[jurnal cuti sekolah]
18/8/18
Bermula cuti persekolahan selama 1 minggu. Hari ini tak ke mana-mana, hanya berada di rumah. Abi berangkat ke Bintulu seawal pagi, Anas, Mussaab dan Miqdad menghabiskan masa dengan rutin biasa di rumah. Menonton tv, bermain di dalam dan luar rumah dan berbasikal.
19/8/18
Hari ke-2 cuti sekolah dan hari kedua abi di Bintulu. Tak kemana-mana, hanya habiskan masa di rumah. Aktiviti seperti semalam juga. Bermain di sekitar halaman rumah dan berbasikal di luar.
20/8/18
Juga habiskan masa seharian di rumah. Hanya keluar membeli nasi lemak di luar.Sempat buat aktiviti kraf zipper bag bersama-sama. Selebihnya, menonton dan aktiviti sendiri-sendiri. Abi selesai kerja di laut dan dapat balik penerbangan malam ini. Sampai di rumah jam 12 tengah malam.
21/08/18
Perjalanan balik ke kampung jam 5.30 pagi. Singgah solat di masjid Saujana Putra, membeli kuih di bentong, breakfast dan cuci kereta di raub. Kemudian singgah pula di air terjun stong dan bermandi-manda di sini. Sampai d rumah Mek sudah jam 3.30 petang. Panjang sungguh masa perjalanan hari ini. Anas pula demam sebaik sampai di rumah Mek. Alhamdulillah demam tak teruk sangat.
22/08/18
Hari Raya Aidiladha. Alhamdulillah sudah berada di kampung dan meraikan bersama Mek dan keluarga di sini. Hidangan laksa di rumah Mek. Anas, Mussaab dan Miqdad ikut abi bersolat sunat Hari Raya. Kemudian ke tempat sembelihan lembu kurban, ke rumah cik dan Rumah pok long. Jam 3 petang bertolak ke rumah nenek di KB. Singgah dulu bermain air di PCB. Masih tak puas-puas bermain air. Balik ke rumah nenek dalam keadaan basah kuyup, mandi dan sambung bermain dengan sepupu pula hingga ke malam hari.
23/08/18
Hari Raya kedua-nenek buat kenduri kesyukuran. Meriah dengan kehadiran tetamu yang tak putus-putus juga meriah dengan suara cucu nenek yg ramai. Selepas asar Mussaab dan Miqdad ikut ummi, abi dan nenek pergi ke majlis kenduri. Anas tak nak ikut, nak main dengan sepupu. Dari pagi sampai ke malam hari, tak jemu dan tak penat bermain bersama. Diiringi suara tangis dan tawa. Gamat yang untuk sementara. Lepas ni rumah nenek akan kembali sunyi.
24/08/18
Dari KB bertolak ke Jeli. Singgah sebentar membeli laksa di kedai Mak Ngah. Sampai di rumah Mek jam 12, makan dan berehat. Jam 6 petang ke rumah cik untuk makan malam. Makan daging lagi. 3 hari berturut makan daging tak henti. Anas dah mula bertanyakan ayam. Malam ini bertolak balik ke Semenyih. Kak Ani tumpang balik sekali. Bertolak jam 8.30 malam dan sampai di rumah jam 2.30 pagi. Anas, Mussaab dan Miqdad lena di sepanjang perjalanan.
25/08/18
Sudah berada di Semenyih. Tak kemana-mana, hanya bermain di dalam dan luar rumah sahaja. Ummi dan abi masih kepenatan berjalan jauh (dan makan daging banyak) Anas, Mussaab dan Miqdad ok je, sama seperti kebiasaan. Breakfast beli di luar, lunch and dinner masak sama-sama dengan abi. Mussaab pula ‘sakit telinga’ bikin kalut di petang hari. Semoga akan sembuh. Insya Allah. Esok hari abi dah tiada di rumah. Oh ya, hari ini juga Anas, Mussaab, Miqdad dan abi bergaya dengan fesyen rambut baru :)
26/08/18
Hari terakhir cuti sekolah. Abi juga sudah kembali ke Bintulu untuk bertugas. Anas, Mussaab dan Miqdad sehari lagi menghabiskan masa di rumah. Buat aktiviti biasa, menonton, melukis, bermain dan yang sewaktu dengannya. Miqdad pula demam. Semoga sihat sayang ummi. Esok Anas dan Mussaab akan kembali ke Little Diamond Kindergarten, Insya Allah.
Alhamdulillah. Percutian yang singkat namun tetap bererti. Anas dan Mussaab sudah tidak sabar untuk kembali ke sekolah. Seperti kebiasaan, masih seronok untuk ke sekolah seperti selalunya :)
No comments:
Post a Comment