Sedikit coretan berkisarkan ‘balik kampung’ baru-baru ini (12/4-15/4).
Kami pulang tak lama, tapi cukup untuk menyahut rindu Bonda.
Memandangkan suamiku ada di rumah selama seminggu, dia membuat keputusan untuk balik ke kampung menjenguk orang tua. Adik iparku yang sedang belajar di uia juga ikut sekali balik bersama kami.
Ditakdirkan beberapa hari sebelum kami balik, ibu mertuaku dimasukkan ke wad kerana masalah jantung. Situasi itu lebih menguatkan tekad kami untuk balik, walaupun tak lama.
Sampai kampung, Mak dah keluar dari wad. Alhamdulillah, keadaan Mak kembali normal, tapi tetap perlu kepada rehat.
Hari pertama di kampung kami ke pasar pagi dan ke pantai pcb membawa anak-anak. Tak lama di sana, sebab cuaca hari itu sangat panas. Sempat juga la suamiku habiskan sebungkus nasi yang dibeli di pasar, dalam keadaan berpanas :) anak-anak bermain dan berlari dengan riang, tak hiraukan kepanasan.
Pada petang hari, anak-anak riang dan gembira bermain bersama sepupu rapat mereka. Umar, Uwais dan Urwah, mereka inilah yang sentiasa anak-anak tunggu bila balik ke rumah neneknya :) Alhamdulillah boleh main sama-sama lagi sampai ke esok harinya. Bila mereka dah balik, mulalah rasa sedih, sebab tak puas lagi bermain. Takpelah, nanti kita balik lagi.
Hari ni juga ibu dan abangku datang ke KB untuk ziarah Mak yang baru keluar dari hospital.
Hari kedua (sabtu), sempat ke airport Pengkalan Chepa untuk menghantar anak saudaraku, Asyraf yang akan berangkat ke Mesir untuk menyambung pengajiannya. Alhamdulillah, ke Mesir juga dia :) dah besar rupanya anak saudara yang sorang ni.
Balik dari Airport, kami tak kemana-mana lagi. Hanya habiskan masa di rumah seharian.
Hari Ahad dah perlu balik ke Semenyih. Sekejap saja di kampung. Suamiku akan kembali bekerja, anak-anak pula perlu bersekolah. Adik iparku juga balik ke uia bersama kami.
Alhamdulillah, di atas kepulangan singkat ini. Masih juga diberi peluang untuk balik, meskipun sekejap. Cuma ada rasa sedikit terkilan, bila ‘tak sempat’ balik ke rumah ibuku. Hanya sempat jumpa mek ketika dia datang ziarah Mak, dan di airport sahaja. Entah, aku tak pasti aku yang terkilan atau dia :( belum pernah tak balik salah satu rumah. Kalau balik kampung, wajib balik keduanya.
Tak apalah, tak lama lagi akan balik mengundi, insya Allah. Nanti akan balik juga rumah Mek sebab akan mengundi kat sana. Harapannya, boleh balik dalam tempoh yang lebih lama. Insya Allah.
6 sahabat setia-insya Allah
Di airport PC
No comments:
Post a Comment