Tahun ini LD Annual Concert & Graduation diadakan pada 13 Disember 2025. Dan dengan rasminya Suri Lilyana menamatkan 3 tahun pembelajarannya di Little Diamond Kindergarten. Terasa baru saja mendaftarkan Suri, kini tamat sudah pembelajaran Suri di tadika. Begitulah cepatnya masa berlalu.
Tahun ini majlis diadakan di Universiti Islam Selangor (UIS), jauh sikit dari rumah (selalu di sekitar Semenyih saja). Dan kebetulan pula abi Suri bekerja, maka ummi perlu hadir bersama anak-anak (kecuali Anas dan Mussaab yang berada di kampung). Kerana tak biasa drive sendiri ke tempat ini, kita berempat tumpang keluarga Aireen (classmate Suri) ke UIS.
Program bermula lebih kurang jam 2.30 petang. Tahun ini bertemakan ‘mail’. Tentative tak jauh berbeza dengan program tahun-tahun lepas. Dimulakan dengan perasmian oleh anak-anak 6 years yang bergraduasi tahun ini. Dan perasmian bersama dengan guest jemputan.
Kemudian mendengar ucapan principal LD, Teacher Zeeda, diikuti dengan persembahan demi persembahan yang menghiburkan oleh students LD (4- 6 years). Ada juga cabutan bertuah, ucapan dari VIP, disusuli dengan penyampaian scroll kepada pelajar 6 tahun, dan penyampaian hadiah kepada teacher LD, kepada students dengan kehadiran terbanyak ke sekolah, dan hadiah untuk semua pelajar. Majlis tamat sekitar jam 6 petang.
Alhamdulillah selesai urusan hari ini. Kakak Suri dengan rasminya, tamat pembelajarannya di Little Diamond Kindergarten.
Pengalaman hari ini, aduhai penat amat bila perlu mengawasi Nuha yang amat aktif dan lasak. Dari duduk seat tengah, akhirnya ke belakang untuk kawal si kecil tu. Turun naik tangga, sampai ke depan pentas dia pergi. Syukur juga ada Miqdad, yang turun naik ‘kutip’ Nuha yang asyik berlarian tak peduli ummi dah. Kalau takde Miqdad, lagi haru ummi agaknya!
Alhamdulillah dah pun selesai. Seronok tengok kakak perform di pentas bersama kawan-kawan. Tahun ke-3 kakak terlibat dalam acara di pentas, dan tahun depan tiada lagi yang seperti ini. Kakak akan melangkah ke sekolah baru yang menjanjikan pengalaman baru pula.
Terima kasih Little Diamond Kindergarten untuk 3 tahun Suri yang terindah. Seperti abang-abangnya, Suri juga telah menerima yang secukupnya dari guru-guru di sini, dan insya Allah sudah siap dan sedia melangkah ke tahun 1.
Nak highlight juga kat sini, throwback tentang progress meet (second term) yang diadakan pada minggu lepas, 6 Disember 2025.
Alhamdulillah Teacher Mariam memberikan komen-komen yang positif tentang Suri. Menurut teacher, Suri seorang yang fokus di dalam kelas, mudah faham apa yang teacher ajar, tulisan kemas, cepat siap kerja (tapi ikut mood juga), dah kuasai segala yang basic; membaca, menulis, mengira, sukatan hafazan complete, dan self confidence pun improved..
Sudah tentu ada lebih dan kurangnya, namun syukur untuk segalanya.
Sedar tak sedar, inilah tahun terakhir menjadi keluarga LD (dari tahun 2018 hingga 2025 berada dalam group parents LD). Dan saban tahun juga menghadiri Annual Concert & Graduation dengan pelbagai tema dan persembahan. Semuanya jadi kenangan yang tak dilupakan.
Sekali lagi terima kasih Little Diamond kindergarten kerana mewarnai zaman kecil Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri. LD sentiasa di hati.
Foto kenangan dari hp ummi dan photographer LD;
















0 comments:
Post a Comment