ingin aku bicarakan tentang perkahwinan
bukankah sebuah keluarga itu terbentuk dengan permulaannya sebuah perkahwinan...
aku percaya setiap insan mengharapkan perkahwinan dalam kehidupannya..
kerana Allah juga menciptakan hambaNya dengan berpasang-pasangan
setiap insan juga mendambakan kebahagiaan dalam rumahtangga..
tak siapa pun yang inginkan derita..
bukankah begitu??
Ada perkahwinan yang dimulai dengan percintaan..ada juga yang percintaannya hanya sesudah perkahwinan...
yang mana lebih baik ya...
aku dan suami antara pasangan yang bercinta selepas pernikahan...
Alhamdulillah...ikatan ini masih terjaga rapi dan terasa manisnya cinta d alam rumahtangga ini...
namun bukan aku yang layak untuk menilai yang mana lebih baik..
bercinta sebelum kahwinkah,..atau bercinta sesudah kahwinkah???
barangkali anda sendiri punya jawapannya..berdasarkan apa yg telah anda lalui dan sedang rasai....
Apa yang aku ingin tekankan.. bagaimana kita dan pasangan menjaga Allah dalam perhubungan kita sehari hari..baik sebelum perkahwinan atau sesudahnya...
di mana kita letakkan Allah... apakah cinta mendahului Allah atau sebaliknya..
boleh cek sendiri...ambil seketika masa untuk bermuhasabah...
bahagia hanya hadir dengan keredhaan Allah..
bahagia sejati hanya apabila kita mendahului Allah dari segalanya...
namun hidup berumahtangga takkan terlepas dari ujian...
adakala ditimpa badai, adakala tersilap kata dan terguris rasa...
mohonlah ketenangan dan petunjuk Allah..
agar tak tersilap tindakan dan tersalah perkiraan...
sama-sama kita mendoakan rumahtangga yang damai dan bahagia..
semoga Allah sentiasa menitipkan rasa kasih dan sayang di dalam hati kita dan pasangan
mudah-mudahan dia jodoh kita di dunia dan akhirat..
semoga Allah mengurniakan kita anak-anak yg soleh dan solehah..
ameen
0 comments:
Post a Comment