. Lepas tu lepak di tepi pantai bersama abi, melihat laut dan ombak yang bergelora. Lepas tu balik semula ke rumah nenek. Sempat beli roti canai dan nasi berlauk di kedai. Untuk ummi, Anas dan Mussaab saja. Abi puasa asyura hari ni :)
Di rumah nenek, makan makanan yang dibeli tadi, menonton video dan berbasikal. Tengah menonton, Mussaab menangis akibat terjatuh dari sofa (ditolak Anas tanpa sengaja nak jatuhkan Mussaab). Abi pujuk dan dukung Mussaab hingga reda tangisan. Anas juga minta maaf, peluk dan sayang Mussaab. Ye, Anas bukan sengaja nak sakitkan Mussaab. Anas belajar dari kesilapan itu. Jangan kasar dengan adik lagi ye..
Masuk ke bilik, sementara menanti waktu zohor. Mussaab baring di pangkuan abi. Anas ulangkaji huruf hijaiyyah di ipad. Asyik pula dia dengan huruf-huruf al Quran dan sebutan berbaris.
Azan zohor, abi ke masjid. Ummi juga solat di rumah. Anas dan Mussaab riang bermain dan bergurau. Bila abi balik, sambung berbasikal pula. Main sampai puas. Ummi yang penat dan mengantuk, bersedia untuk tidur. Biarkan Anas dan Mussaab bersama abi.
Pukul 2, semua naik ke rumah dan masuk bilik. Abi dah mengantuk, Anas dan Mussaab still nak main. Ummi dan abi tidur, Anas dan Mussaab masih cergas keluar masuk bilik. Kerap pulak kejutkan ummi nak itu, nak ini.
Hampir jam 3 petang, ummi bangun dari tidur dan keluar makan nasi. Anas makan roti canai. Mussaab main dan menonton video saja. Ummi ajak makan juga tak nak. Lepas makan, Anas main basikal. Mussaab juga main di halaman rumah. Kemudian minta nak tengok video Tayo the bus.
Azan asar, ummi tinggalkan Anas dan Mussaab yang leka menonton. Ummi solat asar bersama abi. Lepas solat, abi layan Anas dan Mussaab berbasikal lagi. Penat main, naik atas rumah. Minum air dan main apa yang boleh dimain. Ummi kat bilik, biarkan Anas dan Mussaab bermain ditemani abi. Lepas tu mandi dengan abi.
Azan maghrib, abi berbuka puasa. Anas dan Mussaab juga makan nasi. Mussaab menonton video, kemudian leka dengan ipad pula. Mata dah mengantuk sangat. Pejam celik, pejam celik. Tapi masih tak mahu lepaskan ipad. Anas ikut abi solat isyak di masjid.
Jam 9 malam, Anas dan Mussaab masih belum mahu tidur walaupun dah mengantuk sangat keduanya. Kena ummi dan abi masuk tidur sekali, baru boleh lena.
Sampai sini saja cerita Anas dan Mussaab hari ini. Masih di kampung, masih menanti kelahiran adik. Semoga segalanya akan dipermudahkan dan semoga hari esok akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik buat anak anak ummi. Love u all :)
0 comments:
Post a Comment