Untuk Suamiku Tercinta
Akan tiba suatu hari,
hanya tinggal kita berdua semula.
Tanpa tangisan bayi, tanpa lampin, tanpa kelam-kabut.
Tiada lagi langkah tergesa menghantar anak ke sekolah,
tiada jadual yang sesak menyesakkan jiwa.
Hanya pagi yang sunyi indah,
malam yang damai dengan santapan perlahan,
serta kehidupan yang kita lanjut bersama setelah badai reda.
Dan bila saat itu menjelang,
aku berdoa kita saling berpandangan,
lalu tersenyum kerana kita tidak sekadar bertahan,
tetapi kita hidup, kita mencintai,
dan kita membina sesuatu yang indah.
Sebuah cinta.
Sebuah rumah yang sentiasa menjadi tempat kita kembali,
lagi dan lagi, hingga ke akhirnya.
-INSYA ALLAH-
0 comments:
Post a Comment