HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Wednesday, 29 August 2018

LITTLE DIAMOND KINDERGARTEN: SEHINGGA OGOS INI



Gambar: dari fb Little Diamond Kindergarten 


Catatan ini adalah sambungan dari catatan lepas:

LITTLE DIAMOND KINDERGARTEN: SEHINGGA APRIL INI


Pejam celik pejam celik sudah pun berada di penghujung bulan Ogos 2018. Bermakna sudah 8 bulan Anas dan Mussaab belajar di Little Diamond Kindergarten. Dek kesibukan dengan urusan harian, ummi baru berkesempatan untuk menulis di sini. Seperti catatan lepas juga, catatan kali ini sekadar untuk highlight aktiviti tertentu dan penglibatan anak-anak di Little Diamond Kindergarten. Yang setiapnya mampu memberi pengalaman berharga buat anak-anak kecil kami dalam meniti usia mereka.


Anas dan Mussaab, sehingga hari ini masih seronok untuk ke sekolah setiap hari. Level ‘excited’ sama je dari awal tahun sampai ke hampir penghujung tahun ni :D Alhamdulillah. 


Baiklah, (secara ringkas) ini adalah antara aktiviti dan program khas yang melibatkan Anas, Mussaab dan kawan-kawan yang lain di Little Diamond kindergarten sepanjang Mei hingga Ogos 2018



Sambutan hari guru 

(16/05/18)


LITTLE DIAMOND KINDERGARTEN: HAPPY TEACHERS DAY


Anas, Mussaab dan kawan-kawan di Little Diamond meraikan hari guru bersama pada hari ini iaitu sehari sebelum 1 Ramadhan. Pada hari ini diadakan jamuan (tapi ummi tak sempat beli/masak apa-apa). Pada hari ini juga masing-masing membawa hadiah sebagai tanda ingatan dan terima kasih pada guru mereka.


 Alhamdulillah, tahun lepas Anas raikan hari guru di Genius Aulad, dan tahun ini di Little Diamond Kindergarten pula. Semoga anak-anak ummi akan mengerti makna sambutan ini, dan akan sering menghargai dan menghormati semua guru yang pernah mendidik.













Bazar Amal/ charity bazar

(31/05/18)


BAZAR RAMADHAN AT LITTLE DIAMOND KINDERGARTEN


Pada hari ini semua pelajar dan guru Little Diamond bekerjasama memasak dan menjual juadah berbuka puasa di depan sekolah mereka. Selepas masing-masing bertungkus lumus membuat perancangan dan persediaan, maka hari ini adalah harinya yang dinantikan. Semua pelajar terlibat dan memainkan peranan, dari yang berumur 4 tahun :)


 Tujuan bazar ini diadakan adalah untuk mengumpul dana untuk disampaikan ke rumah anak-anak yatim. Antara juadah yang dijual ialah seperti mi goreng, popia, bubur, jelly, dan banyak lagi. Meriah bazar Ramadhan Little Diamond dengan suara penjual yang comel-comel dan juga pengunjung yang datang. Ibubapa masing-masing juga tak lepas peluang hadir untuk memberikan sokongan. Alhamdulillah, ia berakhir dengan jayanya. Anak-anak pulang dengan satu lagi pengalaman baru.














Kunjungan ke rumah anak yatim

(08/06/18)


LITTLE DIAMOND KINDERGARTEN: KUNJUNGAN KE RUMAH ANAK YATIM


Masih di bulan Ramadhan. Pada hari ini, anak-anak Little Diamond berkesempatan pula berkunjung ke Rumah Kebajikan RedhoMu Tuhan, Taman Tasik Semenyih untuk menyampaikan sumbangan wang yang telah berjaya dikumpul melalui jualan amal lepas, dan juga sumbangan tambahan daripada ibubapa dalam bentuk keperluan asas seperti beras, minyak, bihun, gula dan sebagainya. Lagi pengalaman baru buat anak-anak kami, mendekati rakan sebaya yang berbeza nasib dengan mereka. Sudah pasti, anak-anak mendapat pelajaran berguna daripada kunjungan ini. 














Open day and Raya celebration 

(30/06/18)


LITTLE DIAMOND KINDERGARTEN: OPEN DAY AND RAYA CELEBRATION


Hari ini diadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan juga hari terbuka sekolah. Hari ini juga ibubapa akan menerima report card anak-anak untuk penggal pertama persekolahan mereka. Pada sebelah pagi mengambil report card, dan selepas itu dihiburkan pula dengan persembahan anak-anak Little Diamond yang comel dan berbakat. Jamuan disediakan untuk ibubapa dan tetamu yang hadir. Alhamdulillah.













Little chef

30/07/18


Anas dan Mussaab (half day) menyertai kawan-kawan (full day) belajar memasak di sekolah pada sessi petang. Sebelum ni dah pernah masak mash potato di sekolah, hari ni masak patty burger pula. Memasak antara minat mereka, jadi hari ni happy dapat memasak bersama guru dan kawan-kawan :)

















Birthday celebration 

(31/07/18)


CERITA PULUT MANIS/WAJIK


Sebelum ini sudah diadakan majlis sambutan hari lahir untuk pelajar Little Diamond yang dilahirkan pada bulan Januari hingga mac. Hari ini pula sambutan untuk mereka yang lahir pada bulan April hingga Julai. Majlis hari ini bertemakan ‘garden party ‘dan semua pelajar berpakaian ala prince and princess. Comel-comel semuanya :) dan untuk kali ini juga ibubapa membawa hidangan masing-masing untuk jamuan hari lahir di Little Diamond kindergarten. Hari ini sekali lagi anak-anak ‘beraya’ sakan, menikmati hidangan lazat dan habiskan hari mereka dengan bermain bersama. 











Tamat sehingga bulan Julai. Untuk bulan Ogos pula, oleh kerana sedang merebaknya virus HFMD di seluruh negara, field trip yang dijadualkan sekolah terpaksa ditangguhkan dulu. September ini mungkin. Insya Allah.


Pun begitu, aktiviti di sekolah berjalan seperti biasa. Kebanyakannya teacher dah update di Facebook. Di situ boleh tengok bagaimana anak-anak Little Diamond belajar dan bermain. Di situ juga para ibubapa dapat merujuk cara belajar anak-anak di sekolah. Yang penting, anak-anak seronok dengan segala aktiviti di sekolah. Seperti Anas dan Mussaab, mereka memang seronok untuk ke sekolah setiap hari.


Yang terkini, anak-anak Little Diamond sedang praktis dan membuat persiapan untuk sambutan hari kemerdekaan dan hari sukan yang akan diadakan pada 01/09/18 di Kajang. Tak sabar nak tengok anak-anak beraksi nanti. Insya Allah ummi dan abi akan hadir untuk memberikan sokongan. Semoga akan berjalan lancar dan jaya. Semoga dipermudahkan urusan guru-guru dan anak-anak yang pastinya sudah bertungkus lumus untuk menghadapi ‘hari besar’ mereka ini :)


Sampai di sini dulu catatan anak-anak di Little Diamond Kindergarten ‘sehingga Ogos’ ini. Catatan untuk anakanda, untuk kenangan masa hadapan. Bahawa anakanda sudah melalui zaman kecil dengan sangat baik, dan penuh dengan momen yang berharga. Dan Little Diamond ini adalah sebahagian daripada kenangan itu.


Terima kasih pada guru-guru yang ikhlas mendidik dan memberikan yang terbaik buat anak-anak. Kami ibubapa, sangat menghargainya.



No comments:

Post a Comment