Tuesday 26 March 2019 By: Naemah

CATATAN KEHAMILAN: BEZANYA DULU DAN KINI





Bila pregnant, klinik desa/klinik kesihatan menjadi destinasi yang kerap dikunjungi. Doctor dan nurse jadi seakan ‘teman rapat’. Yelah, makin dekat due makin kerap kita kena menghadap mereka (dan mereka pun kena hadap muka kita :D)


Alhamdulillah sudah masuk minggu ke-19 kehamilan. Kesihatan baik, segalanya baik. Cuma... biasalah, masalah gdm (kencing manis ketika hamil) akan sering menghantui di setiap kehamilan dari anak pertama lagi. Kali ni lebih awal buat ujian MOGTT, dan lebih awal berdepan dengan masalah ini. Bila sudah kencing manis, jawabnya perlu kerap buat bsp, kerap ke klinik dan keraplah perlu berjumpa nurse dan doctor. Pendek kata, perlu sentiasa peka dengan tarikh temujanji di klinik. 


Namun Alhamdulillah apa yang berbeza tahun ini aku tak perlu pening kepala nak ‘ganding’kan tarikh temujanji dengan jadual kerja suami. Sebab pregnant kali ni aku dah boleh drive sendiri ke klinik. Berbeza dengan tempoh mengandung yang lepas, di mana setiap kali temujanji di klinik, suami perlu menghantar aku (sebab memang aku takut nak drive!)


Bezanya lagi, dulu kalau suami bekerja dan pada masa yang sama aku perlu ke klinik, dia akan hantar aku balik kampung sebab di sini klinik desa dekat dengan rumah, klinik kesihatan pun tak jauh dan selalunya akan ada je orang yang boleh tolong hantarkan. Tapi.. perlu bawa sekali lah anak-anak (entahlah, dulu bukan main susah nak tinggalkan anak dengan orang lain sebab mereka tak nak). Tapi sekarang, tak boleh kerap balik kampung dah, sebab anak-anak sekolah, bila time temujanji at least kalau suami takde, perlu bawa Miqdad jelah buat ‘teman’ :) Alhamdulillah setakat ni tarikh temujanji semuanya berkebetulan suami ada di rumah. Maka bawa diri jelah. Mudah...


Hari ni (cuti sekolah) aku ‘menumpang’ klinik di kampung, suami pula jauh di Labuan. Anak-anak semua dijaga oleh kakakku. Alhamdulillah, Anas pun dah besar boleh tolong jagakan adik-adik. Takdelah semuanya merengek nak ikut. Mudah sangat urusan check up di klinik kali ini :) Alhamdulillah.


Itulah serba sedikit bezanya dulu dan kini. Dah banyak (sangat) Allah permudahkan untuk aku tempuh semua. Dalam penat, ada leganya. Dalam payah ada senangnya. Ya, Allah itu sangat baik dan sangat kasih. Moga aku tak memilih untuk mengeluh di saat berhadapan dengan sedikit kesukaran. 


Masih jauh perjalanan ini. Barangkali masih banyak yang perlu ditempuh sepanjang tempoh kehamilan ini. Makin menghampiri masanya, makin tambah ‘beban’ penat mengusung perut yang semakin membesar. Ah, aku sudah lalui semua itu dulu. Dengan izin Allah dapat harung semuanya dengan baik, hingga lahirnya cahaya mata yang dikandung dengan susah payah, dengan kasih sayang. Dan pasti kali ini dapat ditempuh dengan baik juga, dengan izin dan pertolongan Allah.


Buat anak ummi yang sedang ummi kandung ini, ummi sayang kamu dan sangat menanti kehadiranmu. Semoga sihat dan baik-baik saja sayang. Insya Allah kita pasti bertemu :)

0 comments:

Post a Comment