Saturday 18 July 2020 By: Naemah

DIARI ANAKKU: 180720



Lama tak ber’diari’. Ok, ummi sambung episod ke seterusnya :)


Hari ni hari ke-13 Abi di Labuan. Lamanyaaa.. ya di musim covid-19 ni normal kerja Abi pun turut berubah juga serba sedikit. Abi perlu berkuarantin di sana dulu selama 14 hari sebelum dibenarkan bertugas. Nak buat macam mana, akur sajalah demi mencari rezeki. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya masih ada sumber rezeki,berbanding ramai yang terjejas akibat pendemic yang melanda dunia ini. Moga Allah permudahkan urusan semua orang. 


Hari ni semua bangun pagi hampir serentak. Mandi, solat subuh dan turun ke bawah. Sempat juga video call dengan Abi sekejap, 

 tapi oleh sebab Abi tengah joging kat luar, tak dapatlah nak sembang lama-lama. Turun ke bawah, buka TV dan main game di Hp- sejak akhir-akhir ni dah macam addict dengan game semua. Ummi cuba untuk control ya. Dah lama tak sekolah, banyak rutin yangberubah dan kacau bilau dibuatnya. Apatah lagi Abi pun tak ada di rumah. 


8 pagi, breakfast roti sosej. Lepas tu sambung menonton video upin upin dan main game (Anas). Jam 9 Anas siapkan homework dan study sekejap, Mussaab juga buat latihan sikit, Miqdad dan Suri buat hal sendiri. Jam 10 ummi tidurkan Suri, biarkan Anas, Mussaab dan Miqdad di bawah dengan hal masing-masing. Apa lagi, TV, iPad dan Hp lah. 


Jam 11 turun semula ke bawah bersama Suri. Anas, Mussaab dan Miqdad masih dengan aktiviti yang sama. Ummi order KFC delivery. Dah janji hari ni nak makan KFC. Jam 11.30 KFC dah sampai ke rumah. Seronok semua sebab memang dah lama tak makan KFC. Makan tengahari sama-sama, sambil video call dengan Abi yang sedang berehat di bilik hotel. Lepas makan kembali dengan gadget. Kemudian solat zohor dan teruskan aktiviti bebas masing-masing. Ummi naik ke atas dan tidurkan Suri sekali lagi. Miqdad juga turun dan naik beberapa kali, tapi tak nak tidur. 


Ummi bangun hampir jam 3 petang. Turun ke bawah, Anas, Mussaab dan Miqdad masih di depan TV. Suri juga bangun kemudian. Solat asar dan buat hal masing-masing juga. Ummi masak nasi goreng untuk makan malam. Mussaab sempat siapkan 2 page latihan dalam buku contoh ujian kelayakan SRAI. Makan malam sama-sama dan naik ke atas. Mandi dan bersiap untuk solat maghrib. Lepas solat, melipat pakaian masing-masing sambil video call Abi. Lepas tu tidurkan suri, dan semua juga tertidur sama selepas banyak episod gurau senda, ketawa, berlawan dan bergasak sampai menangis, dan macam-macam lagi. Tamatlah kisah hari ini. 


Alhamdulillah. Semoga bermimpi indah semuanya. Esok bangun dengan ceria dan sihat ya. Berkawan baik-baik, gembira sama-sama walaupun tanpa abi di sisi. Rindu sangat pada Abi kan? Semoga Abi juga baik-baik di sana. Dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan urusan. Insya Allah akan jumpa Abi tak lama lagi. 


Ummi sayang semua. Maaf atas setiap kesalahan ummi. Ummi sedar ummi sangat tak sempurna. Semoga esok akan lebih baik untuk kita semua. Insya Allah

0 comments:

Post a Comment