22/3/19
Hari ini diadakan ‘Birthday Party’ di Little Diamond Kindergarten untuk students yang lahir pada bulan Januari-Mac. Mussaab adalah antara yang diraikan. Ini merupakan kali ke-2 untuk Mussaab, meraikannya bersama kawan-kawan Little Diamond. Dan kali ini majlis bertemakan ‘emoji’.
Alhamdulillah kebetulan abinya ada di rumah kali ni (sebelum ni setiap kali majlis di sekolah abinya tiada), senang sikit nak decide menu yang nak dibawa untuk jamuan tu :) awal-awal lagi ummi dah letak ‘roti jala’ dekat senarai menu tu sebab ummi tahu abi mesti boleh masak punya :D
Roti jala dan kari ayam, itulah menu untuk majlis birthday Little Diamond kali ni. Abi masak roti jala, ummi pula masak kari ayam. ‘Kerjasama’ yang membuahkan hasil yang memuaskan. Alhamdulillah :)
Tak pasti sejauh mana tahap ‘sedap’nya tapi semoga ia tetap memberi ‘rasa’ yang tersendiri, bila beriringan dengan hidangan yang lain.
Sudah pastinya tahun ini lebih meriah, oleh kerana students pun lebih ramai berbanding tahun lepas. Makanan pun beraneka, pasti kenyang dan happy semuanya ibarat berhari raya!
Terima kasih abi yang menyiapkan hidangan dan uruskan semuanya sampai hantar ke sekolah (sebab ummi berpagian meninggalkan rumah untuk urusan di klinik), sekali-sekala abi sibuk di dapur dan uruskan anak-anak, semoga Allah membalasnya dengan kebaikan juga :)
Terima kasih pada guru-guru Little Diamond Kindergarten kerana meraikan anak-anak kami dan mencipta kenangan yang indah di masa kecil mereka bersama kawan-kawan. Sudah pasti ini antara kenangan manis buat mereka yang akan kekal dalam ingatan.
Terima kasih untuk semuanya. Mussaab seronok balik bercerita :) Dia jugalah penggemar roti jala abi sejak dulu. Seronok bila abi nak masak roti jala untuk majlis birthday di sekolah :)
Alhamdulillah sudah tamat cerita roti jala dan majlis birthday Little Diamond Kindergarten yang pertama untuk tahun ini. Cerita lain pula bakal menyusul ;)
Sebahagian gambar dari fb Little Diamond Kindergarten;
Ini pula cerita birthday celebration LD tahun lepas;
Majlis yang satu lagi Anas dan Mussaab tak dapat hadir sebab dah balik kampung untuk cuti akhir tahun :)
No comments:
Post a Comment