Saturday 6 January 2018 By: Naemah

DOA MEMILIKI ZURIAT

Sekadar perkongsian cerita dari amalan dan pengalaman sendiri :)

Lazimnya dan lumrahnya kita tahu, setiap pasangan yang bernikah selalunya akan direzekikan dengan cahaya mata. Dalam keadaan mereka bersedia atau tidak. Atau dalam keadaan mereka meminta atau sebaliknya. Itu adalah lumrah dan sudah ketentuanNya. Bila bernikah, akan pasti beranak pinak. Kebiasaannya begitu :)

Namun tak kurang juga, pasangan yang diuji tanpa kehadiran cahaya mata, atas pelbagai faktor. Mungkin kerana masalah kesihatan, atau tanpa sebab yang jelas. Itu juga takdir Allah yang perlu diakur dan diyakini terkandung hikmahNya.

Aku juga seperti wanita lain yang mengimpikan kehadiran cahaya mata. Terlalu ingin. Malahan sebelum bernikah sudah menyimpan impian itu. Mahukan suami yang mencintai, dan cahaya mata yang menghiasi.

Maka antara amalanku ialah BERDOA. Berdoa khusus untuk dikurniakan cahaya mata, meskipun ketika itu aku masih sendiri dan belum jelas siapa jodohku :)


Doa yang aku amalkan;





Sumber picture: google 


Aku membacanya setiap kali selepas solat atau setiap kali terlintas di hati. Betapa aku merindui kehadiran anak-anak. Betapa aku membayangkan kebahagiaanku bersama mereka. Malahan aku impikan yang ramai :)

Alhamdulillah kini sudah 7 tahun di alam rumahtangga. Aku dan suami sudah dikurniakan 3 cahaya mata, pengikat kasih, penghibur tiap ketika. Allah kabulkan doaku untuk memiliki cahaya mata sendiri. Kelahiran mereka ditangisi air mata yang tersangat bahagia. Susah payah dan cabaran menjaga dan membesarkan mereka tak terbanding dengan kebahagiaan yang menyelimuti hati di atas kehadiran mereka. 

Bukan amalan istimewa. Bukan yang mustahil untuk setiap insan lakukan. Hanya BERDOA. Dan yakini Allah sentiasa mendengar doa kita. Jangan pernah jemu berdoa. Jangan berhenti berharap pada Dia. Berdoalah. Teruskan berdoa. Jika ia hadir setelah kita bersungguh berdoa, percayalah, bahagianya luar biasa!

Namun kepada pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata, meski puas berusaha dan berdoa, tetap percayalah kepada takdir Allah yang sentiasa terbaik. Bukan Allah tak dengar. Bukan Allah tak kasih. Malahan kerana kasih dan cinta juga, Allah menguji hambaNya. Jika bukan kerana kamu kuat dan tabah menempuh, Allah juga takkan menguji. Maka yakin, percaya dan terus bersangka baik pada Allah. Takdir yang lebih indah pasti sedang menanti di depan hari. Insya Allah. 

Semoga setiap insan berbahagia dan mensyukuri di atas kelahiran cahaya mata yang dinanti :)




Cahaya mata; hadiah terindah dari Allah


0 comments:

Post a Comment