Saturday, 30 August 2025 0 comments By: Naemah

SKKR & SRIPN: RESULT & PRESTASI MUSSAAB

 Hari Pembentangan Prestasi SRI PERMATA NUSAYBAH-SRIPN (31/5/2025)

Berlangsung pertemuan pertama dengan guru kelas Mussaab iaitu Ustazah Husna dan menerima rekod prestasi Mussaab untuk ujian penilaian 1.


Alhamdulillah, result OK. A,B dan C semuanya ada. Sederhana saja, tidaklah teruk. Ustazah pun tak komen yang negatif. Alhamdulillah, dan perlu usaha lebih lagi, sudah tentunya. 



Hari Bual Bicara Akademik SK KAMPUNG RINCHING-SKKR (15/8/2025)


Abi hadir untuk terima rekod prestasi Mussaab untuk Ujian Pertengahan Tahun (UPSA). First time abi hadir, selalunya ummi sorang je yang jumpa cikgu. Abi jumpa dengan guru kelas 5 Opal iaitu cikgu Nor Azlina dan banyak bertanya (kata Mussaab) berkenaan Mussaab di sekolah. Ummi pun tak tahu apa yang abi tanya. Antara yang abi cerita, Mussaab ni agak ‘berat mulut’ kat dalam kelas. Susah nak menjawab dan kurang penyertaan dalam kelas. Ummi dah sedia maklum dah pasal tu. 


Dari segi result, sama juga, A, B, dan C semua ada. Alhamdulillah lulus semua. Matematik adalah yang paling rendah markahnya. Result PBD pula di antara TP3-TP5, oklah juga. Masih di tahap yang sederhana, perlu kepada usaha keras nak dapatkan yang lebih baik.


Dan baru-baru ini selesai ujian pertengahan tahun di SRIPN (belum ada result). 


Kesimpulannya, dari segi result, belum di tahap cemerlang untuk keseluruhannya (tapi ada subjek yang score dan dapat A). Namun tidaklah pula terlalu lemah dan tiada yang gagal setakat ni.


Sungguh, semua bergantung apa yang Mussaab dapat dalam kelas semata. Kat rumah, susahnya nak disuruh belajar. Masih dengan sikap main-main dan tak endahnya. Geramnya ummi ni, Allah sajalah yang tahu


UPKK pun dah tak lama. Bulan depan dah pra percubaan. Ummi hanya mampu memdorong dan berdoa. Semoga Allah terangkan hati Mussaab untuk menjawab exam nanti. Baik UPKK, baik UASA. Semoga Allah anugerahkan yang terbaik buat Mussaab. Ameen.


Usaha lebih lagi angah! Ummi percaya angah boleh. Yang penting perlu ada motivasi untuk belajar dan ada keinginan untuk berjaya dan cemerlang. Tiada siapa yang mampu tolong kita kecuali diri kita sendiri. Ingat pesan ummi dan abi sentasa ya! 



Result;









Thursday, 28 August 2025 0 comments By: Naemah

NUHA KHADEEJA: SETAHUN 6 BULAN


 25/2/2024-25/8/2025

Alhamdulillah genap usia Nuha setahun 6 bulan. Dah lama ummi tak update perkembangan Nuha. Last update masa umur Nuha setahun.


6 bulan berlalu, perkembangan Nuha positif dan normal sahaja. Banyak sudah yang Nuha belajar dan dapat dari meningkatnya usia. Segalanya baik dan memmbanggakan.


Di usia sekarang Nuha dah dapat sebut banyak perkataan mudah. Seperti buku, air, susu, ball, remote, dll. Dah kenal dan boleh sebut banyak haiwan juga. Nuha juga dah boleh panggil ummi, abi, kakak, along, angah dan adik (tapi along tak jelas sangat lagi sebutannya). 


Nuha juga memahami arahan ringkas. Contoh bila ummi suruh tutup pintu Nuha akan tutup. Bila ummi panggil makan, Nuha akan ke meja makan, bila ummi suruh ambil sesuatu (yang Nuha tahu), Nuha akan ambil.


Nuha seronok bila ada yang melayan dan bermain dengannya. Seronok main dengan kakak, dan abang-abang. Dan bila abi ada, abi juga banyak melayan Nuha. Asyik nak mengikut ke mana abi pergi. Pantang abi bergerak, pantang bunyi pintu, bunyi motor, nampak abi bersiap, terus bangkit dan tak nak lepas abi. Selalulah juga abi bawa keluar jalan-jalan, atau ambil abang kakak sekolah. Shopping berdua dengan abi pun selalu jugak. 


Tapi setiap pagi Nuha akan berdua dengan ummi sahaja (time abi kat laut). Ummi tak terlayan sangat Nuha sebab banyak kerja. Nuha asyik layan video (educational) saja, atau sesekali ‘membaca’ buku (Nuha suka sangat buku). Atau ‘menulis’ bersama ummi. Setakat itu saja dulu yang ummi mampu buat bersama Nuha setakat ni. Selebihnya Nuha main sendiri-sendiri. Maafkan ummi ya. Nanti ummi plan dan buat aktiviti best dengan Nuha ya. Insya Allah. 


Bab makan, Nuha agak berselera bila makan. Tak cerewet, tapi lebih sukakan nasi, mi atau bihun (megi pun suka sangat). Kalau bagi roti,kuih muih, jarang dia nak makan. Sebab tu pagi-pagi, kena ready dengan makanan berat juga. Dan Nuha pun dah pandai makan sendiri (masih tumpah-tumpah). Bila ummi nak suapkan, dia akan menolak tak mahu disuap. Nak makan sendiri macam orang lain. 


Syukur pada Allah atas perkembangan baik Nuha. Hari ni ummi bawa Nuha check up di KK Rinching Tengah. Nuha terima dua suntikan di paha kiri dan kanan. Agak kuat Nuha menangis tadi. Sampai ke rumah masih tak reda. Kesian Nuha. Alhamdulillah setakat malam ni Nuha baik-baik je, takde lemah atau demam. 


Banyaklah lagi cerita Nuha. Tapi sampai sinilah dulu ummi bercerita. Yang pasti Nuha dalam keadaan yang baik-baik sentiasa. Ada sekali dua diuji demam, batuk dan selesema yang tak berlarutan. Adalah juga jatuh terhantuk sesekali. Sudah lumrahnya begitu, di usia sekarang nak melasak saja kerjanya. Panjat sana sini. Berlari tak kira tempat. Nak pakaikan pampers dan baju pun penat ummi dibuatnya, sebab nak kena kejar dulu baru dapat settle semua. 


Alhamdulillah untuk segalanya yang Allah berikan buat Nuha. Nuha yang cerdik, cerdas, lasak, lucu, comel, dan segalanya yang buat ummi terhibur dan rasa amat bersyukur padaNya yang hadirkan Nuha buat ummi dan abi. 


Semoga terus membesar sihat dan cerdas anakku. Ummi sangat menyayangimu. 

Sunday, 24 August 2025 0 comments By: Naemah

SATU MALAM DI KEMUNTING BEACH RESORT






 Hari Khamis (21/8) abi balik dari Bintulu. Balik untuk beberapa hari sahaja. Isnin depan akan ke Kota Kinabalu pula.


Sabtu, abi ajak jalan-jalan Melaka. Ajak pergi pantai Pengkalan Balak. Dan booking bilik di Kemunting Beach Resort (pernah menginap di sini tahun 2016). Saat pagi itu dimaklumkan, dan pagi itu juga bersiap dan berkemas seadanya. Nak pergi 1 malam sahaja, setiap orang perlu bawa 2 pasang baju. Dah ramai, banyak juga la yang perlu dibawa. 


Jam 9.30 bertolak dari rumah, tanpa breakfast. Abi kata, nak makan tengahari terus. Terpaksalah menahan lapar semuanya. 


Jam 10.45 makan ‘brunch’ di kedai makan ‘Mai Salai’ dalam daerah Rembau, kedai makan yang dah biasa singgah, jika pergi ke Melaka. Alhamdulillah, perut yang lapar sudah diisi dengan masakan salai Negeri Sembilan yang pedas berapi (tapi sedap!)


Teruskan perjalanan, dan sampai di Pantai Pengkalan Balak jam 12.45 tengahari. Lepak dulu di tepi pantai sementara tunggu nak check in-jam 2 petang. 


Dari nak lepak tepi pantai, akhirnya basah kuyup semua bermain di pantai. Alang-alang dah basah, mandilah dulu sepuasnya. 


Jam 2.30 check in resort. Abi dan anak-anak sambung mandi kolam (dalam resort) pula. Ummi yang penat dan mengantuk, tidur di bilik. 


Sejam kemudian semua selesai mandi kolam. Masuk bilik, mandi, solat dan rehat. Ada juga yang tidur kepenatan.


Jam 6 petang abi bawa Suri dan Nuha ke pantai. Ummi juga pergi, nak tengok pemandangan petang hari di pantai. Dapat tengok sunset di tepi pantai, Masya Allah cantik! Angin sepoi-sepoi bahasa, dan ramai sungguh pengunjung petang ini. 


Hampir masuk waktu Maghrib, balik semula ke bilik. Lepas solat keluar mencari makan di luar. Plan nak cari asam pedas claypot di Bandar Melaka, tapi perjalanannya ambil masa 1 jam dan ada yang dah tak tahan lapar sebab tadi makan tengahari pun awal sangat! Terpaksa la berhenti di kedai makan yang berhampiran (lupa nama kedai), dekat dengan Pantai Puteri. Alhamdulillah makan malam yang menyelerakan.


Balik ke bilik, dan tidur. 


Hari kedua, abi bawa anak-anak lelaki ke masjid yang berdekatan untuk solat Subuh. Balik ke bilik, ada yang sambung tidur lagi. Abi dan Miqdad keluar makan dan ambil angin di tepi pantai. 


Sekitar jam 9.30 pagi, bersiap, check out dan bertolak balik ke Semenyih. Pagi ni juga tak bersarapan. Sekali lagi ‘brunch’ jam 10.30 pagi di Teluk Kemang, Port Dickson. Singgah sebentar di R&R Mambau, dan teruskan perjalanan balik. Sampai di rumah jam  12.45 tengahari. Alhamdulillah.


Terima kasih ya Allah, untuk ‘percutian’ singkat dan tanpa dirancang ini. Jika hari-hari sebelum ini (semenjak Julai) hanya di rumah dan sekolah, hari ini dapat keluar jauh sikit, ambil angin pantai dan mandi laut dan kolam. 


Disember tahun lepas kali terakhir ke Melaka. Bulan Ogos tahun ini menjejak Melaka lagi. Di sini ada kenangan tersendiri, tak jemu diimbas dan diingat kembali bila singgah atau sekadar lalu. 


2 hari satu malam, pun ada banyak ceritanya. Cerita best dan cerita tak best juga! Tapi semuanya terpahat sebagai kenangan dan pelajaran dalam menempuh hari mendatang. 


Kini kembali semula ke rumah. Esok masing-masing akan menyambung hari persekolahan. Abi pula akan terbang ke Kota Kinabalu, menyambung tugas dan amanah. Beginilah kenyataan hidup kita. Teruslah melangkah mengikut arusnya. 


Terima kasih abi yang mencari ruang untuk gembirakan anak-anaknya. Abi yang tahu tak punya banyak masa bersama anak-anak, namun sudah mencuba yang terbaik untuk membuat dirinya ‘ada’ untuk anak-anak. 


Terima kasih ya Allah untuk nikmat berkeluarga dan nikmat kecukupan yang sentiasa Kau berikan. Rahmati dan berkati kehidupan kami ya Allah. Ameen. 





‘Brunch’ masakan salai Negeri 9


Mulanya main pasir saja





Kemudian basah semua



Nuha yang tak puas-puas main air


(Tiada gambar mandi kolam sebab ummi tak join)


Family Room-Kemunting Beach Resort





Singgah tempat belajar abi dulu


Friday, 15 August 2025 0 comments By: Naemah

SELAMAT HARI LAHIR SURI LILYANA


 15 Ogos 2019 ummi melahirkanmu. 

15 Ogos 2025 genap usiamu 6 tahun.


Masya Allah, puteri sulung ummi sudah besar. Sudah di bulan-bulan terakhir di tadika. 


Pagi ini Suri bangun awal dan bersiap ke sekolah. Hari ni Suri ada rakaman senamrobik bersama kawan-kawan, yang mana Suri dah berlatih sepanjang minggu ni. 


Suri bersiap kemas, tak lupa ummi ucapkan selamat hari lahir dan ingatkan Suri yang pada tarikh ini ummi lahirkan Suri. Suri biasa-biasa saja, pada Suri, birthday yang sebenar kena ada kek. 


Suri ke sekolah dan balik seperti biasa. Abi yang ambil Suri sebab ummi ada urusan di klinik. Ya, ummi tak sempat nak masak special hari ni walaupun dah ‘niat’ nak masak special. Last-last, ayam goreng saja di samping panaskan lauk yang ada dalam peti, dek kesuntukan masa. Abi pula, sebelum ambil Suri, perlu ke sekolah angah untuk hari bual bicara akademik, dan lepas tu sibuk pula buat report kerja. Pendek kata, ummi dan abi sibuk dengan hal lain hari ni. 


Sampai ke petang, hanya menempuh hari yang seperti biasa saja. Suri makan dan main seadanya. 


Malam pula, abi sempat belanja minum Ai-Cha selepas solat isyak di surau. Begitu sajalah cerita di hari lahir Suri.


Bukan lupa, cuma tak sempat. Esok insya Allah ada yang lebih special untuk Suri dan sekeluarga. Momen hari lahir, pastinya ingin dirakam dengan kenangan indah. 


Selamat hari lahir anakku, Suri Lilyana. Puteri sulungku, yang amat ummi cintai. Terima kasih menjadi anak yang baik, yang sering berdoa untuk ummi dan abi, yang sayangkan adik, yang rajin pergi sekolah, dan banyak lagi hal yang baik pada dirimu, ummi syukuri segalanya.


Oh ya, Suri sekarang (bulan Julai) dah tamat baca iqra’, kini dah mula baca al-Quran. Alhamdulillah. Perlahan-lahan, insya Allah makin lancar dan fasih.


Dan satu lagi ummi terlupa, malam tadi ummi dan abi siapkan pulut kuning dan rendang untuk bawa ke surau. Abi kata sebagai kesyukuran sempena hari lahir Suri dan sebab Suri dah baca Quran. 


Doa ummi, semoga Suri sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Semoga jadi hambaNya yang taat, yang solehah, yang menjaga kehormatan diri. Semoga dilindungi sentiasa dari segala musibah dan maksiat. Semoga bahagia sentiasa dirimu puteriku, dunia dan akhirat. Ameen. 


Ummi sayang Suri selamanya. Sayang sangat! 



Bersama adik dan abang-abang 




Tuesday, 12 August 2025 0 comments By: Naemah

RABU: ADA KISAH YANG BERBEZA


 Hari Rabu. Hari ni abi keluar jam 4 pagi ke airport sebab ada urusan kerja di Singapura. Malam nanti akan sampai balik ke rumah. Dan hari ni ummi perlu ambil tugas hantar dan ambil anak sekolah macam biasa.

Hari Rabu adalah hari yang sedikit berbeza berbanding hari sekolah yang lain. Sebab, hari Rabu Anas dan Mussaab terlibat dengan kokurikulum. Anas akan keluar pagi (berbasikal) seperti yang lain, dan akan stay sampai waktu sekolah sessi petang. Petang pukul 7 baru sampai rumah balik. 


Mussaab pula, sessi pagi akan bersambung dengan koko, dan tamat pada jam 3 petang. Perlu ambil dan hantar ke sekolah agama dan ambil semula jam 6.30 petang (ada kelas tambahan UPKK). 


Suri waktu balik biasa, 12 tengahari dan Miqdad pula 3.30 petang. 


Hari Rabu. Apa yang terlintas di hati ummi hari ni? Nak rehat lebih. Tak nak masak tengahari (sebab ada Nuha dan Suri je tengahari ni), tak nak basuh baju (semalam dah 2 round cucian), nak settle kemas ruang luar ni je. Tak masak, takdelah kena cuci pinggan mangkuk, periuk kuali semua. Tak membasuh, tak perlu nak menjemur dan angkat kain semua. Kan dapat jimat banyak masa. 


Tapi takdir Allah siapalah yang boleh jangkakan? Hari ni tak jadi seperti yang dimahukan. Sebaik bersedia nak hantar Mussaab dan Miqdad sekolah, dah angkut yang kecil (yang masih lena) masuk kereta, dah kejut si kakak naik kereta, dah keluar pagar rumah dah, tiba-tiba rasa lain macam dengan kereta. Rupanya tayar belakang bocor. Ya Allah, ujian di pagi hari. Masuk semula ke dalam pagar rumah. Mussaab dan Miqdad tak bersekolah la jawabnya hari ni (Anas dah bergerak ke sekolah).  


Suri pula ummi minta tolong mak Aireen (classmate Suri) untuk tumpangkan Suri pergi dan balik. Alhamdulillah Suri dapat ke sekolah (ayah Aireen yang bawa).


Hmm.. kini ada Mussaab dan Miqdad, juga Nuha di rumah. Masuk dapur, masak nasi goreng. Pagi tadi dah makan fries sikit sorang, mana nak kenyangnya. Terpaksalah masak, ummi pun nak makan (cadangnya tadi nak beli bungkus je lepas hantar anak-anak sekolah). Dan tengahari tentunya kena masak lagi. Nak keluar beli pun tak boleh. Nak order food panda tak murah ya! Bukan untuk seorang dua.


Dan petang, tentunya perlu ada hidangan lagi. Simple pun, tetaplah kena masak. Spend masa kat dapur jugalah hari ni ye! Takpelah, at least tak perlu keluar ambil dan hantar anak sekolah (walaupun sangat tak seronok anak tak pergi sekolah dan tak belajar macam orang lain). Nak buat macamana, inilah takdir hari ini.


Ya Allah, sungguh aku percaya ujian dariMu ini penuh hikmah dan ada baiknya buat kami. Pagi ni hati tak gembira dengan apa yang terjadi, tapi cuba bertenang dan bersabar. Kecil saja ujian ini kan? Setakat anak tak dapat ke sekolah sehari ni saja. Abi pergi pun tak lama, dia balik nanti akan selesai juga masalah kita. Esok hari abi ada, boleh hantar anak sekolah macam biasa.


Dan syukur ya Allah, ia terjadi di depan rumah saja. Bukan di tengah jalan, yang lagi membuat diri ini buntu. Dan syukur juga, ada yang sudi tumpangkan Suri ke sekolah. Kebetulan pula Suri ada latihan senamrobik (untuk pertandingan) minggu ni. Alhamdulillah, hari ni tak skip walaupun ummi tak dapat hantar. 


Sesekali melalui hari yang tak seperti biasa. Sesekali mendepani ujian yang berbeza. Menambah lagi rencah dalam kehidupan yang tak menjanjikan sempurna ini. Ujian dariNya, dan tempat pergantungan juga hanya PadaNya. Ujian ini terlalu kecil berbanding rahmatNya yang  tak terhitung banyak. Bukankah begitu?