Friday, 24 April 2026 By: Naemah

HUJUNG MINGGU-MASIH APRIL

Hujung minggu lagi. Masih di bulan April. Terasa lamanya bulan April ni. Mungkin sebab langsung tak ada cuti sekolah. Dan sedar tak sedar, genap sebulan sudah anak-anak bersekolah selepas balik dari kampung (cuti raya). Dan perlu teruskan sebulan lagi sebelum bercuti panjang lagi (cuti pertengahan tahun dan Aidiladha).


Anas dah selesai Ujian pertengahan tahunnya, Mussaab, Miqdad dan Suri belum lagi. Bulan Mei nanti, insya Allah. 


Hari ni juga genap seminggu abi balik dari Bintulu. Esok akan ke Kemaman pula. Sambung kerja lagi. Macam biasalah, bertemu dan berpisah itulah resamnya kehidupan kita. Insya Allah, akan bersua dan bersatu kembali setelah selesai kerja abi di laut. 


Hari ni ada sukan tahunan SKKR (sekolah Mussaab dan Suri)  yang diadakan di padang sekolah Tenby International School. Suri dan Mussaab tak terlibat untuk acara hari ni, sebab dah main kat sekolah dan dah bawa balik medal semalam. Hari ni untuk perbarisan dan acara tertentu saja. Abi bawa Suri ke padang untuk support. Miqdad dan Nuha pun ikut sekali. Anas dan Mussaab stay kat rumah je. 


Hari ni juga ada hari pembentangan prestasi di SRIPN (sekolah Mussaab). Bermula jam 10 pagi hingga 1 petang. Mungkin ummi yang akan pergi bersama Mussaab. Semoga dapat komen positif dan yang murni sajalah dari ustaz/ustazah. Takde apa nak risau, insya Allah.


Masih pagi. Tapi dah hampir ke jam 10. Ummi pun kena siap sedialah, nak ke SRIPN walaupun rasa malas nak keluar. 


Semoga hujung minggu ini tetap baik, penuh manfaat, tenang dan lapang, hidup dengan saling berkasih sayang semuanya. Ameen. 




(Gambar semalam)

Tak ada gambar hari ini;



Medal Mussaab dan Suri



Lasagna untuk dinner semalam


Nuha ready nak hantar kakak sekolah




0 comments:

Post a Comment