Sesekali update tentang perjalanan jauh kami :)
Sebenarnya dah terlalu kerap bermusafir jauh balik kampung. Sekurang-kurangnya sekali sebulan. Perjalanan 7-10 jam bersama anak-anak kecil, sudah biasa bagi kami. Dari anak seorang, sampailah dah anak 3. Perjalanan balik kampung sudah menjadi kebiasaan. Malahan sebuah keseronokan.
Seminggu lepas kami balik kampung lagi bersempena cuti raya cina. Dan semalam menempuh perjalanan balik ke rumah. Anas dan Mussaab akan meneruskan persekolahan, dan suamiku pula akan kembali bekerja. Semuanya akan kembali kepada rutin :)
Kami bertolak dari rumah di Jeli jam 4.30 pagi ketika anak-anak masih lena, kecuali Miqdad yang terjaga dari tidurnya ketika ummi dan abi bersiap.
Kami sampai di Bandar Gua Musang jam 6 pagi dan bersolat subuh di masjid Gua Musang. Sempat anak-anak bermain di taman permainan yang disediakan di perkarangan masjid. Anak-anak juga menukar pakaian di sini.
Selepas menunaikan solat subuh di masjid Gua Musang
Selepas itu makan breakfast di kedai makan yang biasa kami singgah. Roti London untuk ummi dan abi, roti canai untuk Anas dan Mussaab dan nasi berlauk ayam untuk Miqdad. Lama juga habis masa di kedai makan. Dari langit masih gelap, sampailah beransur cerah.
Menikmati roti canai
Kemudian tanpa berlengah kami meneruskan perjalanan. Sempat juga singgah di R&R Gua Musang untuk ke toilet. Sambung perjalanan lagi. Alhamdulillah perjalanan agak lancar. Singgah sekali lagi di R&R Benta untuk ke toilet sekali lagi, dan teruskan perjalanan.
Suamiku kemudian singgah di kedai pakaian bundle ‘E Bundle vintage shop’ yang letaknya di Raub. Lebih kurang sejam berada di dalam kedai ini. Aku membeli 3 helai t-shirt bersaiz besar (rm10 sehelai). Anas pilih 3 helai t-shirt untuknya (rm10-3 helai), Mussaab ambil sehelai kemeja (rm5), dan suamiku pula membeli sehelai seluar (rm20). Habis rm68 di kedai bundle :)
Mussaab dalam kedai lagi dah minta nak pakai baju yang dia pilih :D
Perjalanan diteruskan. Trafik dah mula perlahan, dari Bandar Raub ke Tol Bentong. Dalam kesesakan, singgah di car wash Bentong seketika untuk mencuci kereta viva kami. Kemudian sambung perjalanan dalam kesesakan jalan raya. Selepas tol Bentong, perjalanan mula kembali lancar walaupun agak banyak kereta di highway tersebut.
Sudah jam 12 tengahari. Perut dah mula lapar. Anas dan mula mengadu lapar. Miqdad yang tadi tidur dah bangun dari tidurnya. Dah mula kebosanan. Ummi bukakan video untuk lekakan Miqdad. Mussaab lena dari Raub lagi, sehinggalah melepasi KL. Anas seperti biasa, jarang sekali nak tidur dalam kereta.
Kami berhenti di R&R Bukit Dukung jam 1.30 petang. Solat Zohor dan makan tengahari di sini. Dah kenyang semuanya, kami meneruskan perjalanan balik. Sampai di Rumah lebih kurang jam 3 petang. Alhamdulillah.
Lebih kurang 10 jam perjalanan kami hari ini. Alhamdulillah, ia masih sebuah musafir yang dipermudahkan. Perjalanan kali ini lebih lama berbanding biasa kerana kesesakan jalanraya (Raub-bentong), dan banyak tempat berhenti.
Setiap kali bermusafir, yang paling mencabar ialah bagaimana nak tenangkan anak-anak sepanjang perjalanan. Perjalanan yang lama pastinya akan membuatkan mereka kebosanan. Tapi kerana dah biasa, ia tak menjadi masalah besar buat kami :) Anas dan Mussaab sesekali mengambil Hp Ummi dan abi, menonton video dalam galeri Hp. Ataupun Anas akan melukis dalam Note abi. Itu saja, tak boleh biarkan mereka leka dengan gadjet sepanjang perjalanan :)
Ada juga part ‘bercakaran’ sesama mereka, dan perlu dileraikan dengan cara bijaksana ,:) selebihnya mereka berbicara dan bergurau, bertanya, memerhati jalan dan sekeliling, dan discuss apa saja yang terlintas. Begitulah masa di atas kereta berlalu, hingga akhirnya sampai ke rumah.
Alhamdulillah atas segalanya. Biar mereka ‘biasa’ dengan musafir seperti ini. Semoga musafir ini juga akan memberi banyak hikmah buat kita sekeluarga. Selain merapatkan, dapat saling membina persefahaman, mengenali peribadi, mengajar sabar dan tolak ansur, dan cuba sebaiknya mengisi masa musafir dengan aktiviti dan discussion yang bermanfaat. Insya Allah. Semoga Allah sentiasa berkati musafir kita :)
Wajah-wajah di sepanjang perjalanan
0 comments:
Post a Comment