HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Friday, 31 August 2018

HARI KEMERDEKAAN DAN KELAS FACIAL



31 Ogos 2018- hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-61.


Plan asalnya, suamiku nak bawa anak-anak ke Putrajaya  untuk menyaksikan perhimpunan kemerdekaan di sana. Tapi, oleh kerana dah ‘terlewat’ masa, tak jadi pergi akhirnya. Tengok di tv sajalah jawabnya :) kebetulan di rumah ada Mak mertuaku dan adik-adik iparku, lebih meriah jadinya rumah kami hari ini.


Aku pula, hari ini ke Little Diamond kindergarten untuk menghadiri kelas facial. Dah lama mendaftar, sebab yakin benar yang tarikh ini suamiku ada di rumah dan dapat jaga anak-anak. Sebenarnya tak pernah pun hadiri kelas kecantikan macam ni. Memang ‘jahil’ sikit bab ni. Hehe. Bayangkanlah kat rumah ni ada pencuci muka je. Tu pun dah bertahun beli tak habis-habis lagi. Ada hati nak belajar facial jugak kan :D


Saja je berminat nak ‘ambik tahu’. Lagipun dekat rumah, dan bayaran pun murah, rm10 sahaja. 


Suami bawa anak-anak, emak dan adik-adiknya keluar hari ni. Aku pula menuju ke Little Diamond kindergarten untuk hadiri kelas.  Peserta tak ramai sangat, dalam 10 orang je. Tapi itupun dah kira ramai dan meriah. Guru yang mengajar boleh fokus pada setiap orang. Actually yang mengajar facial ni sama juga dengan guru yang mengajar memasak hari tu, iaitu Dr. Yati. 


Kelas bermula lewat sejam dari jadual, dan habis juga lewat melepasi jam 12. Aku terpaksa balik dulu, sebab makin lama dah tak boleh nak fokus, ingat anak, ingat kerja rumah. Hehe. Lagipun dah settle bab facial, tinggal bab mekap je. Tambahan kepala rasa macam dah nak pening. Memang betul, balik ke rumah kepala ting tong, sampai ke petang hari. Ambil panadol 2 biji lepas tu barulah lega. Alhamdulillah.


Teringat apa yang dipelajari di kelas facial tadi. Step by step kami diajar cara penjagaan muka dengan betul, serta cara untuk mengenal jenis kulit masing-masing. Macam aku cakap tadi, oleh kerana ‘jahil’ bab kecantikan macam ni, walau simple terasa rumit. Dari cuci muka, sapu toner, mask, scrub dan sebagainya, rasa keras semacam je tangan ni nak buat setiap satu tu :D termenung je tengok set penjagaan kulit yang dipakai setiap satunya tadi. Diri mempersoalkan, perlu ke aku ada semua tu? ,:)


Aku boleh katakan begini. Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Siapa yang tak nak cantik kan? Tambahan pula bila dah makin berusia ni, kulit muka pun dah makin banyak kelihatan celanya. Faktor usia ya juga. Selain itu mungkin faktor pemakanan dan penjagaan kulit yang tak betul. Atau mungkin tak jaga langsung. Hmmm.


Bila fikirkan banyak yang perlu ada untuk semata ‘menjaga kulit’ terasa betapa ‘duit’ itu penting untuk cantik. Ya kan? Dan untuk suri rumah sepertiku, sebolehnya tak mahu fikir hal yang melibatkan duit, yang perlu dikeluarkan semata untuk diri sendiri. Apatah lagi aku tak menganggapnya sebagai satu ‘keperluan’. 


Tapi ada saja yang cantik dan sihat tanpa produk kan? Terutamanya yang sudah azali cantik, apatah lagi jika menjaga pemakanan dan senaman. Dan yang sentiasa positif dan senyum saja dalam setiap permasalahan hidup. Ada saja yang sejenis itu kan? Tapi itu bukanlah aku ;) satu dalam sejuta barangkali.


Maka tak dapat tidak, kecantikan hari ni tak boleh dipisahkan dengan duit. Bila berduit, tak mustahil untuk tampil cantik. Cantik wajah, cantik bentuk badan, cantik kulit, cantik pakaian dan dandanan, cantik segala-gala (kecuali kecantikan hati, ia tak langsung dipengaruhi cantik atau tidak fizikal seseorang. Dan ia tak perlukan wang satu sen pun)


Dalam bab kecantikan ini juga, aku nak tekankan peranan seorang suami. Suami jangan ingat mudah nak jaga kecantikan tanpa keluar modal. Kalau tak sudi ‘menyumbang’ pada isteri untuk tujuan kecantikan, tak perlu merungut isteri dah tak lawa, muka kusam, badan makin berisi, atau sebagainya. Selain pengorbanan wang, berapa ramai agaknya yang sudi korbankan masa untuk ambil tugas isteri mengurus rumah dan anak-anak semata nak beri peluang untuk isteri ‘manjakan’ diri sendiri. Satu hal yang perlu diingat, bahawa kesibukan dengan urusan rumah dan anak-anak seharian juga merupakan antara sebab isteri tiada masa untuk ‘berdandan’ dan mencantikkan diri. Tak sempattt...


Maka suami, isteri boleh tampil cantik jika ia diiringi dengan pengertian dan pengorbanan Suami. Tak kedekut, tak berkira. Tapi ada juga suami yang jenis ‘tak kisah’. Yang tak memandang kecantikan sebagai keutamaan. Atau biar tak cantik, dia tetap cinta dan sayang. Yes! Ada saja yang begitu. Terpulang. Akhirnya dapat kita simpulkan, cantik atau sebaliknya, tetaplah bukan jaminan sebenar pada sebuah kebahagiaan suami dan isteri. Tapi cantik itu tetaplah idaman setiap wanita :) dan lelaki pula, walau tak luah, pasti bangga kalau ada isteri cantik kan? Huh.


Apapun, kelas tadi tetap memberi pengalaman berharga di hari kemerdekaan ini. Walaupun ilmu basic, tapi ia tetap ilmu yang baru aku pelajari. Dari sini aku sedar, rupanya banyak yang aku tak tahu. Selalunya cuci muka pun main hentam saja. Tak tahu teknik urutan semua tu. Hari ni dapatlah tahu serba sedikit, walaupun banyak lost jugak sebenarnya, sebab nak urut muka kena buang cermin mata, dah tak nampak, mulalah tak boleh nak fokus. Tapi dari awal hingga akhir, dah betul step yang diikut semua. Insya Allah. 


Panjang pula menulis bab ni. Tak apalah, esok-esok baca balik apa yang dibebelkan ni. Mungkin boleh buat rujukan masa depan. 


Tamat kelas. Tamat perayaan hari kemerdekaan yang ke-61. Bersedia untuk hari esok pula. Ya, esok nak saksikan persembahan hari kemerdekaan dan juga hari sukan anak-anak Little Diamond pula. Semoga dipermudahkan. Insya Allah :)













No comments:

Post a Comment