HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Monday 16 April 2018

LITTLE DIAMOND KINDERGARTEN: SEHINGGA APRIL INI

Kini sudah masuk bulan ke-4 Anas dan Mussaab menjadi pelajar di Little Diamond Kindergarten. Alhamdulillah.

Sehingga hampir 4 bulan di sekolah ini, sudah banyak perkara yang Anas dan Mussaab pelajari bersama kawan-kawan di sekolah. Untuk Mussaab, semuanya adalah perkara baru untuknya, selain apa yang dia telah belajar di rumah. Untuk Anas pula, ada antaranya yang dia sudah belajar di sekolah lama, namun banyak juga pelajaran dan pengalaman baru yang dapat dia kutip di sekolah ini.

Antara aktiviti di sekolah yang membuatkan Anas dan Mussaab excited nak ke sekolah ialah aktiviti water splash setiap hari selasa. Selain itu, mereka juga sukakan subjek art/craft setiap hari rabu. Mereka enjoy dengan segala aktiviti yang dilakukan bersama rakan di sekolah :) 

Sehingga April ini, ini adalah antara penyertaan Anas dan Mussaab dalam setiap aktiviti yang dianjurkan;
  
Pertandingan Azan dan Mewarna
(11/03/18)

Pertandingan ini diadakan di surau al-Mukhlisin, Taman Pelangi Semenyih 2. Teacher Zeeda masukkan nama Anas untuk menyertai pertandingan ini, bersama kawannya Aqil. Alhamdulillah, walau sekadar dapat hadiah saguhati, ia tetap memberi makna besar buat Anas. Di sini Anas mencipta keberanian dan keyakinan diri. Insya Allah. 

Pada hari ini juga diadakan pertandingan mewarna. Untuk pertandingan ini, Mussaab juga turut menyertainya. Anas dan Mussaab mendapat hadiah saguhati juga. Alhamdulillah.












Birthday Celebration
(30/03/18)

Pada hari ini diadakan majlis sambutan hari jadi khas untuk pelajar Little Diamond yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac. Anas dan Mussaab termasuk dalam senarai pelajar yang diraikan. Pada hari ini juga ibubapa membawa makanan dari rumah masing-masing untuk dijamu kepada student. Alhamdulillah, sempat masak pulut kuning dan kari ayam untuk majlis tersebut.

Ini juga pengalaman pertama buat Anas dan Mussaab menyambut hari lahir bersama kawan-kawan. Sebelum ini hanya meraikan bersama keluarga kecil kita sahaja :)











Bakat Cilik Pertim
(06/04/18)

Anas sekali lagi menyertai rakan-rakan yang lain, (pelajar 6 tahun) untuk membuat persembahan di Shah Alam bersempena pesta buku Selangor. Hari ini terpaksa lepaskan Anas pergi jauh bersama gurunya. Insya Allah ini juga yang terbaik untuk Anas. 

Di rumah, ummi menonton persembahan Anas melalui fb live. Alhamdulillah, persembahan terbaik dari semua student. Tak menyangka ummi, Anas sudah semakin melangkah ke depan dan mencipta kenangan dan pengalaman. Insya Allah, berguna untuk masa depan Anas.

(Tiada gambar)



Trip to Library and Tesco
(18/04/18)

Anas, Mussaab dan semua pelajar Little Diamond menyertai trip ke Public Library dan Tesco Semenyih. Trip ini bertujuan untuk mendekatkan pelajar kepada ‘dunia buku’ dan menghadirkan minat mereka terhadap buku. First time buat Anas dan Mussaab menjejakkan kaki ke library, tapi keduanya sudah biasa dengan buku, kerana sering dibawa ke kedai dan pesta buku. Harapannya, dengan usaha ini,  Anas dan Mussaab akan lebih berminat pada buku dan menjadi watak yang suka membaca. Insya Allah.

Di Tesco pula, Anas dan Mussaab belajar berbelanja sendiri. Dari memilih barang, sehingga membuat pembayaran di kaunter. First experience juga buat Anas dan Mussaab, sebab selama ni walaupun selalu ikut ummi dan abi ke supermarket, tak pernah lagi diberi tanggungjawab untuk membuat pembayaran. Jika disuruh pun tak nak :) hari ni dah belajar, dan seronok pula bercerita pengalaman :)









Untuk 4 bulan pertama ini, syukur Alhamdulillah yang mampu dipanjatkan atas segala yang telah dilalui anak-anak di sekolah. Di samping belajar, bermain dan mencipta kenangan demi kenangan, dan menimba pengalaman yang baik dan berguna untuk masa depan. 

Syukur dan bahagia juga melihat Anas dan Mussaab happy nak ke sekolah setiap hari. Tak sukar untuk bangun pagi dan bersiap, walaupun ada ketikanya ‘berperang’ juga. It’s normal. Tak ada masalah sangat :D

Semoga Anas dan Mussaab akan terus bersemangat untuk ke sekolah dan belajar sesuatu yang baru setiap hari. Insya Allah.




No comments:

Post a Comment