Semalam diuji sakit kepala.
Sakit yang biasa dirasa. Biasanya lepas telan panadol akan baik. Dan panadol akan sentiasa ada dalam simpanan, lebih-lebih lagi time pregnant ni lagi kerap diserang sakit kepala. Tapi kebetulan semalam panadol tinggal sebijik je. Tapi sebiji panadol Actifast selalunya membantu juga untuk melegakan sakit kepala. Pukul 8.30 malam telan panadol, solat isyak dan baring sampai terlelap (anak-anak juga tidur sekali)
Kerap terjaga dari tidur. Sakit kepala masih belum hilang. Allah. Nak lelap pun susah dah. Nak telan panadol pun takde dah. Pukul 3 pagi turun minum air dan ambil minyak angin, sapu-sapu di kepala. Sekadar bagi rasa ‘berangin’ sakit kepala memanglah tak hilang. Lama juga baring pusing kiri kanan, anak-anak dan suami sedang lena dibuai mimpi masing-masing. Akhirnya dapat lelap juga sampai ke pukul 6 pagi.
Bangun pagi, masih terasa sakit kepala. Tak reda juga sakitnya. Memang ‘seksa’ sikit nak kejutkan anak-anak dan uruskan mereka. Uruskan Anas sekadarnya, uruskan Mussaab dan Miqdad juga sekadarnya. Alhamdulillah ada suami yang boleh tolong buat apa yang sepatutnya. Bayangkan jika dia tiada!
Lepas hantar Anas suami singgah belikan panadol. Lepas telan sebiji panadol, lelapkan mata dan bangun sekitar jam 9.30 pagi. Miqdad sarapan bersama abinya. Dah bangun rasa sedikit lega dan ringan kepala ni. Tapi masih belum ok sepenuhnya. Sarapan pagi (nasi lemak yang suami beli) dan minum kopi. Miqdad sendirian melayan video ‘Babybus’. Lepas tu duduk bersama Miqdad. Pagi ni belum buat apa kerja, fikir nak rehat dan biar betul-betul sihat dan bertenaga dulu.
Begitulah cerita ‘sakit kepala’. Sakit kepala je kot! Tapi rasa ‘sukar’nya tu Allah saja yang tahu. Kesian anak-anak pagi ni tak terlayan sebaiknya. Banyak yang tak kena. Itu belum diuji dengan sakit yang lebih teruk. Nau’zubillah!!
Namun tetap syukur aku panjatkan kerana ketika diuji sebegini suami ada bersama. Kalau aku seorang memang tak daya. Bagaimana dalam sakit kepala begitu nak siapkan anak-anak sekaligus, bagaimana nak memandu lagi, nak siapkan makan minum lagi, apatah lagi nak buat kerja rumah.
Syukur aku tak selalu sakit. Tapi tiap kali diuji tak sihat, memang akan banyak yang aku fikirkan, especially hal anak-anak. Bagaimanalah mereka?? Memandangkan di sini aku benar-benar bersendirian. Tak ada keluarga dekat, entah pada siapa nak meminta tolong jika suami tiada di rumah berhari-hari.
Tapi aku tetap yakin dan percaya pada DIA. Takdir hidup ini Dia yang telah tetapkan. Baik yang kita jangka atau tak terjangka, yakin pada hati ini aturan yang terbaik dari DIA untuk kita. Percaya, berserah, akur, di samping tidak jemu meminta pertolongan dan petunjuk. Insya Allah segalanya baik-baik saja untuk kita.
Dan setiap episod dalam kehidupan ini. Banyak hikmah dan pengajaran untuk dijadikan iktibar dan pedoman. Moga hati tetap mahu bersyukur. Moga akal bijaksana berfikir dan mengambil pelajaran pada setiapnya.
No comments:
Post a Comment