HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Thursday, 26 August 2021

150821: MIQDAD BERKHATAN


Anas

Tarikh bersunat: 3/6/2016

Usia: 4 tahun 5 bulan


Mussaab 

Tarikh bersunat: 7/12/2018

Usia: 4 tahun 11 bulan


Miqdad: 

Tarikh bersunat: 15/8/2021

Usia: 4 tahun 10 bulan



Alhamdulillah. 3 anak lelaki dah jadi ‘dewasa’.


Ummi pernah tulis tentang Anas dan Mussaab, hari ni ummi nak tulis tentang ‘hari besar’ Miqdad pula :)


Seperti Anas dan Mussaab juga, abi plan nak sunatkan Miqdad pada usia 4 tahun juga. Kata abi lagi cepat selesai lagi bagus. Tak payah fikir dah lepas ni, memandangkan Miqdad yang terakhir (setakat ni takde anak lelaki lain dah). Plan punya plan, asyik tertangguh je sebab musim pandemik, nak balik kampung pun tak boleh (Anas dan Mussaab sunat kat kampung), abi pula asyik habis masa dengan kuarantin, jarang ada kat rumah. 


Kita merancang, Allah juga merancang, dan sudah tentu perancangan Allah adalah yang terbaik. Dalam tak ada masa, Allah berikan masa. Selepas abi positif covid-19, lepas dah tamat tempoh kuarantin, abi ada masa ‘lebih’ kat rumah. Tanpa pengetahuan ummi, abi merancang nak sunatkan Miqdad.


Macam biasa, abi pujuk dan pujuk, macam Anas dan Mussaab sebelum ni. Miqdad positif, bila abang-abang pun support dan cakap tak sakit. Tambahan pula dijanjikan bulan bintang oleh abi, makin seronok dan excited nak bersunat.


Abi call klinik dan dapat temujanji pada tarikh 15/8/2021. Sama tarikh dengan birthday Suri pulak tu. senanglah nak ingat. Nak menunggu ke tarikh tu, memang ok dan baik-baik saja Miqdad. Tak rasa takut pun. Ummi pun lega jugalah. Harap tiada masalah.


Sampai harinya, Miqdad ke Klinik Thaqif bersama abi. Sayangnya ummi tak dapat teman sebab tak boleh dah nak ke klinik ramai-ramai dalam keadaan sekarang ni. Jadi abi seorang sajalah yang teman. Ummi solat hajat dan doa dari rumah. Berdebar juga, nak menunggu sehingga Miqdad balik. Abang-abang pun dok risaukan Miqdad.


Dah agak-agak selesai, ummi whatsapp abi bertanyakan khabar. Abi video call, dah on the way balik. Miqdad nampak baik-baik je. Katanya OK! Tak sakit. Abi cakap takde masalah time bersunat. Adalah ‘melawan’ sikit masa cucuk bius. Lepas tu selesai dengan tenangnya. Ok, ummi lega tengok Miqdad yang nampak cool dan releksnya sambil main game dalam kereta. 


Tak lama kemudian abi call balik. Kali ni dalam keadaan Miqdad tengah menangis kuat. Sakit katanya. Yalah, ubat bius dah hilang. Sakit pun terasa. Tu yang menangis sakan. Abi pula tengah beratur nak beli McD drive through, sebab dah janji nak belanja McD lepas Miqdad sunat. Risau dan tak keruan pula rasanya ummi. Harap abi balik cepat. 


Tak lama kemudian abi dan Miqdad sampai. Miqdad masih dalam keadaan menangis. Bila dia menangis, memang kuat sangatlah! Abi letak Miqdad atas toto di depan tv. Suap Miqdad ubat tahan sakit, dalam keadaan Miqdad menangis tak henti. Ummi suapkan Miqdad nasi lemak McD. Habis sebungkus, walaupun dalam keadaan sekejap Ok, sekejap tak ok. Masih berlarutan menangis. Lama juga. Dari duduk bawah sampai abi bawa naik ke bilik atas, on off menangis. 


Nak redakan Miqdad, Mussaab ajak main game sama-sama. Pun masih selang seli menangis dan tidak. Agak-agak dalam 3 jam lepas tu, dah tak menangis dah.


Drama pun bermula, dari hari pertama hingga ke seterusnya. Bab makan ubat Alhamdulillah takde masalah. Bab nak kencing, nak gerak turun naik, nak mandi, memang kecoh sikit la. Abi lah yang setia melayan. Abi juga yang merawat, dari sapu krim, suap ubat dan antibiotik, sabar je abi layan Miqdad. 


Seminggu berlalu, Miqdad makin baik, luka pun bersih abi jaga, sakit pun dah tak rasa, cuma Miqdad trauma, tak nak sarung seluar. Sesekali pakai kain pelikat, tapi kebanyakan masanya hanya berbaju tanpa seluar atau kain. 


Lama kelamaan nak mandi dan kencing/berak, dah tak bising lagi. Alhamdulillah. Abi pun dah tak banyak masa di rumah. 


Hari ke-11 Miqdad bersunat, abi kembali berkuarantin dan bertugas. Alhamdulillah Miqdad pun dah ok sangat. Dah berani sarung seluar dah. Abi pun dapat kembali bekerja dengan tenang.


Begitulah sempurnanya aturan Tuhan. Ummi tak terfikir dah pasal nak sunatkan Miqdad dalam keadaan sekarang ni. Tapi abi cepat bertindak dalam kesempatan yang ada ni. Akhirnya selesai urusan Miqdad. 


Kini Miqdad dah sama macam abi, Anas, dan Mussaab. Dah ‘besar’ dah. 


Selesai juga tanggungjawab ummi dan abi untuk anak lelaki. 


Setulus penghargaan untuk abi yang mengambil sepenuh tanggungjawab dari awal hingga akhirnya. Melayan dan merawat dengan penuh kasih sayang sehingga sembuh. Tunaikan janji-janji untuk memberi ‘hadiah’ yang dimahukan anak-anak, sabar layan karenah anak bersunat. Terima kasih abi. Moga Anas, Mussaab dan Miqdad tak lupa.


Alhamdulillah. Syukur segalanya berkesudahan baik. Anas, Mussaab dan Miqdad makin berganjak usia. Masih kanak-kanak lagi sebenarnya, namun makin hari makin mengerti akan hakikat kehidupan ini. Insya Allah akan lebih baik dan lebih matang.


Moga Allah terangkan hati anak-anak ummi, kurniakan petunjuk dan hidayah, melorongkan langkah ke jalan keredhaanNya.


Moga tampil menjadi mukmin soleh, cemerlang dan berbahagia dunia dan akhirat. Insya Allah 


.

.

.

V


ANAS BERKHATAN

MUSSAAB BERKHATAN



Sebelum dan selepas










No comments:

Post a Comment