Monday 13 March 2017 By: Naemah

KOTA KINABALU WITH LOVE: DAY 1

March entri aku mulakan dengan catatan tentang percutian singkat kami di Kota Kinabalu. Sebuah percutian yang tanpa dirancang (last minute tempah tiket) :)


Kami berada di sana selama 4 hari 3 malam (8.3.17-11.3.17). 



Cerita hari pertama (08/03/17): 


KLIA-KKIA


Kami turun dari rumah seawal jam 5 pagi menuju ke stesen Salak Tinggi dan menaiki KL transit jam 6 pagi. Anas dan Miqdad cergas di sepanjang perjalanan, sementara Mussaab terus melayan lena hingga sampai ke KLIA. Pun masih menyambung tidurnya di dalam stroller, sehingga melepasi security checks. Anas setia membimbit buku 'busy airport' yang dibawa khas untuknya sepanjang perjalanan menaiki kapal terbang ini. Dia excited membelek buku, memadankan dengan situasi real :) Miqdad juga melilau memandang ke sana sini melihat gelagat manusia yang ramai.


Di airport, kami menunaikan solat Subuh dan breakfast di restoren Marrybrown. Selepas itu bergegas ke balai pelepasan dan terus menaiki kapal terbang yang sudah bersedia untuk berangkat. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Tiba di KKIA jam 11 pagi. Kami menyewa kereta Axia dengan kadar sewa rm90 sehari. Sebelum check in homestay di bandar cyber city, kami ke pasar basah KK dan singgah sebentar ambil angin di pantai. 


Jam 3 petang, kami check in homestay untuk tempoh 2 malam dengan kadar sewa rm140 semalaman. Kami melepaskan penat di homestay tersebut. Dengan keadaanku yang lemah longlai akibat cirit birit, memang aku hanya mahu tidur saja dibuatnya. Anas dan Mussaab cergas seperti biasa. Suamiku memasak untuk makan tengahari, dan makan bersama anak-anak. Aku hanya baring dan rehat semahunya. Perut masih meragam, tekak terasa loya. Suamiku membelikan ubat untuk cirit birit. 





Turun dari rumah jam 5 pagi. Anak3 masih melayan lena :)





Klia transit 





Tinggal Mussaab yang masih lena dibuai mimpi :)






Breakfast di Marrybrown








Urusan imegresen di KKIA






Sementara menunggu untuk check in homestay 







Perdana Park


Selepas maghrib, suamiku membawa Anas dan Mussaab ke Perdana Park KK untuk meninjau suasana di sana. Anak-anak seronok dapat melihat air pancut menari, bermain di taman permainan dan menikmati aiskrim. Aku yang masih tidak sihat, hanya berehat di rumah bersama Miqdad yang sudah lena. Suamiku kemudian pulang ke rumah bersama anak-anak yang nampaknya happy dan puas hati dengan apa yang mereka lihat dan dapat di luar tadi. Anas seperti biasa, mencapai kertas dan pensel, dan melukis apa yang dilihat sepanjang hari tersebut. Kapal terbang, air pancut, awan dan hujan, dll. 


Aku terlebih dahulu tidur di sisi Miqdad. Suami tidur bersama Anas dan Mussaab di bilik yang lain. Oh ya, homestay kami mempunyai 2 bilik, 2 katil saiz queen dan 1 katil single dan juga extra bed. Rumah tersebut juga lengkap dengan peralatan memasak, mesin basuh, peti sejuk, iron, towel, aircond, sofa dan tv. Saiz rumah yang sangat sesuai untuk keluarga kecil seperti kami. Yes, recommended.


Hari yang memenatkan, bahkan melesukan buatku. Namun aku harapkan hari esok keadaanku akan lebih baik kerana kami akan ke island hopping dengan menaiki bot. More exciting moments untuk anak-anakku :)





Air pancut berirama





Bersambung


KOTA KINABALU: DAY 2



Day 1 spending:

Breakfast @Marrybrown: rm24.00

Car rental (rm90X3days): rm270

Homestay @KK (rm140x2nights): rm260 (discount)

Seafood @pasar: rm50

Perdana park: rm5

Speedmart (barang dapur n ubat): rm59


TOTAL: rm668


0 comments:

Post a Comment