Wednesday, 22 October 2025 By: Naemah

LEMAH TAPI TIDAK SENDIRIAN


 Lemah rasa hari ini,

di antara nafas sembuh yang belum pulih,

ummi berdiri setenang mampu,

melihat anak-anak rebah lesu,

ada yang demam, ada yang batuk, ada yang selesema.


Abi jauh di perantauan rezeki,

dan si kecil asyik memanggil,

dengan rengekan yang minta dakapan,

minta dekat, minta tenang.


Masak sekadarnya,

hidangan tidak terusik,

tiada selera, tiada tenaga.

Rumah sunyi, hanya batuk kecil dan dengusan nafas lemah

menjadi irama siang.


Namun, di celah resah dan lelah,

ada bisikan halus di hati —

Allah ada.

Yang sukar ini tidak selamanya,

yang berat ini akan reda,

seperti hujan yang akhirnya berhenti,

dan langit kembali jernih.


Kerana setiap lemah ada gantinya,

dan setiap sabar, ada peluk kasih dari Tuhan.


0 comments:

Post a Comment