Sunday, 30 October 2016 0 comments By: Naemah

DIARI ANAKKU: 311016

Hari ke-19 ummi melahirkan Miqdad. Masih di kampung, di rumah mek. Hari ini abi bertolak awal pagi menuju ke kl atas urusan kerja. Anas, Mussaab dan Miqdad bersama ummi.

Anas dan Mussaab bangun jam 8 pagi. Tak mandi, sekadar basuh muka dan tukar pakaian. Sejuk sangat nak mandi. 

Lepas berpakaian, main sekejap dan makan. Ummi buat roti bakar sahaja. Lepas sarapan, menonton video Dora the explorer. Entah berapa kali ulang. Ummi menjaga dan menyusukan Miqdad yang masih tak nak tidur sejak bangun pagi tadi. Tapi sempat juga ummi buat kerja lain ketika Miqdad tak menangis bila diletakkan di tilamnya. Anas dan Mussaab ummi biarkan dengan video dan mainan. 

Jam 11.30 pagi, ummi masak sekadar sempat, sementara Miqdad tidur. Anas makan nasi, Mussaab hanya makan ayam goreng. Bila Miqdad terjaga dan menangis, ummi susukan Miqdad. Mussaab bermain clay. Anas kemudian buka video aeroplane pula. Menonton bersama Mussaab. Abi call dari kl, katanya dah odw balik. Anas dan Mussaab sempat berbual dengan abi. Sepanjang tempoh berpantang ummi, abi sajalah yang melayan Anas dan Mussaab. Hari ni abi tiada, terasa lainnya :) tapi Anas dan Mussaab baik je, dengar cakap ummi. Cuma ummi tak boleh nak layan sangat, banyak fokus pada Miqdad. Tambahan pula ummi sendiri perlu banyak rehat. Belum sihat sepenuhnya.

Ummi cuba lelapkan mata jam 3 petang. Miqdad dah lena tidur. Ummi ajak Anas dan Mussaab tidur sekali, tapi macam biasa, tak nak tidur. Ummi biarkan Anas dan Mussaab bermain. Hampir jam 4 petang, ummi bangun dari tidur. Miqdad masih lena. Anas asyik menyusun kereta. Mussaab pula asyik dengan clay nya. Lepas main, datang berguling dekat ummi dan bergurau dan ketawa sama-sama. Mussaab kemudian menangis, entah apa yang tidak kena. Mengantuk sangat agaknya, baring di sebelah ummi, akhirnya terlena juga. Tinggal Anas bermain sendirian.

Jam 6 petang, cik datang rumah mek. Anas ikut ke rumah cik. Tinggal Mussaab yang masih tidur, dan Miqdad yang sudah bangun dari tidur. Tak sempat ummi nak gorengkan ayam untuk Anas yang dari tadi minta nak makan nasi. Miqdad menangis tak mahi diletak. Di rumah cik, Anas makan keropok lekor. Mussaab bangun jam 6.30 petang, terus bertanyakan di mana along. Menangis nak ke rumah cik juga. Mujurlah menangis tak lama. 

Hampir jam 7 petang, abi tiba di rumah. Dalam keadaan penat dan lapar. Sempat juga belikan hadiah untuk anak :) Mussaab happy abi dah balik. Lagi happy dapat ball dan dapat makan subway. Kemudian Anas balik bersama cik. Makan subway bersama Mussaab. Juga happy dapat sticker vehicles daripada abi. Asyik menampal sticker di kertas pula. Kemudian mandi bersama abi.

Masuk waktu isyak, Mussaab ke surau bersama mek dan cik. Anas masih dengan stickernya. Balik dari surau, bermain dan bergurau bersama. Miqdad yang dah tidur juga terjaga dari tidurnya. 

Jam 9 malam, abi dah lena dibuai mimpi. Lampu ditutup, namun Anas, Mussaab dan Miqdad masih belum tidur. Mussaab yang paling ceria, kerana siang tadi dah tidur banyak. Asyik menyanyi dan mengomel seorang diri. Anas dah mengantuk, cuba lelapkan mata. Ummi cuba tidurkan Miqdad. Jam 10 malam, suasana dah sunyi. Suara Mussaab juga tak kedengaran lagi. Alhamdulillah ketiga anak ummi dah lena akhirnya :) tinggal ummi seorang yang juga sudah mengantuk. 

Alhamdulillah untuk kehidupan hari ini. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya walaupun dalam keadaan ummi yang masih dalam pantang, dan abi pula seharian tiada di rumah. Semoga di hari yang mendatang juga akan lebih baik, memandangkan abi akan kembali bekerja tak lama lagi. Semoga ummi mampu uruskan anak anak sendirian. Insya Allah.

Selamat malam Anas, Mussaab dan Miqdad. Ummi love you all very much :)



Tuesday, 25 October 2016 0 comments By: Naemah

TUNDUKKAN HATI INI

Ada insan berbangga dikurniakan pasangan yang baik, hensem, berduit, rajin, dan memiliki banyak kelebihan. Asyik mencanang kelebihan suami, lebih-lebih lagi pada yang tak punya, atau yang mempunyai suami tak sebaik dia. Terasa puas, dialah wanita paling beruntung.

Ada pula yang berbangga kerana dikurniakan anak yang comel dan bijak. Tak sudah-sudah bercerita pasal anak. Update gambar anak, pencapaian anak, dan segala keistimewaan si anak. Lupa pada sahabat yang mungkin tiada rezeki anak, atau yang mempunyai anak yang tidak sihat atau sering sakit. Atau mungkin anak tak sebijak anak dia, yang pandai serba serbi.

Ada juga para ibu yang berbangga, dapat lahirkan anak secara normal dan mudah pula. Memperkecilkan ibu yang mungkin terpaksa menjalani operation atau menanggung kesakitan yang lebih lama. Kononnya yang normal itu lebih baik dan lebih mulia.

Ada yang bangga, dapat bercuti ke sana sini, menikmati hidangan yang beraneka, bercerita, berkongsi gambar, tanpa rasa bersalah. Mungkin terlupa, ada insan yang tidak mampu untuk menikmati bestnya hidup seperti dia. 

 Kita semua direzekikan dengan kenikmatan yang berbeza. Kita cenderung untuk bergembira dan bahagia dengan setiap kenikmatan yang dikurniakan. 

Namun kadangkala, kerana terlalu gembira, kita jadi lupa pada insan yang tak bernasib baik seperti kita. Kita terlalu mempamerkan rasa suka kita, hingga tahap menunjuk-nunjuk pada kelebihan yang kita ada. 

Ya, mungkin kita terlupa. Mungkin kerana kita terlalu suka. Padahal ada mata yang memandang penuh cemburu. Ada hati yang menangis penuh hiba. 

Kita kata, itu masalah hati mereka. Kenapa nak cemburu pada kebahagiaan orang lain? 

Tapi tidak bolehkah kita membantu mereka menjaga hati mereka? Cukuplah syukur, bukti kita sedang sangat berbahagia. Bukan mencanang di sana sini. Bukan mempamerkan pada sesiapa saja. Bukan berlumba menunjukkan kelebihan yang kita ada. 

Tak salah berkongsi, jika yakin ia memberi manfaat. Tak salah berkongsi, kalau bersamanya ada penyampaian ilmu. Mungkin tips atau cara, atau mungkin nasihat, buat insan lain untuk turut merasakan nikmat dan kegembiraan yang sama.

Teguran buat diriku sendiri. Atas segala kelebihan yang Allah berikan, moga aku tetap tunduk dan jauh dari rasa diri lebih baik dari orang lain. Adakala aku rasa biarlah hidup kami sekeluarga tak glamor dan tak dikenali. Biarlah segala kelebihan dan kenikmatan tersembunyi, moga tak ada mata yang memandang penuh cemburu.

Malah aku juga tak mahu mencemburui rezeki orang lain. Kerana setiap kita ada bahagia yang tersendiri. Hanya jika kita mahu berfikir dan bersyukur. Kerana Allah itu Maha Adil dan Maha Pengasih.

Monday, 24 October 2016 0 comments By: Naemah

UMMI RINDU ANAS DAN MUSSAAB

Sesuai dengan jawatan suri rumah sepenuh masa :) sudah tentulah rumah dan anak-anak menjadi gelanggang harianku. Setiap hari anak-anak sajalah yang menjadi teman. Tak pernah sunyi dengan ragam dan keletah mereka.

Tapi bila anak-anak tiada di depan mata.. alahai tersangat sunyi dan rindunya. Macam nak menangis pun ada. Maklum sajalah, tak pernah berpisah lama. 

Hari ini berpisah dengan dua anakku, Anas dan Mussaab yang dibawa suami ke rumah ibu mertuaku. Berpisah untuk satu hari sahaja. Tapi hatiku tak lepas dari rasa sunyi dan rindu. 

Masih boleh dikira dengan jari, ini kali ketiga berpisah dengan Anas. Pertama, ketika nak lahirkan Mussaab (aku di HUSM), kedua ketika lahirkan Miqdad (di HRPZ). Ini pula kali kedua berpisah dengan Mussaab. Kali pertama ialah ketika melahirkan adiknya Miqdad. Walau cuma satu malam, terasa agak lama perpisahan ini. 

Anas dan Mussaab. Ummi rindu sangat. Tapi macamana pun kena belajar juga berjauhan sesekali. Bukan selamanya Anas dan Mussaab akan berkepit dengan ummi je kan. Nanti nak sekolah, nak masuk universiti, nak kahwin, bla bla... kena berpisah juga kan? 

Ummi kalau boleh setiap masa nak bersama anak anak. Tak nak berpisah. Bila jauh, rindu, risau, semua ada. Ummi doakan kita akan sentiasa bersama, sentiasa dekat... jangan terpisah jauh. Jangan hingga melupakan.

Ummi sayang Anas, Mussaab dan Miqdad. 


Saturday, 22 October 2016 0 comments By: Naemah

SUNNAH HARI KE-7

Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya, yang disembelih pada hari ketujuh dari hari kelahiran-nya, dicukur rambut kepalanya, dan diberi nama.” (HR. Abu Dawud 2838, shahih)

Alhamdulillah sunnah hari ke-7 dapat kami laksanakan sebaiknya, insya Allah.

Hari ke-7 (19/10/16)

Ilham Miqdad b. Mohd Suzainizam nama diberi. Miqdad, diambil bersempena nama sahabat Nabi yang kisahnya tidak masyhur di kalangan kita, namun bila ditelusuri kisahnya, tersangatlah besar jasanya pada Islam. Maka aku memilih nama itu buat anakku :)

Hari ini juga dicukurkan rambut Miqdad sehingga botak :), juga dilaksanakan aqiqah melalui badan ez qurban. 

Alhamdulillah. 

Semoga Miqdad membesar menjadi anak yang soleh, berjasa pada orang tua, dan berjuang untuk agama. Insya Allah.

Anas, Mussaab dan Miqdad. Permata hati ummi dan abi yang tak ternilai harganya. Semoga membesar bersama, saling berkasih sayang, saling menjaga dan saling mendoakan.  Insya Allah :)
Friday, 21 October 2016 0 comments By: Naemah

TERIMA KASIH SAYANG

Terima kasih suamiku, yang gembira dengan kehamilan anak ketiga. Yang tetap menjaga dan menyayangi dari awal mengandung hingga akhirnya melahirkan.

Terima kasih suamiku, yang ada di sisi ketika aku bertarung nyawa melahirkan si kecil ini. Yang tak putus memberi kata semangat dan ingatan. Yang tetap menghiburkan, demi aku tidak terlalu memikirkan kesakitan. 

Terima kasih suamiku, yang mengambil tugas menjaga anak-anak yang dah besar, namun masih perlukan sepenuh perhatian. Setia melayan karenah dan ragam mereka, meski kau juga sangat penat. 

Terima kasih suamiku, sedaya upaya kau menguruskan anak kecil ini dengan tanganmu, meski adakala dirimu juga dalam kerumitan. 

Terima kasih suamiku, kerana menjadi suami yang sejati dan terbaik. Memenuhi segala keperluan, menjaga dan menyayangi dengan sepenuh hati. Tak pernah mengabaikan, tak pernah melepas tangan. 

Terima kasih suamiku, dikau tetap yang terbaik. Melengkapi kehidupan ini, sentiasa menyenangkan hati ini, dan sentiasa tenang, sabar dan hikmah mendepani ujian rumahtangga.

Pada siapa lagi harus aku berterima kasih. Hanya pada Dia yang Maha baik, menghadirkan dirimu dalam hidupku. Yang mentakdirkan dirimu sebagai jodohku. 

Terima kasih sayang. Semoga Allah sentiasa menjaga dan menyayangimu. Semoga petunjuk Allah sentiasa melorongmu ke jalan yang diredhaiNya. 

Alhamdulillah. Rasa kesyukuran ini aku panjatkan pada Allah yang Maha Esa.
Monday, 17 October 2016 0 comments By: Naemah

MENYUSU BADAN

Hari ke-6 berpantang selepas melahirkan anak ketiga kami :)

Alhamdulillah keadaanku dan anak baik. Susu juga mencukupi buat anak kecilku ini. 

Seperti biasa, menyimpan azam untuk menyusukan anakku ini sekurang-kurangnya sehingga umurnya 2 tahun. Insya Allah.

Sebelum ini berpengalaman menyusukan anak sulungku selama 3 tahun setengah, dan anak kedua selama 2 tahun 2 bulan. Alhamdulillah. Aku mengharapkan, untuk anak yang baru lahir ini juga diberikan kesempatan yang sama, dan semoga dipermudahkan olehNya.

Seperti yang kita sedia maklum, susu ibu adalah yang terbaik buat anak, maka tiada alasan untuk tidak memberikan susu ibu buat anak kita. Allah hadirkan anak kecil ini bersama rezeki (susu ibu) yang mencukupi, insya Allah. 

Bersama azam untuk menyusukan anak, kita juga perlu sentiasa positif dan percaya atas kemampuan kita untuk menyusukan anak. Positif bahawa susu akan sentiasa mencukupi, dan positif bahawa kita akan sentiasa bersedia menyusukan anak bila-bila masa sahaja tika anak berkehendakkannya. 

Ya, kita tahu tak semua orang mampu. Kita tahu menyusukan anak bukan mudah, apalagi tanpa sokongan dari insan terdekat.  Menyusukan anak, nampak remeh, tapi tetap memerlukan kekuatan dan sokongan agar ia benar-benar mudah untuk dilalui, dan menjadikan ia satu momen yang indah dan membahagiakan. 

InsyaAllah. 

Semoga tiada halangan untuk anak kecil ini untuk menikmati susu ibu, hadiah dari Allah ini :)




SANGAT RINDU

1 bilik untukku, 1 bilik untuk dia

Tadi menjengah masuk ke biliknya. Bilik yang dingin, dipenghuni oleh dia dan 2 anak kami. Ketiganya sudah lena dibuai mimpi. Tidur yang nyenyak, kepenatan agaknya.

Hati diruntun sayu. Sayu bersama tangisan. Rindu.. terlalu rindu. Terasa jauh meskipun dekat. Ingin kupeluk cium setiap mereka, tanda hati terlalu rindu. 

Meninggalkan mereka dalam sendu dan doa. 

Melangkah ke bilik yang satu lagi. Ada penghuni kecil di sini. Yang baru beberapa hari mengenal dunia. Di bilik ini tempatku bersama si kecil ini. Si kecil yang sebelum ini sangat kami nantikan.

Jarak antara kita hanya beberapa langkah. Namun hati terlalu rindu. Terasa seperti jauh terpisah. 

Perasaan ini mungkin untuk seketika cuma. Kita akan kembali dekat. Kita akan bersatu bahagia. 

Allah.. hanya Engkau yang mengerti kerinduan ini :'