Tuesday, 26 January 2016 By: Naemah

KAJANG-SEMENYIH

Dah masuk tahun baru 2016. Dah lama juga tak update blog ni. Awal tahun yang agak busy, kerana bulan ini berpindah rumah lagi. Dari Kajang, kini kami bermastautin di Semenyih pula. 

Sebenarnya urusan pindah barang masih belum selesai. Angkut sikit demi sikit dengan kereta. Bawa barang yang penting dulu, dan tinggal yang berat untuk diangkut dengan lori. Kajang- Semenyih tak jauh sangat. Dalam 10km saja jarak rumah lama dan rumah baru. Jadi, tak sukar untuk ulang alik. Pun begitu, agak memenatkan juga. Kesian suamiku, dia jugalah yang paling banyak buat kerja mengangkut.

Alhamdulillah kini tinggal di rumah yang lebih besar dan selesa. Anak anak seronok di rumah baru kerana bebas bergerak dan berlari di dalam rumah. Dari apartment, ke rumah teres 2 tingkat pula. Pasti banyak bezanya. 

Berpindah ke rumah baru ini juga, menyebabkan banyak keperluan rumah yang terpaksa kami beli memandangkan rumah sebelum ini fully furnished, dan rumah sekarang unfurnished. Banyak juga la keluar duit untuk urusan pindah rumah kali ni. 

First time ke Ikea Damansara membeli keperluan rumah kami. Dari meja makan, perkakas dapur, hingga ke set bilik tidur anak anak. Banyak berhabis di sini. Kesian suamiku :)

Semoga kehidupan kami di sini akan lebih baik. Semoga dapat berkenalan  dan mesra dengan jiran jiran juga. Insya Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aameen



0 comments:

Post a Comment