Tuesday 26 January 2016 By: Naemah

JANUARI YANG BUSY

Januari 2016 memang bulan yang sangat busy buat kami sekeluarga termasuk anak anakku :)

Pertamanya, dah tentu kerana urusan pindah rumah kami yang baru selesai. Barang barang sudah habis diangkut, tinggal nak berkemas kat rumah baru ni je... Rasanya barang tak banyak sangat. Tapi agak memenatkan juga. 

Dalam bulan ini juga kami sibuk mencari barang keperluan rumah memandangkan rumah baru kami ini unfurnished. Ke ikea membeli meja makan, katil dan almari anak anak, meja belajar, rak tv dan dapur, dan lain lain. Dek kerana banyak keluar, aku juga kurang masuk dapur bulan ni. Tak masak sangat sebab banyak makan kat luar :)

Dalam sibuk dan penat, sempat juga kami pulang ke kampung menjenguk orang tua dan adik beradik. Kebetulan abang iparku sedang dirawat di hospital USM, kami pergi menjenguknya dan tak lupa mendoakan kesihatan buatnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul dan menanggung. Semoga diberi kesihatan buat abang din dan semoga diberikan kekuatan serta ketenangan buat kak za yang tabah dan setia di sisi suaminya. Pasti ada hikmah di sebalik ujian ini. Juga peringatan dan muhasabah buatku dan semua yang masih sihat. 

Hingga akhirnya pada 23/1/12 urusan rumah sewa selesai. Kunci rumah lama diserahkan kepada tuan rumah, dan kami  kini menetap di rumah sewa baru di Taman Pelangi Semenyih 2. Alhamdulillah.. Akhirnya dapat berehat sedikit, walaupun barang barang masih tak tersimpan dengan sempurna. Nak kemas dan susun balik, pasti agak mengambil masa juga. Takpelah, perlahan lahan... 

25/1, mak mertua datang bertandang. Kebetulan nak daftarkan adik ipar yang bongsu tu di UIA pada keesokan harinya. Mak tinggal di rumah kami untuk beberapa hari sebelum terbang pulang ke kota bharu. 

Di akhir januari ini juga, suami dan anak anak demam pula. Sekali selesema dan batuk batuk. Masing masing letih dan tak bermaya. Mungkin kerana cuaca yang agak panas sekarang ni. 

31/01, kami sekali lagi pulang ke kampung. Bertolak jam 6 petang dari Semenyih dan tiba di kampung legeh jam 2 pagi. Sekali lagi berjalan jauh, dalam keadaan anak anak masih kurang sihat. Semoga Allah memberikan kesihatan buat kami sekeluarga. Kata suamiku, nak ambil udara segar di kampung. Insya Allah akan kembali sihat semuanya. 

Itulah dia cerita sepanjang Januari ini. Agak memenatkan dan jarang lekat di rumah. homescooling Anas pun entah ke mana. hafazan juga terhenti seketika. insya Allah ummi akan buat schedule baru untuk tahun 2016 ini. 


0 comments:

Post a Comment