Pagi ini tak perlu rushing sangat. Hanya Mussaab yang perlu dihantar ke sekolah, dan selepas itu Suri. Sementara Miqdad bercuti hari ni (sekolah JAIS). Dan Anas pula bersekolah sessi petang. Semua suami yang uruskan. Untuk sarapan pagi, suamiku membeli nasi lemak. Cuti masak pagi ni.
Satu hari ini yang aku tak perlu memandu ke sana ke sini. Hanya tumpukan kerja-kerja di rumah. Membasuh baju dan menjemur, memasak sekadarnya, dan mengemas apa yang patut dikemas. Tidaklah penat sangat.
Oh ya, hari ni selesaikan segala yuran anak-anak untuk bulan Julai. Boleh pula tak perasan ya, ‘gaji’ dah masuk beberapa hari lepas. Tak boleh pegang duit banyak lama-lama, kena settlekan yang wajib dulu. Yang berbaki tu, boleh la nak guna untuk diri atau anak-anak. Alhamdulillah, sentiasa cukup rezekiMu ya Allah.
Suami membuat keputusan untuk balik kampung malam ni. Esok cuti Awal Muharam, maka inilah peluang. Walaupun hanya untuk sehari dua saja.
Tamat waktu sekolah, pulanglah anak-anak seorang demi seorang. Jam 7 petang, dah cukup semua. Alhamdulillah berkumpul kembali keluarga ini.
Terima kasih ya Allah. Di hari lahirku, tak ku lalui hari yang terlalu istimewa atau luar biasa. Hanya biasa-biasa saja. Namun aku bersyukur kerana di sampingku adalah insan-insan istimewa di hatiku, yang amat aku sayangi, yang mengajar aku tentang banyak perkara dalam kehidupan ini.
Terima kasih untuk segala nikmatMu yang tak terhitung banyaknya ya Allah.
Terima kasih untuk nikmat usia yang masih Kau pinjamkan ini ya Allah.
TERIMA KASIH CINTA
0 comments:
Post a Comment