Weekend kali ini abi tiada di rumah. Sudah hari ke-5 abi di Labuan. Insya Allah malam ni penerbangan baliknya.
Anas bangun awal hari ni. Lebih awal dari ummi :) siap mandi dan solat subuh katanya, terus buka YouTube dan ‘belajar’ sendiri. Siap dengan nota yang disalin sejak tadi. Mussaab juga ikut berbaring di depan tv tanpa mandi terlebih dahulu.
Miqdad bangun kemudiannya. Mandi bersama Mussaab dan turun ke bawah semuanya. Ummi masakkan bihun goreng untuk sarapan, dan sarapan bersama. Lepas tu buat aktiviti sendiri masing-masing. Kejap main, kejap tengok tv, kejap main iPad, kejap keluar rumah.. ummi pun takde plan apa-apa aktiviti hari ni.
Tiba waktu lunch, makan sama-sama. Lepas tu beraktiviti sendiri lagi. Mussaab dan Miqdad tidur bersama ummi di bilik selepas solat zohor. Lama juga lenanya, hampir masuk waktu asar barulah bangun semua. Anas masih di bawah. Dengan tv, dengan pen dan kertasnya.
Lepas asar makan roti paratha, sementara tunggu ummi siapkan makan malam. Sampai waktu makan masing-masing dah kekenyangan. Miqdad dan Mussaab langsung tak nak makan nasi. Anas pun hanya makan sedikit. Dah siap makan semua naik mandi di atas. Siap berpakaian, solat Maghrib, baca Quran dan Iqra’, solat isyak dan siap untuk tidur. Abi juga sudah di dalam penerbangan balik. Semoga dipermudahkan urusan abi. Esok Anas, Mussaab dan Miqdad boleh jumpa abi, insya Allah.
Jam 9.30 malam, semuanya sudah lena. Alhamdulillah :) hari ni lalui kehidupan biasa-biasa saja, tak ada yang menarik. Namun semoga tetap baik untuk anak-anak ummi. Insya Allah esok semua dapat jumpa abi ya. Rindu sangat semua pada abi kan?
Semoga lena semuanya malam ini. Semoga bermimpi indah. Semoga hari esok akan menjanjikan yang lebih baik untuk semua. Insya Allah.
0 comments:
Post a Comment